LATEST NEWS : AMARAN TSUNAMI!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/12/2007 11:37:00 PM | 0 Pandangan »

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, 155km barat daya Bengkulu, Indonesia dan 718 barat daya Johor Baru pada 7.10 malam ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyatakan gempa bumi itu berlaku di 4.5 darjah Selatan dan 101.0 darjah Timur.

Gegaran turut dirasai di kawasan barat Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, JAKARTA digegar gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter beberapa minit selepasnya.
Maklumat awal yang disiarkan televisyen tempatan menyatakan gempa bumi yang berpusat di sekitar kepulauan Bengkulu itu berpotensi tsunami.
Ketika laporan ini dibuat wartawan Bernama yang berada di tingkat 19 Wisma Antara di bandar raya itu masih terasa bangunan setinggi 20 tingkat itu bergoyang kuat.
Komputer di atas meja, televisyen dan perabot bergoyang akibat gempa itu.
Ribuan pekerja pelbagai syarikat di Wisma Antara bertempiaran keluar meninggalkan pejabat masing-masing untuk menyelamatkan diri dengan turun ke bawah dengan menggunakan tangga kecemasan. BERNAMA

0 Pandangan