Kelab Penyokong PAS Kluang telah Dilancarkan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/21/2008 11:11:00 AM | 0 Pandangan »


Malam semalam, PAS Kawasan Kluang telah melancarkan Kelab Penyokong PAS Parlimen Kluang. Walaupun YB Ust Firdaus Jaafar (Ahli Parlimen Jerai) dan Cik Kumutha Raman tidak dapat hadir namun program tersebut telah berjaya diadakan seperti yang dirancang. YB Ust Firdaus memaklumkan bahawa sidang Parlimen dilanjutkan sehingga pukul 10 malam manakala Cik Kumutha tidak sihat.
Ceramah pelancaran malam tadi telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulkifli Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor), Encik Logeswaran Raman (Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Johor), YB Eng Lam Hwa (ADUN Mengkibol) dan Sdr Hamid Jamah (Ketua Penerangan Pemuda PAS Johor)
Pengerusi Penaja Kelab Penyokong PAS Kaum India Kluang telah menyerahkan borang permohonan keahlian kumpulan pertama kepada Tuan Haji Zulkifli yang juga merupakan Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Johor

0 Pandangan