Setiap kali harga petrol/diesel dinaikkan, sudah pasti KPDNHEP akan membuat satu kenyataan bahawa mereka akan menggerakkan usaha memantau kenaikan harga barang.
.
Saya memang sudah malas untuk mendengar cakap-cakap macam ini kerana ia adalah satu ucapan yang telah disusun atur sejak sekian lama. Dulu, Datuk Shafie Apdal memang sudah tentu akan bercakap macam ini, mana tak sakit hati.
.
Rupa-rupanya Datuk Shahrir Samad pun stereotype juga, menggunakan kaedah yang sama dengan menggerakkan pemantauan terhadap kenaikan harga barang kesan daripada kenaikan harga minyak yang bermula hari ini.
.
Sudahlah Datuk Shahrir, sebelum anda memantau kenaikan harga barang sepatutnya anda turun padang bertanya kepada para peniaga terutamanya peniaga kecil yang sudah pasti akan terkesan teruk hasil daripada kenaikan harga minyak ini.
.
Bila harga minyak naik 30 sen pun harga barang tidak dapat terkawal, inikan lagi harga minyak naik menggila.
.
Bayangkan, berapa harga sebuku roti, sebiji kuih, sekeping roti canai, segelas teh tarik, sebungkus nasi lemak, sepinggan mee, sebiji telur rebus dan secucuk satay selepas daripada ini?
.
Inilah padahnya bila pemimpin hidup sedang tanpa memikirkan perit jerih rakyat yang berhadapan dengan kesusahan hidup. Apa lagi yang kita nak tunggu lagi? Rakyat mesti melakukan bantahan dengan pelbagai cara dan kaedah. Kena ajar kerajaan yang lemah ini.
.
Kepada Datuk Shahrir, kenapa sudah berubah bila menjadi Menteri? Pada satu ketika dulu masyarakat memberikan penghormatan kepada anda sehinggalah anda menjadi Ahli Parlimen pada tahun 2004. sepanjang tahun 2004, anda dilihat sebagai seorang AP yang cukup berkesan tetapi selepas dilantik sebagai Menteri dalam penggal ini, anda lebih kurang sama saja dengan Pak Lah.
.
Bertindaklah dengan jujur dan adil. Jika tidak, saya akan pastikan rakyat Johor akan menjatuhkan anda selepas ini.
----------------------------------------
KPDNHEP pantau harga barang - Berita Harian Online
.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meningkatkan pemantauan dan kawalan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan harian berikutan kenaikan harga petrol dan diesel berkuat kuasa hari ini.
.
Menterinya, Datuk Shahrir Samad, berkata pemantauan perlu berikutan wujud kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan kenaikan harga barang.
.
"Selain terus memantau pemberian subsidi minyak, kementerian memberi tumpuan kepada pelaksanaan pemberian subsidi bahan makanan dan sebarang kenaikan harga barang. - Berita Harian Online
0 Pandangan
Post a Comment