MASIH MENARUH HARAPAN?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/08/2007 10:51:00 PM | 0 Pandangan »

Harapan kakitangan awam kepada perolehan bonus daripada pembentangan budget 2008 semakin tipis selepas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor kenaikan gaji antara 7.5 peratus dan 35 peratus bagi kakitangan awam serta kenaikan gaji antara 9 hingga 42 peratus Julai lepas bagi anggota polis dan tentera boleh dianggap sebagai satu bonus bagi mereka.

Maknanya, kenaikan gaji pegawai kerajaan sebelum ini sebenarnya adalah sebagai ganti kepada bonus yang biasanya diterima oleh kakitangan kerajaan sejak daripada tahun 1993.

Guru-guru di sekolah, pegawai-pegawai kerajaan di Putrajaya serta diseluruh negara pastinya termenung dan mengeluh dengan berita yang kurang ‘enak’ ini. Sudah terbayang pada setiap akhir tahun, bonus inilah yang akan djadikan sumber untuk membeli kelengkapan sekolah untuk anak-anak dan seumpamanya.

Mungkin pasti ramai terutamanya kakitangan kerajaan yang akan mengkritik Pak Lah dengan perbentangannya pada kali ini tetapi saya tidak melihat bahawa perkara ini akan terhenti setakat ini sahaja.

Telahan saya, selepas ini kakitangan kerajaan akan melahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka. Selepas daripada itu, badan bukan kerajaan dan parti politik akan menyuarakan bantahan dan pandangan mereka. Apabila kakitangan semakin mula cuba untuk memprotes keputusan kerajaan ini maka bila hampir dengan pilihanraya umum nanti, Pak Lah dengan penuh rasa bertangggungjawab mengumumkan bahawa bonus akan diberikan kepada kakitangan kerajaan atas rasa prihatinnya kerajaan.

Kakitangan kerajaan akan rasa gembira dan akan berjanji untuk memberikan sokongan kepada UMNO/BN apabila tiba pilihanraya umum nanti. Maka, UMNO/BN akan mendapat sokongan padu daripada kakitangan awam sehingga menobatkan kembali Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mudah sahaja congak politiknya.

Apapun telahannya, kakitangan awam jangan mudah terpedaya dengan taktik politik yang dirancang. Kakitangan kerajaan bukannya seperti bola yang boleh disepak sesuka hati.

0 Pandangan