Pemuda PAS Telah Berjaya Serah Memorandum Kepada PM

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/10/2008 05:14:00 PM | 1 Pandangan »


Dewan Pemuda PAS Pusat telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan terhadap kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri Malaysia melalui Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri di pejabat PM di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi tadi (10 Jun 2008).

DPPP telah diketuai oleh Timbalan Ketua DPP Pusat, Ust Haji Nasruddin Hassan At-Tantawi diiringi oleh Naib Ketua, Setiausaha dan beberapa exco DPPP yang lain.

Penyerahan memorandum ini adalah merupakan di antara tindakan-tindakan yang diambil oleh DPP Pusat untuk menangani tindakan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini.

Ketua DPP Pusat, YB Salahuddin Ayub akan berdebat dengan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad di RTM 1 pada malam ini.

Jumaat akan datang, DPP Pusat akan adakan himpunan aman di Kuala Lumpur dan akan bermula selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru. Semua dijemput hadir!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

1 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // June 11, 2008 at 1:11 AM  

    boleh tengok kandungan memorandum itu?
    Adakah ia sama dengan Dewan Pemuda PAS WP punya?