Datuk Nazri vs BNBBC

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/25/2008 10:00:00 PM | 0 Pandangan »

Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekali lagi mencetuskan 'sorakan emosi' di Parlimen apabila menggelar beberapa anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) sebagai 'budak-budak' kerana membuang sekatan yang dipasang bagi mengehadkan pergerakan petugas media semasa membuat liputan di ruang legar Parlimen semalam.

Datuk Nazri berkata (Berita Harian Online);

“Siapa mereka untuk buat macam tu? Saya tidak boleh terima perbuatan itu. Macam budak-budak. Mereka tak ada kuasa untuk buat begitu dan kuasa di dewan ini (Parlimen) terletak di tangan Yang Dipertua, yang berhak membuat sesuatu keputusan.

“Kamu (anggota BNBBC) ingat kamu boleh buat apa yang kamu mahu? Ini kelab samseng ke?.

“Mereka patut tahu kedudukan mereka di Dewan ini. Jangan ulangi perbuatan begitu kerana ia memalukan saya.

“Sebelum ini, saya sering mengkritik Pembangkang. Sekarang saya bertindak begitu pula terhadap BNBBC”

Pada hari Isnin yang lalu, Datuk Nazri memperlekeh empat Ahli Parlimen kerana berkayuh basikal ke Parlimen dengan membandingkan mereka dengan murid sekolah darjah enam yang mampu melakukan perkara yang sama dengan ahli Parlimen tersebut.

Hari ini, Datuk Nazri 'naik angin' pula dengan anggota BNBBC kerana mereka bertindak sanseng kerana mengubah sekatan kepada para pemberita. Sudah tentu tindakan BNBBC sangat-sangat dihargai oleh wartawan tetapi bukan kepada Datuk Nazri.

Saya tertarik apabila Datuk Nazri berkata kali ini beliau bertindak mengkritik BNBBC seperti mana sebelum ini beliau lebih banyak mengkritik pembangkang. Beliau tentu geram dengan tindakan diluar batasan oleh anggota BNBBC ini tanpa merujuk kepada speaker dewan.

Itulah Datuk Nazri yang kita kenali, seringkali menimbulkan kenyataan yang pelik-pelik. Disaat rakyat mahukan harga minyak diturunkan oleh kerajaan dan secara tidak langsung membantu nasib mereka, Datuk Nazri mengulas tentang tindakan ahli parlimen PKR yang menaiki basikal ke Parlimen pada hari Isnin yang lalu dan hari ini BNBBC pula menjadi sasaran Datuk Nazri.

Ada banyak lagi isu rakyat yang perlu Datuk Nazri ambil perhatian dan tindakan. Tapi jika Datuk Nazri rasa 'nak cari gaduh' dengan sahabat beliau di dalam BNBBC, silakanlah, esok kita akan lihat apa yang akan berlaku dalam sidang Parlimen.

Khairul Faizi BinAhmad Kamil
Exco Pemuda PAS Pusat

0 Pandangan