Undi Tidak Percaya Terhadap PM

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/18/2008 09:10:00 PM | 0 Pandangan »


SAPP hilang kepercayaan, sokong undi tak percaya ke atas Pak Lah - mSTAR Online

18-06-2008 08:49:42 PM

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Parti Maju Sabah (SAPP), ditubuhkan 14 tahun lalu, sebagaimana dijangkakan membuat keputusan 'penting' hari ini - mengisytiharkan yang partinya telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru, SAPP akan menyokong undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat pada 23 Jun ini Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Pendirian itu dikemukakan sehari selepas Abdullah,. yang berada di Kota Kinabalu semalam menegaskan, beliau tidak dimaklumkan ada parti komponen Barisan Nasional (BN) akan keluar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata, dua Ahli Parlimen parti itu iaitu wakil rakyat Sepanggar dan Tawau akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

"Sama ada usul itu akan dibentangkan oleh Ahl iParlimen kami atau anggota Parlimen lain, akan diputuskan mengikut keadaan," kata beliau pada sidang akhbar di sini.SAPP, sebuah parti politik majoritinya kaum Cina di Sabah, adalah satu daripada 14 parti komponen BN yang menerajui kerajaan persekutuan.

Ia ditubuhkan pada 1994 dan kini mempunyai tiga anggota di Dewan Rakyat.

Yong, bekas Ketua Menteri Sabah berkata, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun, yang kini berada di luar negara bagi tugasan rasmi, telah menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatangani.

Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui juga membuat pendirian yang sama dalam kenyataan yang ditandatangani.Eric dijadual pulang ke Malaysia bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 23 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Eric berkata: "Dalam ketetapan untuk mengukuhkan pelaksanaan dan kestabilan politik, rakyat Malaysia khasnya di Sabah tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri."

"Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskannya dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini, saya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri," kata Eric.

Chua pula berkata: "Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Abdullah."

"Tengku Razaleigh Hamzah dan pemimpin Umno yang lain telah juga mendesak pemimpin mereka berundur.

"SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab berkesan, dia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain untuk mengambil alih," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berada di Kota Kinabalu memberitahu beliau tidak dimaklumkan mengenai ada parti komponen BN di Sabah akan keluar dalam waktu terdekat.

"Saya tiada diberitahu apa-apa mengenainya," katanya.

Jelas Abdullah, beliau tidak tahu mengenai sebarang langkah sebuah parti komponen BN atau anggota-anggota Parlimen meninggalkan BN dan membentuk sebuah gabungan bebas.

Kini di Dewan Rakyat BN mempunyai 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 82 kerusi.

Umno mempunyai 79 kerusi, MCA (15), MIC (tiga), Gerakan (dua), PBB (14), SUPP (enam), SPDP (empat), PRS (enam), Upko (tiga), PBS (tiga), SAPP (tiga), PBRS (satu) dan LDP (satu).

Kelmarin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, tidak ada sebarang petunjuk sehingga ini yang sebuah parti komponen BN negeri akan meninggalkan gabungan itu dan beliau menyifatkannya hanya spekulasi.

Malah pada hari yang sama, Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan turut menafikan yang partinya akan meninggalkan BN.

Beliau berkata parti itu tidak ada membincangkan perkara itu dan memberi jaminan SAPP akan kekal sebagai parti komponen BN.

Pada Sabtu lalu, bekas Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan bahawa akan ada sebuah parti komponen BN akan keluar menjelang hujung bulan ini.

Ia merupakan kunjungan ketiga Abdullah ke Sabah sejak pilihan raya umum lalu. Beliau berada di negeri dua minggu lalu.

Desas-desus melompat parti yang ditimbulkan semula oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak seminggu lalu.

Anwar dalam blognya hari ini berkata, "rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya."

Tambah beliau, "pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah."

Anwar telah berulang kali menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan menjelang 16 September. Ia mempunyai 82 kerusi di Parlimen dan memerlukan 30 wakil rakyat yang sanggup melompat parti.

Desas-desus bahawa ada Ahli Parlimen BN akan menyertai kendengaran sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan kebanyakannya membabitkan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Kelmarin, di Pulau Pinang, Anwar menyebut bahawa beberapa Ahli Parlimen MCA pula akan menyertai Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula mencabar Anwar "jika pada 17 September kerajaan BN masih lagi memerintah dan mandat rakyat masih terpelihara, beliau bertindak meletakkan jawatan sebagai Penasihat PKR kerana gagal mengotakan janji kepada penyokongnya."

"Jika beliau gagal, bukan hanya beliau harus letak jawatan, tetapi apa sahaja kredibilitinya dimata rakyat akan hancur begitu sahaja," kata beliau dalam blognya.

PM: Teck Lee bertindak kerana ketamakan diri - mSTAR Online
18-06-2008 08:21:23 PM


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya."

Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian.

Yong mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa SAPP telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

Sejak kebelakangan ini, bekas ketua menteri Sabah itu sering mengkritik keputusan politik Abdullah mengenai Sabah termasuk langkah menaikkan harga bahan bakar. BERNAMA



SAPP keluar BN Jumaat ini? - mSTAR Online
18-06-2008 08:11:05 PM
Oleh LEE YAN XIU

PETALING JAYA: Adakah Parti Maju Sabah (SAPP) akan meninggalkan Barisan Nasional (BN)?

SAPP dijadual mengadakan sidang akhbar Jumaat ini untuk mengumumkan keanggotaan mereka dalam BN selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP diadakan.

Dalam kenyataan dipaparkan di dalam laman web SAPP hari ini, parti itu mendakwa BN telah meninggalkan Sabah dan semangatnya telah lenyap.

"Bukan kami (Sabah) tidak mahu Barisan Nasional (BN), tetapi BN yang tidak mahu kami," kata SAPP.

Menurut SAPP, BN tidak mengaktifkan sumbangan Sabah dalam arus perdana negara.


Yong: Enough is enough (Update 3) - The STAR Online
Wednesday June 18, 2008 MYT 8:54:19 PM

PETALING JAYA: The continued insensitive attitude of the Government towards serious issues in Sabah is the main reason Sabah Progressive Party (SAPP) decided to move a motion of no confidence against the Prime Minister.

Its president Datuk Yong Teck Lee said the party had to make a stand before the “window of opportunity” closed by August after which Sabah would be forgotten again.

“The nation’s attention will switch to MCA and Umno elections, people will be pre-occupied with the fasting month, Hari Raya, school exams and year-end events,” he said in a statement Wednesday.

“Political fatigue in the national mainstream over 'Sabah-Sabah-Sabah' issues will set in.”

He said the momentum for Sabah to recover autonomy, obtain 20% oil royalties instead of the present five per cent and the return of Labuan would be lost.

“Unfair federal laws, excessive taxes and structural imbalances in the economy will remain entrenched. Sabah will remain the poorest state subservient to central leadership.

“The illegal immigrant problem will reach boiling point.

“With our political move, SAPP hereby initiates the political process to claim 20% in oil royalties, which is after the all the natural resource of Sabah,” he added.

Yong said the extra billions could be invested in agriculture, education, capacity-building and achieve self-sufficiency in many areas.

“We can therefore insulate ourselves from external shocks or an economic tsunami,” he said.

He added that the people of Sabah were also suffering from high inflation because of recent “astronomical” and “unexpected” fuel price hikes, which was contrary to a Barisan election promise.

He said fuel prices have caused the business sector to stagnate and predicted that unemployment and social problems would rise.

“But the Government’s responses seem ad-hoc, flip-flop and lacking in foresight with a fire-fighting style,” he said.

Among the problems that Yong said would remain unsolved were poverty eradication, rural development, racial politics, illegal immigrants, crime and drugs.


SAPP's vote of no confidence against PM (Update 2)
Wednesday June 18, 2008 MYT 4:43:08 PM

KOTA KINABALU: The Sabah Progressive Party (SAPP) has lost confidence in Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, it said at a press conference here Wednesday.

In the coming sitting of the Parliament session on Monday, its two Members of Parliament will support a vote of no confidence against the Prime Minister, the party said.

Whether its MPs table the vote of no confidence, or whether other MPs will do it, would be determined in due course, it said in a statement.

SAPP’s two MPs are Datuk Eric Enchin Majimbun (P171 Sepanggar) and Datuk Dr Chua Soon Bui (P190 Tawau).

The party also has four state representatives.

The statement was read out by Dr Chua and signed by Majimbun, who was overseas on official duties. He will be back for the Parliament sitting next Monday, June 23.

The statement listed four areas of dissatisfaction with Abdullah's premiership:

1) That no concrete action had been taken on the issue of illegal immigrants, despite repeated requests by SAPP and other Barisan component parties;

2) That the government had offered no holistic economic solutions to cushion the blow of the sudden hike in fuel prices, which had greatly burdened the people and threatened further hardcore poverty;

3) That not enough attention had been paid to issues raised by the people of Sabah -- poor delivery systems, corruption, wastage, lack of transparency and accountability -- and that SAPP would have failed in its duty as elected representatives if these issues continued to be ignored; and

4) That the people have lost confidence in Abdullah, and that if he can't perform, he should step aside and make way for another leader to take over.

Talk had been rife Wednesday morning that SAPP was going to abandon the Barisan Nasional coalition and defect to the Pakatan Rakyat alliance.

The party is running a poll on its blog, asking members of the public whether it should stay on in Barisan, leave the coalition but remain independent, or join Pakatan.

At press time, there were 2,828 votes tallied, with 85% (2,411 votes) asking SAPP to join Pakatan. Only 2% (80 votes) urged it to stay on with Barisan, while the remainder suggested it quit Barisan but remained unaligned.

0 Pandangan