Akhirnya sahabat seperjuangan dalam Pemuda BA Johor yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Johor Cik Nurin Aina telah pun mengakhiri zaman bujangnya pada 1 Jun 2007 yang lalu.
Walaupun saya dan Nurin berada dalam parti yang berbeza tetapi kami memang berkawan baik. Gembira juga rasanya bila melihat teman baik saya ini sudah bergelar seorang isteri setelah beliau melalui pelbagai liku-liku kehidupan terutamanya ketika berdepan dengan situasi memimpin AMK di Johor.
Saya kira, untuk saya mencoretkan pengalaman dan perit jerih menghidupkan Pemuda BA Johor bersama Nurin sudah tentu panjangnya berjela-jela dan terlalu banyak halangan yang terpaksa ditempuhi untuk membina sebuah ikatan diantara DPPNJ dengan AMKNJ tetapi semua itu telah disemat dalam sejarah kami.
Apapun, mempunyai seorang kawan baik seperti Nurin memang satu kelebihan sebenarnya, bersedia untuk menjadi kawan ketika senang ataupun ketika kita susah.
Semoga berbahagia, Nurin...
Brothers - Teman Sejati

Selama ini Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani Perjuangan suci
Bersyukur kini
Teman yang dicari
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Senang diharungi
Bertambah murni
KepadaMu Allah Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kepadamu teman
Pengorbanan dan pengertian
Telah ku ungkapkan
KepadaMu Allah
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah ku ungkapkan
Itulah tandanya Kejujuran kita
0 Pandangan
Post a Comment