Najib, Saiful & Altantuya

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/04/2008 12:25:00 AM | 3 Pandangan »


Najib mengaku jumpa Saiful - Malaysiakini
Muda Mohd Noor Jul 3, 08 7:38pm

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Mohd Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin. "Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.

Anwar dedah bukti baru kes Altantuya, Najib nafi temui wanita Mongolia – The StarOnline

03-07-2008 11:47:16 PM Oleh SA'ODAH ELIAS dan ARIFFUDDIN ISHAK

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pada sidang akhbar hari ini - yang ketiga selepas dakwaan meliwat yang terbaru didedahkan Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah menggugurkan maklumat penting tentang hubungan antara Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang pernah diberikan oleh bekas penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam dua tahun lalu

Najib dituduh bersama Altantuya - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 3, 08 12:40pm

kemaskini 6:56pm Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dikaitkan dengan Altantuya Shaariibuu - kali ini dakwaan yang lebih menggemparkan daripada penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Abdullah Baginda.

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.

Anwar: Tubuh s'jaya siasatan diraja - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 3, 08 3:23pm

kemaskini 7:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan penyiasat persendirian dalan akuan berkanunnya mempunyai implikasi serius apabila kredibiliti polis, pejabat peguam negara dan badan kehakiman telah tercemar.

Ketua umum PKR berkata, kenyataan P Balasubramaniam hari ini telah mengesahkan "apa yang telah kita katakan selama ini; tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)".

Lim: Najib perlu bercuti... - Malaysiakini
Jul 3, 08 5:45pm

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bercuti sehinggalah semua persoalan yang membabitkan kredibilitinya, khususnya berhubung dengan akuan berkanun penyiasat persendirian P Balasubramaniam, berkaitan hubungannya dengan Altantuya Shaariibuu, disiasat dan nama beliau dibersihkan.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata, akuan berkanun Balasubramanian bertarikh 1 Julai dan diumumkan hari ini, telah mencabar kebenaran pelbagai kenyataaan penafian Najib berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia tersebut pada Oktober 2006 - bahawa Najib tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan Altantuya

3 Pandangan

  1. marina // July 4, 2008 at 4:01 AM  

    Yang pelik kenapa Saiful Bahri ni pergi jumpa Najib, sedangkan ramai lagi pemimpin UMNO yang boleh dia jumpa.Apa istimewanya Saiful Bahri sehingga boleh masuk ke kediaman Najib untuk berjumpa dengan Najib., sedangkan Najib berkata dia tidak mengenali Saiful Bahri ni.Najib kata dia berjumpa Saiful Bahri sebab ingin mendengar masalah Saiful Bahri atas sifat dia sebagai pemimpin.Cuab fikirkan jika anda ada masalah dan hendak berjumpa dengan Najib di kediamannya, adakah anda akan dilayan? Kecuali anda penting dan istimewa kepada Najib.fikirkan....

  2. jerry // July 4, 2008 at 10:08 AM  

    aku setuju ngan marina.dan kat sini aku nak tambah, masa mula2 aku dok tengok najib kat buletin utama,TV3, wartawan tanya kenapa gambar saiful banyak dengan pemimpin umno, dia macam teragak2 nak jawab, dan jawapan yang paling kelakar aku dengar dia cakap, si saiful tu ketua pelajar yang buat..bla bla bla bla, bis tu, kata pembantu anwar...sekarang ketua pelajar plak...pening aku...

    aku ingat kita sekarang ni, tak kira la sapa, sumer orang la, kena ada belajar seni menipu...hmm..kena ada seni menipu

    aku bukan anti umno atau pro pkr...ini bukan soal politik lagi la wei, ini aku rasa soal Gali lobang tutup lobang la ni...

  3. jerry // July 4, 2008 at 10:11 AM  
    This comment has been removed by the author.