100,000 Pemuda PAS sedia sertai bantahan Putrajaya

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/08/2007 12:21:00 AM | 0 Pandangan »

7 Jun 2007 - Malaysiakini.com

Pemuda PAS sedang menunggu arahan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghantar 100,000 ahlinya ke Putrajaya untuk mengadakan bantahan mengenai kepincangan demokrasi di negara ini, kata Ketuanya, Salahuddin Ayub.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS kini dalam keadaan siap sedia dan mereka boleh dihantar pada bila-bila masa sahaja ke Putrajaya.

"Jika hari ini Abdul Hadi mengarahkan Pemuda PAS mengadakan bantahan di Putrajaya, hari ini juga kita akan mengadakan bantahan di sana.

"Kita perlu menghantar isyarat kepada kerajaan bahawa demokrasi di Malaysia berada dalam tahap yang buruk dan memalukan," katanya.

Sehubungan itu, ketika dihubungi semalam, Salahuddin berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bulanan PAS di ibu negara Sabtu ini.

Beliau mendakwa kerajaan menggunakan demokrasi yang mereka tentukan sendiri dengan menekan rakyat dan pembangkang untuk memastikan mereka terus berkuasa.

"Kerajaan telah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), menggunakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk kepentingan politik mereka.

0 Pandangan