DEMOKRASI TERUS SUBUR DI BUMI MALAYSIA

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/18/2007 08:27:00 AM | 0 Pandangan »

SPR dedah penyelewengan - Berita Harian
Oleh Mohd Azis Ngah


Penolong Pegawai Pendaftaran pindah nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendedahkan, segelintir Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang dilantiknya, menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran.

Pegawai terbabit dikesan memindahkan nama pemilih baru atau sedia ada, yang memohon menukar alamat mengikut Sistem Pendaftaran Bermusim (SPB) yang dilaksanakan sebelum 16 Julai 2002.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata ada antara pegawai itu menurunkan tandatangan palsu pada borang pendaftaran dan SPR yang mempercayai sepenuhnya permohonan bertukar alamat seperti diserahkan itu, meluluskannya.

"Tindakan tidak jujur segelintir PPP itu menyebabkan SPR dikecam pihak tertentu yang mendakwa Daftar Pemilih disediakannya tidak lengkap dan bersih, bahkan ada menuduh ia bertujuan memberi kelebihan kepada parti tertentu."

Kerana itu, SPR tidak lagi membenarkan PPP menguruskan permohonan pertukaran alamat pemilih, sebaliknya mereka hanya diberi tugas menguruskan pendaftaran pengundi baru. Walaupun setakat ini tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap PPP terbabit, kita sudah mengurangkan kuasa mereka demi memelihara integriti dan kredibiliti SPR," katanya kepada Berita Harian, semalam.
---------------------------------------------
Khairul Faizi : Berita Harian pada hari ini (rujuk berita di atas) telah menyiarkan berita bertajuk "SPR DEDAH PENYELEWENGAN" yang menyebut bahawa tindakan 'segelintir' Penolong Pegawai Pendaftar (PPP) yang telah melakukan penyelewengan terhadap penukaran alamat bagi pengundi-pengundi.

Walaupun perkara ini telah lama dikesan tetapi baru semalam didedahkan oleh SPR. Mengikut Dato' Kamarulzaman, Setiausaha SPR kini tugas PPP tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan tersebut tetapi sekadar mengurangkan kuasa mereka sahaja.

Tindakan ini memang menguatkan lagi dakwaan bahawa SPR sudah hilang kredibilitinya. Bayangkan, sudahlah tiada tindakan dikenakan terhadap PPP yang terlibat, mereka masih lagi dibenarkan untuk menjalankan tugas mereka.

Semakin lama semakin tipis keyakinan rakyat terhadap SPR yang sudah pasti tindakan mereka ini dikawalselia oleh kerajaan UMNO/BN yang gila kuasa. Pastinya, PPP tersebut adalah agen yang dilantik oleh UMNO/BN bagi memastikan kemenangan mereka dalam pilihanraya umum yang lalu.

Apa agaknya pembohongan dan penipuan yang akan dilakukan oleh SPR untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Adakah benar PPP yang sedia ada telahpun cukup telus dalam menjalankan tugas mereka ataupun mungkin SPR sendiri yang tidak telus secara keseluruhannya.

Terbaru, pendedahan pendaftaran pengundi baru sejumlah 8,463 pengundi di Parlimen Ipoh Timur dalam tempoh 3 bulan masih belum mampu dijawab oleh SPR. Adakah ia berpunca daripada masalah 'segelintir' PPP ataupun sememangnya ia dirancang supaya menjadi seperti itu.
-----------------------------------------

Bersih: Probe Ipoh Timur's massive voter transfer
Malaysiakini, Oct 12, 07 2:10pm

An elections watchdog has urged the Election Commission (EC) to investigate the sudden increase of voters in the Ipoh Timur parliamentary constituency, which is an opposition stronghold. In a statement yesterday, the coalition for free and fair elections expressed concerns over the ‘growth’ of 8,463 new voters in three months reported by Malaysiakini.

On Tuesday, DAP secretary-general Lim Guan Eng said a check on the electoral roll for the second quarter - from April 1 to June 30 - had revealed the additions.

The figures were broken down into the numbers below:

1. The wholesale transfer all 2,231 voters in the Pengkalan Pegoh polling station in the Sungai Rapat state constituency (in Gopeng parliamentary constituency) to the neighbouring Pasir Pinji state constituency (in Ipoh Timur parliamentary constituency);

2. A sudden increase in postal voters by 3,208 even though there are no new army camps or new police stations; and

3. The extraordinary increase in new voters or those transferred to Ipoh Timur - the figure stands at 3,024 new voters when it should typically be about 400 per quarter.

Important moral element

However, EC chairperson Abdul Rashid Abdul Rahman had explained that the transfer of voters from Sungai Rapat to Pasir Pinji was to rectify what had not been done in the last general election; and that the commission is legally empowered to do so.

His explanation did not go down well with DAP because this was done without the knowledge of the voters or the elected representatives for the areas concerned.

Bersih also said that there is ‘something very wrong with the figure’ because it is a hefty 12 percent increase for a seat that has 73,333 voters in the 2004 general election.

In the 2004 general election, Opposition Leader Lim Kit Siang (DAP) defeated MCA’s Thong Fah Chong by a majority of 9,774 votes.

The coalition made up of five opposition political parties and 26 civil society NGOs also warned that a tainted electoral roll will render an election illegal and illegitimate.

“The integrity of the electoral roll is one of the most important moral elements in an election. “(The EC needs) to rectify the problem or risk losing whatever is left of its credibility as an ‘effective and transparent’ institution,” said Bersih.

This is not the first time that the opposition has complaint about such wholesale transfer of voters. In the last general elections, PAS leaders abandoned a number of their seats in Kedah after it was cleared that they were unwinnable after massive relocation of voters by the EC.

0 Pandangan