AZHAN ATAN KETUA PEMUDA PAS TANJUNG PIAI

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/18/2007 08:03:00 AM | 1 Pandangan »


Di saat UMNO sedang rancak mengumpul sokongan dari kalangan samseng dan mat rempit, PAS melakar sejarah dengan pemilihan Azhan Atan, seorang insan kurang upaya (OKU) bagi menerajui Dewan Pemuda PAS Tanjung Piai.

Kepekaan dan kepedulian PAS terhadap warga OKU haruslah menjadi contoh tauladan kepada kita. Ketika sebahagian rakyat menganggap betapa OKU ini hanyalah beban masyarakat semata-mata, Azhan membuktikan persepsi mereka itu salah dan tidak tepat.

klik http://www.adilmalaysian.blogspot.com/
---------------------------------------
Tun Adil telah menulis berkaitan dengan sahabat saya sdr Azhan Atan yang merupakan Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai yang baru. Saya cukup terharu dengan tulisan ini.

Disebalik perlantikan sdr Azhan ini, saya ingin memberikan sedikit gambaran tentang beliau. Sdr Azhan adalah seorang pemuda yang serba boleh. Kerjaya beliau adalah sebagai seorang tukang urut refleksi, mahir dalam muzik dan mempunyai suara yang baik serta sering membuat persembahan nasyid khususnya di Johor.

Tulisan Tun Adil memberikan saya satu idea untuk menggerakkan sdr Azhan bersama-sama membela nasib OKU ini. Terima kasih Tun Adil...

1 Pandangan

  1. tun adil // May 19, 2007 at 10:32 AM  

    Terima kasih

    Saya menulis sebagai tribute kepada Parti Islam Semalaysia, teruskan perjuangan untuk menegakkan negara yang mengangkat Al-Quran dan Hadith sebagai hukum tertinggi di negara ini.

    Saya dan rakan-rakan Barisan Alternatif sentiasa menyokong anda.

    Tugas PAS Johor kini ialah menambahkan seberapa banyak kerusi DUN dan mempertahankan Senggarang.

    Elakkan politiking seperti yang berlaku dalam parti saya ketika ini..

    Semoga anda semua diberkati Allah dunia akhirat.