Pak Lah Memantau dan Pak Lah Dipantau.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/03/2008 05:33:00 PM | 0 Pandangan »

Nampaknya Pak Lah yang kurang bercakap, kurang ceria, kurang bersemangat dan kurang idea ketika ini mengingatkan YAB Lim Guan Eng agar berhati-hati ketika memberikan ucapan.


Pak Lah mendakwa bahawa Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataaan adalah untuk meraih publisiti.

Pak Lah mengingatkan juga bahawa beliau sedang mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang. Sebagai seorang Ketua Menteri, Lim seharusnya berhati-hati ketika membuat kenyataan.

Pak Lah juga merujuk kepada kenyataan Lim baru-baru ini mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Lim tidak sepatutnya membuat kenyataan tidak berasas yang mengaitkan dasar itu dengan rasuah.

Baguslah kalau Pak Lah mengawasi dengan teliti apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang tapi dalam masa yang sama jangan lupa kepada negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor.

Itulah amanah yang perlu dilakukan oleh seorang Perdana Menteri. Setidak-tidaknya Pak Lah tersedar juga bahawa negeri beliau telah kecundang di tangan Pakatan Rakyat. Bak kata Tun Dr Mahathir, tidak pernah dalam sejarah Malaysia seorang PM dilantik daripada negeri yang BN kalah.


Pak Lah cukup prihatin terhadap ucapan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh negeri-negeri yang dipimpin oleh pakatan PAS, DAP dan PKR sehinggakan Pak Lah memberikan nasihat dan ingatan terhadap mereka, namun bagaimana pula dengan pemimpin negeri yang dipimpin oleh BN? Adakah mereka tidak dipantau ataupun sememangnya pemantauan hanya dibuat terhadap negeri yang dipimpin oleh BR sahaja?

Pemantauan daripada PM terhadap negeri-negeri memang penting namun selepas dipantau jangan lupa pula untuk menyalurkan bantuan dan geran kepada kerajaan negeri. Kerajaan Kelantan telah lama merasai ketidakadilan daripada BN sejak diperintah oleh PAS bermula tahun 1990 dahulu.

Pak Lah juga jangan lupa, beliau mungkin sedang memantau YAB Lim Guan Eng dan MB bagi negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor tapi dalam masa yang sama, jutaan rakyat sedang memantau kenyataan Pak Lah setiap detik sehinggalah ke saat kejatuhan beliau tidak lama lagi.

Berhati-hatilah Pak Lah…

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
3 April 2008, 5.59 petang

0 Pandangan