Boikot Produk Belanda!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/03/2008 07:53:00 AM | 2 Pandangan »

Sensitiviti umat Islam di Malaysia masih lagi ada apabila desakan dan saranan agar tindakan memboikot barangan keluaran daripada Belanda dilakukan dengan kerana penerbitan dan penayangan filem Fitna.


Saya percaya bahawa kebanyakkan daripada kita sebenarnya belum pun dapat melihat filem Fitna tersebut tetapi kerana percaya dengan apa yang telah dinyatakan dalam media massa maka kita yakin bahawa filem tersebut telah menghina Islam.

Apabila saya terbaca berita tentang filem tersebut saya telah 'upload filem pendek tersebut dalam blog saya ini. Pembikinan filem tersebut menarik tetapi isi kandungnya memang menghina Al-Quran dan Islam.

Sebentar tadi juga saya ke dapur & bilik mandi untuk melihat kalau ada barangan yang saya gunakan ini adalah produk daripada Belanda. Saya hanya berjaya menjumpai syampu Sunsilk dibilik mandi yang saya kira telah digunakan sejak sekian lama (sedang berfikir, nak dibuang atau tidak syampu Sunsilk yang ada).

Barangan lain, seperti Breeze, Lady's Choice - Marjerin, sabun mandian Lux dan dove, pencuci pinggan Sunlight memang bukan menjadi pilihan. Saya menerima beberapa email yang di'forward'kan oleh beberapa orang penghantar yang mahukan produk-produk Belanda ini diharamkan (ada yang 'geram' bila saya tanya "kenapa kita perlu boikot produk Belanda? Adakah semata-mata kerana filem 'Fitna' ataupun sebab-sebab lain?")

Di antaranya :-

"assalamulaikum, saya saja juga nak tanya kepada en. khairul faizi..adakah anda seorang umat islam? adakah anda ada perasaan? adakah anda ada sensitiviti? kalau orang mengata ibu kita, kita boleh terasa marah, inikan pula orang menghina secara terang-terangan mengenai agama islam yang suci ni..agama kita..

satu lagi, adakah anda mengikuti berita semasa setiap hari? kalau anda mengikuti perkembangan dunia terkini , anda tak akan bertanya soalan yang pada pandangan saya merupakan satu soalan yang amat bodoh bagi seorang yang beragama islam (berdasarkan nama anda)..

tujuan boikot tu salah satu sebabnya ialah untuk menentang penyiaran filem fitna itu sendiri dan menyatakan pendirian orang islam satu dunia yang agama kita tak boleh diperlekehkan dan perlu dihormati.

Sudahlah orang barat asyik memandang islam ni satu ancaman pada dunia..kalau kita orang islam sendiri tak boleh berfikir secara waras dan tak dapat mempertahankan agama Islam yang suci ni, apa nak jadi agaknya dunia ni...entah la nak tergelak pun ada dengan soalan awak ni.. maaf jika saya terkasar bahasa..

(Kepada yang menjawab soalan saya ini, saya ucapkan terima kasih. Inilah gambaran betapa masih ada ramai lagi umat Islam yang sensitif terhadap Islam)

Sebelum ini pernah kita mengadakan kempen memboikot produk USA kerana bersekongkol dengan Israel dan kempen telah diwar-warkan dengan meluas termasuklah yang cukup kuat berkempen ialah Khairy Jamaluddin.

Tun Dr Mahathir pun telah mengeluarkan pandangan sebelum ini supaya kita memboikot produk Belanda. Beberapa NGO di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan agar produk Belanda. Tuan Guru Presiden PAS pun telah mengeluarkan kenyataan terhadap penerbitan filem pendek Fitna ini.

Presiden Indonesia secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan terhadap ketegasan kerajaan pimpinan beliau terhadap filem pendek ini.

Masalahnya, apa kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia? Saya dapat memahami kedudukan beliau yang cukup tertekan dengan masalah dalaman pada ketika ini tetapi sebagai pemimpin besar yang memperjuangkan Islam Hadhari, kenyataan sebagai PM amat perlu untuk rakyat bertindak secara efektif dalam membendung sikap segolongan manusia yang menghina agama ini.

Perkara kedua, strategi untuk memboikot perlulah diselaras. Biar ianya akan menjadi satu tindakan bersepadu yang sememangnya dapat dirasai oleh mereka dan keluarga mereka.

Pengalaman kita di Malaysia menganjurkan boikot produk USA sebelum ini, adakah ianya memberikan kesan kepada mereka atau sebenarnya ia hanya sekadar semangat sementara tetapi akhirnya kita juga turut menjadi penyokong kepada produk USA (jengok-jengoklah dalam rumah kita nanti)

Paling utama, kita perlu jelas dan fahami apakah maksud sebenarnya kita memboikot produk daripada negara Belanda. Pemboikotan tersebut juga perlu mengambil masa yang agak panjang sedikit, dua atau tiga bulan. Sekadar seminggu atau dua minggu belum cukup memadai.

Biarlah mereka rasa kesan daripada pemboikotan ini. Bukan sekadar pemboikotan yang akan berlalu begitu sahaja.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
3 April 2008, 9.39 pagi
-----------------------------------------------
Boikot produk Belanda: Ulama
Oleh Mohd Hamizar Hamid


SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina Islam. Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata majlis itu bersetuju dengan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan keluaran Belanda bagi menyuarakan kemarahan terhadap penerbitan filem itu.

"Hubungan perniagaan adalah hubungan kerajaan, kita boikot barangan itu untuk tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negara mereka yang membenarkan filem itu ditayangkan.

"Umat Islam dilarang mencaci agama lain, haram bagi orang Islam mencaci agama lain, sebab itu kita kena lawan dan kalau hendak jawab, kita boleh jawab macam-macam. Kita juga hanya boleh menyatakan kebenaran agama kita dan bukan dengan mencaci kepercayaan orang lain," katanya.

Harussani turut menyelar pemimpin Parti Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana menghasilkan filem itu serta sengaja menggunakan petikan tidak lengkap ayat al-Quran berkaitan jihad bagi menggambarkan Islam menggalakkan keganasan.

"Filem ini betul-betul fitnah kepada kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran yang perintahkan kita berjihad dengan orang kufur. Dia lupa bahawa sebelum itu ayat berkenaan menceritakan bagaimana orang kufur menentang umat Islam, cuba nak hapuskan Islam.

2 Pandangan

  1. mummy_icha // April 3, 2008 at 11:34 AM  

    susah juga nak mulakan boikot ni sbb tv masih iklankan brgn US n belanda.sedangkan brgn alternatif terutamanya dr neg sendiri sgt t'had dan kalau ada pun x memenuhi kualiti yg kita perlukan.semangat cinta Islam tu sgt susah nak dipupuk apatah lg hidup dlm negara yg kununnya neg islam ni (sigh...)

  2. muhamadqais // April 3, 2008 at 5:53 PM  

    "Pengalaman kita di Malaysia menganjurkan boikot produk USA sebelum ini, adakah ianya memberikan kesan kepada mereka atau sebenarnya ia hanya sekadar semangat sementara tetapi akhirnya kita juga turut menjadi penyokong kepada produk USA (jengok-jengoklah dalam rumah kita nanti"....

    - Rasanya definisi kejayaan boikot itu bukanlah sehingga kita lihat satu persatu syarikat dan produk keluaran Belanda itu tutup atau tidak laku kot Sdr. Faizi tapi ianya lebih kepada semangat untuk menzahirkan ketidakpuashatian kita terhadap apa yang berlaku. Untuk mengatakan dengan boikot ini kita akan menjadikan syarikat pengeluar Belanda akan gulung tikar, rasanya ia agak terlalu besar. Ya ! memang benar umat Islam adalah pengguna yang terbesar didunia tapi untuk mengorak langkah ke arah itu bagi menjadikan kuasa beli itu menjadi kuasa yang besar mungkin masih jauh lagi. So saya rasa instead of bertanya apa kesannya baik kita boikot saja ! Yang lain kita serah pada Allah SWT !