LATEST NEWS FROM PASIR GUDANG

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/30/2007 03:17:00 PM | 0 Pandangan »

"Alhamdulillah..." Itulah ucapan yang saya mampu lafazkan ketika ini kerana Allah menjauhkan kita daripada kejadian yang tidak diingini berlaku di Pasir Gudang dan di Johor seperti yang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang dan kawasan Tebrau melaporkan bahawa tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku di sana sehingga kini.
Saya mewakili DPPNJ mengucapkan tahniah di atas kejayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap 2 orang suspek yang dipercayai terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu yang berunsur hasutan.
Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan PDRM yang menggunakan ISA untuk menahan kedua-dua suspek ini. Menurut Pemangku Ketua Polis Johor kes ini disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi kesalahan membuat penyebaran laporan-laporan palsu yang boleh menimbulkan kecemasan awam.
Walaupun kami bersetuju dengan tangkapan dan siasatan ini tetapi kami juga konsisten bahawa ISA adalah akta yang zalim kepada rakyatc
Saya akan membuat ulasan lanjut nanti.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
30 Ogos 2007, 3.31 petang

0 Pandangan