Ziarah Amy Search sempena Idil Fitri.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 11/04/2007 02:40:00 AM | 0 Pandangan »

Salam,
Pada asalnya saya tidaklah berminat untuk menyiarkan gambar-gambar dan berita ini terutamanya selepas di dalam ruangan 'Di Luar Minda' Siasah telah memilih tajuk "Pemuzik Amatur Main 17 Alat Muzik".
Selepas itu timbul pula berita saya dan teman-teman exco DPP Pusat menziarahi vokalis terkenal Amy Search, apa pulak persepsi orang nanti
Atas permintaan Ust Nik Abduh yang teringin sangat untuk melihat gambar-gambar ini dan setelah membaca tulisan beliau di dalam blognya "http://nikabduh.wordpress.com/" maka saya sajikan untuk tatapan semua.
Turut yang beriya-iya sangat adalah Ust Nor Azli Musa yang tak habis-habis menayangkan SMS yang beliau terima daripada Amy.
Agak payah untuk mencari gambar yang terbaik tetapi inilah yang seadanya.







--------------------------------------------------------------------
Daripada blog Ust Nik Abduh
Salam Kamunting,
Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang dapat saya kenali dan jumpa secara dekat. Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang lebih bersedia untuk mengubah cara hidup dunia seorang artis.

Ingatkan Siti, isteri Amy Search dulu yang dah tetap kenakan tudung muslimat yang menambah kecantikan diri.

Haa, kira tersengih juga saya dapat beraya di rumah Amy Search di kediaman mewahnya di Damansara kali ini. Isk, glamour juga rasanya dapat bersalam dengan artis tersohor sampai nak juga bersohor dalam blog ni.. Sebab pun budak - budak remaja terlompat - lompat bila dapat jumpa dan bersalam dengan artis kesayangan mereka. Sesetengahnya terkinja - kinja macam beruk kena belacan. Seronok sangat rupa - rupanya..

Saya yang taklah minat Amy Search pun jadi seronok juga dapat bersalam dengan artis. Kalaulah aku ni artis, mesti melompat - lompat orang nak bersalam dengan aku.. he he

Selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat minggu lepas, kawan saya, Ustaz Norazli Musa Taliban mengajak saya untuk beraya di rumah Amy pada petang itu. Katanya, Amy dah dua kali sms supaya datang ke rumahnya. Bukan main eksen lagi beliau tunjukkan sms tu pada saya sambil mengusap - ngusap janggutnya yang panjang sampai ke bawah pusat itu. Hah, perasan lebih - lebih pula ustaz Taliban Qandahari Afghani ni.. Ingatkan saya, dia dulu yang perasan rupa - rupanya.

Kebetulan Ustaz Riduan Mohd Nor, AJK DPP Pusat juga buat rumah terbuka di rumahnya di Kampung Padang Balang, Gombak, kami dan sahabat yang lain ke rumah beliau dulu. Rupa - rupanya beliau pun berhajat untuk turut beraya di rumah Amy. Dia juga dapat sms selamat hari raya, siap dengan tazkirah versi sms pula daripada Amy. Tunjuk eksen, dia bacakan pula sms Amy pada murid - muridnya di St Victoria School. Terkejut beruklah mereka, ustaz kaki ceramah, kaki demontrasi dan kaki sup kaki ni pun boleh terima sms daripada artis pujaan mereka?!

Jadi, kami, juga saudara Khairul Faizi ( minda-kembara. blogspot.com ) dan saudara Suhaizan Kayat ( Ketua Penerangan DPPP ) pun bersama - sama ke rumah Amy.
Jumpa Amy di rumahnya mengembirakan semua. Dia yang dah kenal awal Ustaz Norazli dan Ustaz Riduan yang pernah menziarahinya sebelum ini menyambut kami dengan ramah sekali. Kebetulan kumpulan Rabbani sedang menyempurnakan bacaan tahlil dan sekumpulan anak - anak dari asrama anak yatim juga turut hadir.

Ramai juga rakan - rakan artisnya turut hadir walaupun dah lewat petang. Kami sempat berbual dan berkenalan walaupun tidak lama kerana kesibukannya melayan tetamu yang lain.

Amy, seperti dilaporkan sebelum ini telah turut mengikut jejak sebahagian rakan artisnya yang telah kembali memilih jalan yang lurus. Jalan sebenar kembali kepada Allah, tuhan yang menganugerahkan segala bakat dan kebolehan kepada hambanya untuk memilih cara hidup masing - masing di muka bumi. Apabila hambanya tahu berterima kasih, sudah pasti dia akan memilih jalan yang lurus untuk bersyukur dan kembali kepada tuhannya. Jika tidak, digunakan bakat dan kebolehannya pada jalan kemurkaanNya.

Kerana rahmatNya, peristiwa kembali dan taubat terus menyuburkan kehidupan manusia di bumi. Ada yang menemui setelah lama bergelap pekat dalam kehidupan tanpa syahadah. Ada yang kembali setelah lama hanyut terbuai mimpi. Ada yang kembali setelah lama bertangguh dan menanti - nanti. Semuanya kerana rahmat dan kasih sayangNya terhadap hamba - hambanNya.

Dulu tersohor kerana dijulang - julang iblis dan syaitan. Bila kembali, jadi tersohor juga dijulang para malaikat Allah.

Taubat artis cukup mengembirakan semua. Mereka adalah idola dalam masyarakat, terutama golongan remaja yang hidup alpa dan lalai. Artis, kebanyakannya memimpin mereka ke lembah yang lebih gelap. Apabila mereka bertaubat, sudah pasti mereka akan bersungguh - sungguh menyempurnakan taubat mereka dengan kembali berdakwah di jalan Allah bersama para pendakwah yang lain.

Sudah pasti mereka lebih pakar untuk menguasai remaja yang begitu menggilai dan memuja mereka. Dunia dakwah menjadi semakin meriah.

Macamlah pemimpin Umno masuk Pas. Kebanyakannya kerana taubat yang benar.

Macam Ustaz Hamid Derani di Kelantan yang telah masuk Pas beberapa bulan lepas.

Hari ini beliau adalah penceramah top lepas Tok Guru. Katanya, beliau akan terus berceramah di tempat mana beliau berceramah masa dalam Umno dulu demi menyelamatkan orang yang disesatkannya dulu.

Kita doakan istiqamah untuk Amy Search dan kita jua. Menukar cara hidup memerlukan istiqamah dan keikhlasan yang tinggi. Ilmu adalah pemyelamat.

Saya sempat bersalam dengannya sebelum pulang. Beliau nampak seronok jumpa saya sebagaimana saya juga. Saya jemputnya ke rumah jika beliau ke Kelantan nanti. Beliau berbesar hati sangat untuk jumpa ayahanda Tuan Guru. Katanya, isterinya juga sering menyebut - nyebut untuk jumpa ayahanda.

Saya terserempak pula dengan Ustaz Badrul Amin, mentor taubatnya di Mekah yang kebetulan baru sampai. Ini pun ustaz reformasi yang hebat!

Jangan terkejut jumpa saya di Dataran Merdeka nanti dengan Amy di kanan saya dan Isabelllla di sebelah kiri!! Jom, reformasi bersama Amy Search!!

0 Pandangan