Mungkin boleh kita katakan bahawa di antara berita dan gambar yang menarik dalam media cetak pada hari ini adalah paparan berita mengenai Pemuda UMNO menghantar memorandum kepada Kedutaan Belanda.
Saya tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini kerana sebelum Pemuda UMNO menghantar memorandum tersebut, Pemuda PAS telahpun melakukan tindakan yang sama sehari sebelum daripada itu.
Cuma bezanya, Pemuda PAS cukup prihatin dengan dengan isu ini sehinggakan Ketua Pemuda, Timbalan Ketua, Setiausaha Pemuda Pusat telah hadir sendiri ke Kedutaan Belanda untuk menyatakan sikap Pemuda PAS terhadap filem Fitna ini.
Berbeza dengan UMNO, kelibat Hishamudin atau Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Mungkin mereka rasa sudah cukuplah dengan isu filem pendek bertajuk Fitna ini diserahkan kepada bekas Imam Masjid Negara, yang sudah tentu akan taat setia untuk mengikut sahaja arahan Ketua Pemuda UMNO ini lebih-lebih lagi ketika ini isu mencabar kewibawaan kepimpinan pemuda UMNO sudahpun bermula. Daripada memikirkan tentang filem Fitna ini, lebih baik mereka fikirkan masa depan dalam Pemuda UMNO.
Ust Pirdaus Ismail, sebelum ini merupakan seorang imam muda Masjid Negara yang dihormati tiba-tiba memilih untuk bertanding sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004 seterusnya dilantik sebagai exco Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum ini cukup hebat dipentas ceramah, forum dan diskusi tetapi kini beralih arah untuk berdemonstrasi.
Sekarang ini budaya demonstrasi yang sebelum ini digelar sebagai ‘beruk-beruk jalanan’ oleh Khairy Jamaluddin telah menjadi aktiviti rutin kepada UMNO termasuklah Pemuda UMNO. Mungkin mereka bersetuju dengan pandangan Khairy tersebut ataupun mungkin mereka sudah melihat bahawa rakyat Malaysia tidaklah sekolot mereka yang dapat menerima budaya demonstrasi ini.
Apapun, semoga Ustaz Pirdaus akan berjaya dalam menjalankan tugas sebagai orang kuat Hishamudin lebih-lebih lagi masa depan Hishamudin dalam Pemuda UMNO pun semakin malap. Manalah tahu, Ustaz Pirdaus selepas daripada ini akan dilihat sebagai calon paling sesuai sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dengan reputasi dan latar belakang pendidikan serta pengalamannya akan memberikan imej baru kepada Pemuda UMNO.
Pemuda UMNO pun teringin juga untuk melihat selepas ini Ketua Pemuda mereka berstatus ‘ulamak dan agamawan’. Maka selepas itu, seluruh negara akan dijaja bahawa Pemuda UMNO dipimpin oleh Kepimpinan Ulama’.
Namun, sekiranya Hishamudin terkeluar daripada Pemuda UMNO dan Ust Pirdaus tidak mendapat sokongan daripada akar umbi, ke mana pula agaknya beliau akan pergi. Mungkin ada harapan untuk mohon semula sebagai Imam Masjid Negara.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
2 April 2008, 8.29 pagi
Ustaz,
Ana rasa tak sedap hati tentang Chelsea nak datang Malaysia bulan Jun nanti. Khairy/FAM dah 'endorse' bagi lampu hijau dan Najib kata akan review kemasukan Avrant Gram dan Tal Ben-Haim. Dua-dua keturunan Yahudi. Bahaya ni, bila Pemuda PAS nak keluar kenyataan rasmi. T.kasih.