EMAIL DARIPADA SEORANG IBU MURID PASTI

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/05/2007 01:08:00 PM | 0 Pandangan »

Assalamualaikum

Saya agak terlewat membaca nukilan tuan mengenai Pengorbanan Guru PASTI :Guru PASTI: Pengorbanan guru kelas pertama yang disiarkan di Laman TranungKite. Ya , saya memang amat bersetuju dengan pendapat tuan kerana saya sendiri mengalami pengalaman ini.

Anak saya Nurul Haliza adalah seorang anak yang hyperaktif dyslexia . Dari pandangan fizikal memang beliau nampak normal seperti kanak - kanak lain tetapi sebenarnya beliau adalah anak yang agak sensitif , mudah marah , fisically too active dan mudah dipujuk juga .Saya telah menghantar beliau ke PASTI Ikhwanul Muslimin di Klang , Selangor pada 2007 ini bagi kelas 5 tahun. Saya agak risau dan bimbang sekiranya guru yang mengajar tidak faham akan sifat anak saya ini yang memungkinkan guru itu putus asa dan tak suka pada anak saya ini. Namun sangkaan saya melesat sama sekali , pada perjumpaan dengan guru kelas beliau Puan Efa , guru ini telah menyakinkan saya bahawa saya tidak perlu risau. Beliau menceritakan kaedah beliau mengambil hati anak saya dengan kasih sayang dan kesabaran yang tinggi .Hinggakan anak saya yang sebelum ini sukar menulis ABC / 123 kini sudah boleh menulis sendiri dan amat suka menulis dan mewarna .

Hingga menitis air mata saya bila membayangkan beliau sentiasa membawa anak saya kemana sahaja beliau pergi walau kekedai atau ke bilik air sekalipun ( kerana khuatirkan anak saya mengganggu pelajar lain ).Beliau juga akan memastikan anak saya sentiasa duduk di meja mengajar beliau dan membuat kerja sekolah yang diberi sedangkan pelajar lain duduk di meja masing - masing .Effort ini tidak akan saya temui dimana - mana sekolah sekalipun lebih - lebih lagi bagi anak dyslexia seperti anak saya yang memerlukan tumpuan penuh seperti seorang ibu kandung.

TERIMA KASIH Cikgu Effa dan juga Cikgu Lelasari . Syukur alhamdulillah saya dapat ditemukan dengan orang yg mulia seperti mereka .Tahniah saya ucapkan kepada PASTI kerana dapat melahirkan guru - guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa mengharapkan imbuhan gaji dan elaun yang tinggi. Sesungguhnya budi dan usaha guru - guru ini akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan syurga Firdaus .

Saya akan memberi sokongan penuh atas usaha - usaha PASTI dalam membangunkan pendiidikan islamiah pada anak - anak Islam dengan menghantar keempat 2 anak saya ke PASTI . Sekian .

Wassalam .

AZIMAH BT MAN
--------------------------------------------------
Wa'alaikum salam Puan Azimah,

Alhamdulillah, saya telah pun membaca email puan dan rasa sangat gembira dengan perkembangan anak puan. Mudah-mudahan Allah akan memberikan ganjaran yang terbaik untuk guru-guru dan pengurusan PASTI yang sedia berkorban setiap masa.

Walaupun saya kini tidak terlibat lagi dengan pengurusan PASTI di peringkat Pusat tetapi saya yakin dan percaya bahawa hasrat untuk memajukan PASTI di segenap sudut akan diteruskan dengan lebih baik lagi.

Semoga anak puan Nurul Haliza akan menjadi anak yang solehah dan pelajar yang terbaik...

Wassalam

Khairul Faizi

0 Pandangan