Konsert Inul Di Johor Bahru BATAL

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/17/2008 05:40:00 PM | 4 Pandangan »

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam apabila akhirnya konsert yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 Julai 2008 ini di Stadium Larkin Johor Bahru tidak diluluskan permohonan penganjurannya.
.
Saya mewakili seluruh umat Islam di Johor mengucapkan tahniah di atas sikap kerajaan yang terus konsisten dengan jawapan yang telah diberikan kepada kami semasa memorandum bantahan diserahkan pada 11 Julai 2008 yang lalu.
.
DPPNJ akan menyampaikan surat ucapan tahniah kepada kerajaan Johor di atas keputusan yang telah dibuat ini kerana ini menunjukkan bahawa PAS sememangnya berperanan sebagai ‘check 7 balance’ kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini.
.
Wassalam
---------------------------------------------------
.
Konsert Inul gerudi di JB batal - KOSMO!
.
KUALA LUMPUR - Konsert penyanyi dangdut gelek goyang gerudi, Inul Daratista (gambar) di Johor Bharu yang sepatutnya berlangsung malam Sabtu ini, dibatalkan setelah pihak berkuasa tempatan menolak rayuan yang dikemukakan oleh pihak penganjur.
.
Konsert yang dianjurkan oleh IMS Prima Sdn. Bhd. itu dijadual berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus di Larkin, Johor Bahru.
.
Bagaimanapun, permit yang dipohon sejak beberapa bulan lalu tidak diluluskan oleh pihak penguat kuasa tempatan di Larkin, tanpa alasan.
.
Menurut Pengarah Urusan IMS Prima, Nasir Abu Bakar, penganjur cuba membuat rayuan pada 10 Julai lalu tetapi pihak berkenaan kekal dengan keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang permit bagi penganjuran konsert tersebut.
.
Menurut Nasir, apa yang menjadi tanda tanya ialah kenapa permit berkenaan tidak diluluskan walaupun pihak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sudah memberi kebenaran kepada penganjur untuk membawa Inul membuat persembahan di tempat berkenaan.
.
Ekoran pembatalan itu, syarikat berkenaan berhadapan dengan kerugian hampir RM300,000 kerana telah membuat beberapa pembayaran termasuk kepada artis, penyewaan stadium dan sistem bunyi.
.
Konsert Fenomena Dangdut Inul Daratista pernah berlangsung di di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 1 Mei 2005 dan dihadiri lebih 30,000 penonton.

4 Pandangan

  1. hambaAllah86 // July 17, 2008 at 11:01 PM  

    Assalamualaiku..
    Alhamdulillah,syukur kita pada Allah kerna konsert inul dibatalkan..kepada pemuda johor teruskan perjuangan anda..insyaAllah, akan mendapat balasan di akhirat kelak..

    Takbir!!!

  2. Muhammad Fahmi // July 19, 2008 at 10:44 AM  

    Double Bonus: Inul terkejut hampir pengsan

    Inul terkejut kerana tidak di beritahu oleh penganjur bahawa Konsert Inul Daratista Live In JB yang dijadual berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, malam ini, dibatalkan tanpa di beritahu oleh pihak Penganjur.

    Menurut penyanyi dari Indonesia yang terkenal dengan lagi Kocok Kocok dan Goyang Inul, "Hal ini bukan dibuat main-main. Saya datang ke Malaysia untuk menghiburkan masyarakat. Saya ke Malaysia bersama 16 pemuzik undangan yang dibawa khas dari Indonesia.

    "Penganjur sepatutnya mengambil langkah awal dengan memberitahu kepada kami supaya tidak terkejut seperti ini," katanya yang sekali gus kelihatan tidak bermaya. Sementara itu, terlebih dahulu dia berkata, "Saya sedih dan amat kecewa. Apa salah saya sehingga tidak diterima di Johor Bahru."

    Penyanyi genit dan lincah ini turut di kenali dengan Goyang Gerudinya.

    http://no2umno.blogspot.com/2008/07/inul-terkejut-hampir-pengsan.html

  3. risyams // July 19, 2008 at 10:36 PM  

    a'kum...
    alhamdulillah, akhirnya doa pemuda johor termakbul..jangan mudah mengalah dalam perjuangan menegakkan syiar ISLAM...

  4. admin // July 21, 2008 at 10:31 AM  

    alhamdulillah....mudah-mudahan rakyat akan brtul-betul menolak sebarang hiburan hiburan yg melampau seumpama ini

    http://suaramajoriti.blogspot.com