[kemaskini 12 Jun 2008, 12.09 tengahari] Ketika ini EURO 2008 sedang berlangsung dan Austria dan Switzerland telah diberikan amanah sebagai tuan rumah. Sudah tentu ketika ini peminat bolasepak tidak dapat lekang daripada mengikuti perlawanan bolasepak khususnya apabila ia melibatkan pasukan pilihan masing-masing.
Kebetulan, ketika saya menulis ini Pasukan Portugal sedang berhadapan dengan Republic Czech. Kali ini, saya meletakkan pasukan pilihan saya adalah Portugal. Mungkin disebabkan pasukan ini terdiri daripada bintang-bintang ternama yang masih lagi muda bertenaga.
Begitu juga dengan pasukan yang lain yang sudah pasti ada peminat masing-masing. Apa yang peminat mahukan adalah jaringan gol yang membolehkan pasukan pilihan mereka menang dapat setiap perlawanan.
Bukanlah hendak sangat saya bersengkang mata untuk menonton perlawanan ini tetapi ia menjadi teman ketika menyiapkan tugasan-tugasan ketika ini.
Dalam satu pasukan setiap pemain mempunyai peranan masing-masing. Penjaga gol menjaga gol daripada dibolosi, pertahanan memastikan pemain lawan tidak dapat menembusi benteng mereka, pemain tengah atau midfield berperanan untuk mengatur serangan dan membantu ketika pasukan diserang, sayap kanan dan kiri berperanan mengawal permainan di bahagian tepi padang manakala pemain hadapan ataupun striker pula berperanan untuk menjaringkan gol.
Biasanya, penyerang akan mendapat perhatian yang lebih berbanding pemain yang lain. Ini kerana jika penyerang tidak menjaringkan gol maka tak ada harapanlah pasukan tersebut untuk menang walaupun umum tahu bahawa penjaga gol, pertahanan, pemain tengah juga tidak dihalang untuk menjaringkan gol tetapi tetap juga penyerang akan dipersalahkan.
Namun, kita perlu memahami bahawa pasukan yang mantap adalah pasukan yang dapat bermain dalam satu 'team'. Tidak ada apa yang dinamakan 'antara dua darjat' dalam satu pasukan. Pasukan bolasepak Brazil yang cukup hebat pun tidak pernah menyebut bahawa mereka kuat kerana ada Pele, Zico, Ronaldo, Rivaldo ataupun Romario di barisan hadapan tetapi kerana mereka ada pasukan yang mantap. Jika kalah maka mereka kalah bersama, jika menang maka mereka menang bersama.
Saya cuba membawa cerita bolasepak ini sebagai satu gambaran terhadap perlunya kita bersikap terbuka dalam apa jua yang berlaku dalam pasukan kita. Semalam 'penyerang' kita YB Salahudin Ayub telah terlibat dalam debat/forum di TV1 di atas isu kenaikan harga minyak. Saya tidak dapat menonton sepenuhnya kerana terlibat di dalam mesyuarat harian BPPNJ di Batu Pahat. Saya hanya sempat melihat sedikit sahaja semalam dan selainnya diceritakan oleh rakan-rakan yang lain.
Ada yang kata bagus, ada yang kata 'hancus' dan ada yang kata biasa sahaja. Saya juga mendapat SMS-SMS yang lebih banyak mengkritik Ketua Pemuda PAS Pusat dalam debat tersebut dan ada juga SMS yang menggesa saya ke laman web melihat sendiri bagaimana Salahuddin teruk dikecam dan dihentam.
Ada yang minta supaya membuat kajian kenapa Salahudin gagal, ada juga yang menyebut Salahudin lebih banyak merujuk kepada maklumat di dalam internet yang telah dibaca oleh umum tanpa membuat rujukan yang lebih mendalam, ada juga yang menyebut kenapa PAS atau Pakatan Rakyat tidak diwakili oleh pimpinan yang lebih bermaklumat seperti YB Husam ataupun YB Saifuddin Nasotion dan yang setaraf dengan mereka.
Secara peribadi, saya tidak rasa Salahudin adalah pendebat yang terbaik di dalam PAS. Bukan tidak baik tetapi bukan yang terbaik. Memang ramai lagi yang berupaya dalam perdebatan ini. Dalam hal ini, rasanya YB Haji Mahfuz memang dikira sebagai ayam sabung dalam debat ataupun forum politik di Malaysia. Haji Mahfuz jarang-jarang 'mati akal' jika berdebat.
.
Saya teringat ketika sebelum Salahuddin berdebat dengan Datuk Nazri dalam isu sekolah agama rakyat beberapa tahun yang terdahulu, Haji Mahfuz, Ust Idris Ahmad dan Ust Misbahul Munir menjadi 'jurulatih' kepada Salahudin sebelum berhadap dengan Datuk Nazri.
.
Sehinggakan ketika perdebatan berlangsung, Ust Misbah yang kini merupakan Setiausaha Politik YAB Ir Haji Nizar masih lagi membantu Salahudin di atas pentas ketika sedang berdebat dengan Datuk Nazri. Ketika itu, ramai yang membuka mata dengan kemampuan Salahudin yang sebelum ini lebih hebat dipentas ceramah.
Ketika di dalam mesyuarat khas DPPP pada minggu yang lalu, Salahudin telah mendapatkan pandangan daripada kami sama ada beliau perlu hadir jemputan forum tersebut. Kami bersetuju agar beliau menyahut cabaran tersebut kerana isu ini sangat penting untuk dibahaskan ketika ini.
Sebagai satu pasukan, saya tidak meletakkan segala-galanya kekurangan kepada beliau. Saya sendiri tidak mampu membantu Salahudin menyediakan fakta-fakta yang lebih 'mengancam', itu saya akui. Saya pun tidak tahu siapa yang telah menghubungi beliau ataupun setidak-tidaknya menyalurkan maklumat yang lebih baik kepada beliau walaupun ramai yang telah tahu beliau akan muncul secara langsung di dalam TV1 semalam.
.
Dia penyerang kita pada 'perlawanan' itu, kita yang berada di tengah tidak menghantar bola kepada dia. Pemain pertahanan pula agak leka, hanya memerhatikan penyerang berlari-lari ke atas dan ke bawah mengharapkan bola sampai ke kakinya.
Tiba-tiba kita kritik penyerang kita kerana tidak menjaringkan gol sehingga menyebabkan pasukan kita kalah. Kita sebut bahawa kalau penyerang lain yang menggantikan tempatnya itu, sudah pasti pasukan kita akan menang tanpa meletakkan menang atau kalah itu adalah ketentuan daripadaNya.
Hebat-hebat penyerang seperti Romario, Pele dan Ronaldo, mereka juga pernah gagal dalam menjaringkan penanti walaupun taraf mereka adalah pemain bertaraf dunia. Biasalah, sudah adat perlawanan begitu.
Memang harapan kita sangat besar dalam perdebatan semalam, harapan kita mungkin dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat itu akan menyebabkan Shahrir Samad akan terkedu dan terdiam seribu bahasa ataupun Shahrir Samad akan menyorok di bawah meja kerana tidak sanggup mendengar hujah-hujah bernas daripada Salahudin.
Namun, itulah yang terbaik yang mampu dilakukan olehnya semalam. Penilaian kita adalah daripada persepsi kita. Namun ada juga yang menganggap bahawa Salahudin telah berjaya semalam. Ada seorang pemuda yang minta nombor handphone Salahudin semalam kerana beliau kata Salahudin hebat. Saya fikir, harapannya telah tertunai, sebab itulah dia yang berpuas hati.
Kesimpulannya, dalam pasukan yang mantap ini, di manakah kita. Adakah posisi kita adalah pemain sayap, pemain tengah, pemain pertahanan ataupun penjaga gol? Ataupun, kita tidak ada di dalam posisi tersebut.
Jika kita adalah penyokong, adakah kita seperti penyokong pasukan di Malaysia yang akan menghentam pasukan sendiri apabila kalah atapun kita seperti penyokong pasukan bolasepak di Liga Perdana Inggeris yang sanggup susah senang bersama.
Saya teringat apabila PAS mengalami kekalahan di dalam pilihanraya umum ke 11 pada tahun 2004, ada yang meletakkan kesalahan tersebut terhadap Presiden PAS. Macam-macam yang kita dengar sehinggakan ada yang beranggapan bahawa Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak lagi sesuai menjadi Presiden PAS. Namun, dimanakah suara-suara itu apabila PAS berjaya mencatatkan kejayaan yang gemilang pada pilihanraya umum pada kali ini?
Akhirnya, apa yang berlaku dalam forum ataupun debat yang melibatkan Ketua DPP Pusat semalam perlu kita ambil sebagai pengajaran bahawa kita adalah satu pasukan. Pasukan yang mantap memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Bila kita menang, kita menang bersama dan bila kita kalah,kita kalah bersama.
Salam perjuangan...
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
12 Jun 2008, 1.53 pagi
p/s : Portugal menang sebentar tadi dengan Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan satu daripada tiga gol yang diperolehi Portugal. Kemenangan ini bukan kerana jaringan tersebut semata-mata tetapi kerana setiap pemain telah bekerjasama dengan baik. Harap-harap tidak ada sesiapa yang akan menyalahkan Milan Barros kerana tidak berjaya menjaringkan gol sehingga menyebabkan Republic Czech tewas sebentar tadi.
Khairul Faizi,
Boleh tak minta Pimpinan Pemuda supaya mempertimbangkan supaya menjadikanTuntutan Subsidi Makanan Rakyat sebagai agenda PAS?
Secara tidak langsung hujah penyerang Handalan kita itu akan menjadi lebih baik.
http://sebolku.blogspot.com/2008/06/yb-salahudin-yang-mengecewakan.html
Penyerang handalan yang tak masukkan gol, adalah tetap penyerang handalan.
YB Salahudin umpama Zidane zang menanduk Materazi, walaupun dibuang padang, Zidane tetap wira peranchis.
Sebol, aku akan forward'kan idea hang tu nanti, slps debat kelmarin, smakin ramai yg bg idea, ahhamdulillah...
Haha, teringat macamana Zidane tanduk Materazi, macam tak percaya je Zidane aka buat macam tu...
salam...
dulu PAS=Islam
sekarang PAS= Bola sepak ke?
Kalau seorang buat salah semua orang kena tanggung bukannya lepas kesalahan pada seseorang.... kes nie selalunya cina buat kat orang melayu yang bekerja di sektor swasta...orang melayu buat salah kena tanggungjawab tapi cina buat salah sama-sama cina tolong....
pkrpasdap.blogspot.com
salam...
dulu PAS=Islam
sekarang PAS= Bola sepak ke?
Kalau seorang buat salah semua orang kena tanggung bukannya lepas kesalahan pada seseorang.... kes nie selalunya cina buat kat orang melayu yang bekerja di sektor swasta...orang melayu buat salah kena tanggungjawab tapi cina buat salah sama-sama cina tolong....
pkrpasdap.blogspot.com
Hok aloh abe mie...
Islam tetap Islam la...bolasepak tu sebab nak bagi senang faham jalan cerita...
Batul tu abe mie, kita kena blajar sama2 susah, sama2 senang...
masalahnya saudara, YB kp kalau dalam arena bolasepak beliau boleh dinilai spt Torres atau steven gerrarad dalam liverpool, dalam MU diibaratkan spt ronaldo atau rooney...sebagai contoh peranan gerrard dalam melayakkan liverpool ke pusingan kalah mati CL 2004/2005 ketika menentang olympiakos di mana ketika itu beliau telah berjaya menjaringkan gol ketika permainan berbaki 5 minit dalam keadaan hampir ke semua player lawan sudah mengambil taktikal difensif sekaligus melayakkan liverpool ke pusingan kalah mati dan seterusnya menjadi juara..inilah sebenarnya kapten sejati walaupun bertugas sebagai midfield tetapi berjaya menjaringkan gol walaupun rakan penyerang gagal mendapatkan gol..dan dalam bolasepak juga banyak gol yang terhasil berdasarkan tactical counter attack dan gerakan solo...spt yang ditunjukkan oleh ronaldo, ryan babel n ramai lagi..biasanya tactical digunakan bila pasukan lawan terlalu mendesak untuk mendapatkan gol dan ketika corner last minit kebiasaannya keeper akan naik ke atas...ketika itu kalau penyerang tak boleh mendapatkan gol juga maka bolehlah striker, midfield itu dipersalahkan..dan inilah yang berlaku pada YBKP, saya boleh nyatakan di sini kita beruntung dapat bermain di padang yang rata, mempunyai pengadil yang adil dan saya rasa tak salah kalau saya mengatakan kita berada dalam situasi homegame...tetapi situasi ini tidak berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh striker yang bernama YB salahudin..kalau YB salahudin dianggap bernilai spt akmal rizal atau khalid jamlus..saya rasa penyokong tak marah tp bila standard atau status YB salahudin sebagai ketua pemuda pusat yang boleh dianggap sebagai torres atau ronaldo ini yang menyebabkan ramai yang marah dan kecewa..kita dihidangkan banyak peluang dan ruang didepan gol tp tidak berjaya menjaringkan gol..ini masalahnya dan YB salahudin kena terima dengan baik kemarahan penyokong ini...ronaldo pun di marah penyokong sbb x boleh sempurnakan penalti..saya harap penulis ini harus faham situasi tactical bolasepak terlebih dahulu sebelum membahaskannya..tatkala keeper bernama pak lah sudah meninggalkan gawang untuk menuju ke gawang lawan dengan matlamat menyumbatkan gol ketika corner..tetapi bola corner itu dapat kepada kaki salahudin disebabkan kebodohan shahrir samad yang tersalah mengambil sepakan sudut...kalau dalam keadaan situasi begini pun salahudin tak boleh menyumbat goal cara beckham atau xabi alonso ianya amat pasti mengecewakan penyokong..
Sy faham tu abu_ammar, sebagai manusia biasa kdg2 kita melakukan kesilapan. Sy tak kata Salahuddin silap tapi kita manusia biasa, itu yang pastinya.
Sy bukannya pandai dalam sukan tp pernahlah wakil smpai peringkat Msia & jd pengurus pasukan masa kt UTM dulu.
Sy x nampak Saladin marah atau kecewa cuma sy mengingatkan kita spy kena sama2 susah dan senang bersama. Maksudnya, kdg2 kita melakukan kesilapan, maka adkh kesilapan prtama yg kita buat tu tk dpt dimaafkan?
Sebab tu sy letakkan cerita ini dlm bbrp situasi, sama ada kita di atas padang sebagai pemain atau kita diluar padang sebagai penyokong.
Memang la frust bila kita tgk penyerang tak dapat jaringkan gol tp adakah kerana sekali tu dia tak dapat jaringkan gol maka kita kata sepatutnya bukan dia yg spatutnya jd penyerang tp org lain?
Ada ke Ronaldo kena buang dr pasukan bila dia tak dpt jaringkan gol? Kerana satu2 peluang gol tak dpt dijaringkan maka dia dikeluarkan dr pasukan.
Kan naya tu...
Kita cakap tentang tacticle, kan saya sebut tentang kerja berpasukan. Setiap pemain ada peranannya. Maka, kita lah yang perlu sama2 bekerja sebelum dan ketika perlawanan tersebut.
Yg sy nak sebut dalam tulisan sy yg kurang cerdik ttg tecticle ni, kita salahkan penyerang tapi kita yg di posisi lain ni tidak mbantu penyerang.
Sebab itu, kita tentukan di mana posisi kita. Kita nak jadi pemain atau sekadar jadi penonton, amacam?
Jika kita sekadar ingin jadi penonton saja, mmg sesuailah jika kita kritik pemain. Macam kita di stadium lah, bila tak boleh masukkan bola dalam gol, macam2 kita kata pada pemain tapi bila kita disuruh berada di atas padang silap2 nak sepak bola pun tak mampu.
Sdr Abu ammar, anda boleh tentukan dimana posisi anda. Sy berpendapat, kedudukan sebagai penonton di stadium tidak banyak dapat membantu pasukan utk lebih berdaya maju melainkan kita sendiri mencorakkannya secara bersama-sama.
Amacam, jom join Pemuda Pusat. Banyk kerja nak buat ni...
saya wajar melahirkan kekecewaan ni, kesilapan saya mengatakan yb saluhidin marah tuh x berasas, saya minta maaf cuma saya juga tidak setuju kalau tindakan diambil jika dia dikeluarkan dari pasukan kerana rafael benitez pun tak keluarkan gerrard ketika dia sumbat gol sendiri semasa kalah dengan chelsea final carling cup..apa yang saya harapkan selepas ini ketajaman penyudah Yb salahudin harus diasah lagi oleh pemuda pusat..saya yakin pada bakat2 besar yang ada dlm pemuda pusat bagaikan ronaldo,quaresma,fabregas,gerrard,pepe reina,torres,david villa,david silva n ramai lagi..Biarlah saya menjadi penyokong setia..biarlah saya spt menjadi penyokong liverpool yang diibaratkan sebagai pemain ke 12 jika bermain di Anfield..
Ok sauadara..apapun saya tetap backup pemuda..rupanya saudara orang kluang, saya punya keluarga mertua pun duduk di kluang..moga saudara bakal menjadi bintang besar di masa akan datang spt ronaldo yang dinilai oleh real madrid lebih dari 50juta pound...esok jangan lupa turun ke kg baru!! ok saya nak pi amik anak sat...wassalam
Ok bro Abu_ammar, kira org kluang jugak la ni...
Ok, apa2 hal blh cntct sy, 0197701830
Jumpa esok kt Kg BAru!