AJARAN TAK SESAT?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/12/2007 07:38:00 AM | 1 Pandangan »

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my
SHAH ALAM: “Maaf, ajaran yang saya bawa bukan sesat,” kata ketua kumpulan ajaran sesat Ajaran Tijah, Khatijah Ali, 53, ketika membuat pengisytiharan bertaubat di Bangunan Sultan Idris Shah (SIS) di sini, semalam.
Perbuatannya itu mengejutkan beberapa saksi, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat, Datuk Rahman Palil; Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Ini menyebabkan keadaan agak kecoh serta mengelirukan beberapa pihak termasuk wakil media sebaik mendengar kenyataan Khatijah.Khatijah yang hampir 20 tahun mengamalkan ajaran terbabit sepatutnya membaca teks pengisytiharan itu membabitkan 11 perakuan tanpa membuat sebarang ulasan.
Bagaimanapun, dia sempat mencelah dengan menafikan dia sesat dan salah seperti dinyatakan dalam beberapa perakuan itu.
“Saya tidak melakukan kesalahan dan saya pasti apa yang saja ajar kepada pengikut tidak salah, sebaliknya kami lebih takut kepada Tuhan kerana tahu apa yang menanti sebagai balasan jika mengingkari perintah-Nya.
“Apa yang berlaku hanyalah salah faham kerana saya mengajar tanpa tauliah daripada Jais menyebabkan rumah saya diserbu dan terus dituduh sesat,” katanya sejurus majlis tamat.

berita penuh...

1 Pandangan

  1. cAhaYa biNtaNg // August 1, 2013 at 9:56 PM  

    ASSAlamualikum saudara sya nak tau saudara ada x maklumat yang detail tentang ajarn khatijah ali ini????