Vote For Azhan Atan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/11/2008 02:45:00 PM | 2 Pandangan »

Minggu lalu, satu kejutan berlaku di Akademi Nasyid TV9 apabila Azhan Atan yang pada mulanya dilihat sebagai fenomena baru dalam dunia hiburan nasyid terperosok dalam kelompok paling bawah dan hampir-hampir terkeluar daripada saingan.

Ramai yang terkejut termasuklah pengacara majlis yang menukilkan di dalam blognya bagaimana dia seakan-akan tidak percaya bahawa Azahan akan mendapat undi yang rendah.

Tiada siapapun yang mempertikaikan bakat semulajadi Azhan yang cukup menawan kalbu. Cuma, undian SMS tidak menyebelahi beliau.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh pengunjung blog minda-kembara.blogspot.com untuk menyumbangkan undian kepada saudara Azhan bermula daripada minggu ini. Inilah peluang untuk membantu pemuda OKU yang berada di dalam perjuangan Islam.





VOTE FOR AZHAN
.
Taip AN AZHAN dan hantar ke 33399

2 Pandangan

  1. risyams // July 11, 2008 at 9:49 PM  

    satu bukti penilaian manusia...menilaikan sesuatu pada zahir dan bukannya dengan mata hati...hargailah anugerah ALLAH tanpa perlu berpura-pura....

  2. tajuddin // July 12, 2008 at 5:50 PM  

    You can count me Faizi, aku n wife aku.
    Hidup OKU
    Hidup Nasyid

    *** Thanks belanja aku mlm tadi w/pun sekodar minum di stesen bas.