Kumutha, Kumutha, Kumutha....

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/21/2008 07:41:00 AM | 0 Pandangan »


Alhamdulillah, seawal pagi ini saya dah terjumpa dua berita daripada laman web/blog tentang Kumutha a/p Raman. Nampaknya, nama Kumutha atau anda boleh panggil beliau dengan nama 'Kumu' ini terus hidup dalam arena politik semasa pada hari ini.

Bro Penarik Beca dengan tajuk "Kumutha For Senatorship" cuba membawa satu pandangan dan hasrat baru ke dalam politik dan perjuangan PAS agar Cik Kumu di lantik sebagai Senator. Mungkin ada yang berasa pelik tetapi saya yakin ia akan menjadi satu fenomena baru dalam PAS lebih-lebih lagi PAS telah berjaya memecahkan tembok pemisah di antara PAS dengan kaum bukan melayu. Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Pusat telah berjaya membuktikan dengan slogan PAS FOR ALL sangat relevan dan dapat diterima oleh semua.

Alhamdulillah, Pengerusi LPN PAS Pusat dan Timbalannya, Dr Mujahid & Dr Halimah telah berjaya dinobatkan sebagai YB dalam pilihanraya yang lalu. Saya yakin dan percaya kemenangan ini hadir di antaranya daripada sokongan bukan melayu/Islam.

Pertama kali saya bertemu dengan Kumu adalah pada hari pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India Peringkat Negeri Johor. Adik beliau, Loga yang saya telah kenal sebelum daripada program tersebutg adalah merupakan Pengerusi KPPKI di Johor.

Ketika itu saya telah dibisikkan bahawa Kumu akan dicadangkan untuk bertanding dalam pilihanraya Umum ke 12. Memang mula-mula saya sendiri agak terkejut tetapi saya tetap akan akur dengan keputusan parti.

Perwatakkan beliau sangat menyenangkan, mudah mesra dan tidak berat mulut untuk berbicara, berpendidikan tinggi dan mempunyai daya juang yang tinggi menjadi di antara faktor yang mampu membantu beliau terus maju dalam arena politik Malaysia.

Ketika kempen pilihanraya baru-baru ini, Pengerusi MIC Tebrau telah membidas PAS kerana didakwa cuba membunuh masa depan Kumu dalam politik dan kerjaya. Kritikan tersebut telah disiarkan dalam Utusan Malaysia. Mungkin pandangan beliau diluahkan kerana sesiapa pun tidak menjangka bahawa PAS akan membuat keputusan seperti ini. PAS kawasan Tebrau pada peringkat awalnya susah juga untuk memberikan penjelasan kepada ahli parti tentang keputusan ini tetapi Alhamdulillah, setelah usaha penjelasan dibuat akhirnya ahli-ahli dapat menerima dan bekerja untuk memastikan calon PAS ini menang.

Kumu pun sekarang ini sibuk dengan undangan daripada aktiviti-aktiviti PAS. Sahabat saya daripada Selangor bersungguh-sungguh untuk membawa Kumu ke tempatnya.

"Kami dah putuskan dalam mesyuarat tadi, anta tolong bincang dengan Kumutha, kami nak raikan dia di sini. Masyarakat kaum India tak sabar-sabar untuk melihat sendiri wajah Kumutha ni. Tambang, penginapan kami sanggup sediakan untuk mudahkan dia datang" katanya dengan nada yang cukup serius.

Sebagai orang muda di Johor, saya cukup gembira dengan perkembangan ini. Ketika saya menyertai PAS pada tahun 1996 di Kluang, pandangan masyarakat terhadap PAS ketika itu cukup menyedihkan. Takut juga ketika waktu tersebut nak istihar diri sebagai ahli PAS lebih-lebih lagi dengan keluarga. Namun, segalanya telah berubah. PAS bukan lagi partil yang hanya disertai oleh golongan tertentu sahaja seperti yang dilabelkan sebelum ini tetapi ia telah berjaya menjangkau dan melangkau batasan dan tembok pemisah yang telah berjaya memenangi hati rakyat.

Mungkin cadangan untuk melantik Cik Kumu yang bersungguh-sungguh untuk menyertai PAS selepas pilihanraya umum sebagai Senator akan menjadi satu lagi fenomena dalam perjuangan dan sejarah PAS. Yang pentingnya, dasar dan matlamat perjuangan PAS akan terus dipertahankan dan diperjuangankan.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Taman Sri Kluang,
21 Mac 2008, 8.13 pagi.
------------------------------------------------------------------

After Wanita Umno debacle when Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced his cabinet recently, would you like to see more women in public office?

How about appealing PAS to nominate Kumutha Rahman for senatorship? Wishful thinking? As a mere PAS supporter at the viewers stand, what choice do i have?

By the way, could you please register your support in the comment section! Kumutha for senatorship!
http://penarikbeca.blogspot.com/2008/03/kumutha-for-senatorship.html



Kumutha dan sejarah PAS Johor - Harakahdaily
Abdul Halim Mohd Rashid Fri Mar 21, 08 1:40:47 am MYT
"Kalau isteri aku tak ikut, aku memang nak bawa hang dengan Zain (tok penghulu Markaz Tarbiyyah Taman Melewar)," begitulah kata Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub ketika memulakan ceritanya mengenai perhimpunan bersejarah di Dewan Jubli Intan, Muar 15 Mac lalu.

Majlis itu ialah majlis makan malam meraikan kemenangan PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Abong dan DUN Maharani.

Menurut Bendahari PAS Johor, Mustafha Abd Rahman, tidak termasuk mereka yang datang dan pulang untuk makan malam, kira-kira 7,000 orang melimpahi dewan tersebut malam itu ketika majlis ceramah diadakan.

Antara tokoh-tokoh PAS yang hadir pada malam itu ialah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Salahuddin sendiri, Pesuruhjaya Pas Johor Datuk Dr Mahfodz Muhamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, buat pertama kali, PAS mencapai kemenangan melalui pilihan pengundi di Johor. Nama Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan Dr Mohamad akan tercatat dengan tinta emas sebagai wakil-wakil rakyat pertama dari PAS yang dipilih oleh para pengundi di Johor.

Dalam pilihan raya 2004 lalu, calon PAS, Dr. Mohd Ramli Md Kari menang tanpa bertanding di Dun Senggerang apabila kertas pencalonan calon Barisan Nasional (BN), Shamsiah Rashidah Ibrahim ditolak.

"Menang jantan"

Ketika itu, Umno mengejek-ejek kemenangan Dr Mohd Ramli sebagai "menang betina". Kali ini, tidak pula terdengar mereka mengiktiraf kemenangan Dr Sheikh Ibrahim dan Dr Mohamad sebagai "menang jantan".

Ketika PAS berada di dalam BN dahulu, bumi Johor bagaikan diharamkan kepada PAS. Apabila PAS membuka satu dua cawangan di Seri Gading, kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Hussein Onn, tindakan tersebut adalah antara alasan yang diungkit-ungkit oleh Umno untuk menghalau PAS keluar dari BN.

Cukuplah sekali!

Sebenarnya, bukan kemenangan tersebut yang menjadikan Salahuddin teruja untuk bercerita.

Kepadanya, majlis itu bersejarah bukan sahaja kerana meraikan kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani. Majlis itu lebih bersejarah kerana ia juga diserikan dengan ucapan calon PAS dari Lajnah Perpaduan Nasional Kaum India Johor, salah satu sayap dalam Kelab Penyokong PAS.

Bagaikan bintang

Calon wanita tersebut, Kumutha a/p Rahman, 29, pemegang ijazah undang-undang dari Britain bertanding di DUN Tiram. Walaupun tewas, beliau mencipta sejarah yang besar.
Ketika mengumumkan pencalonan Kumutha, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pencalonan Kumutha itu membuktikan PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk turut mewakili parti itu.
"Pemilihan Kumutha, ini juga menunjukkan kami membuka ruang kepada wanita walaupun beliau hanya dari Kelab PAS dan ini menunjukkan PAS juga untuk semua kaum," katanya.
Ketika berceramah dalam majlis makan malam di Dewan Jubli Intan, Muar itu, Salahuddin memberitahu, bagaikan bintang pujaan, setiap kali Kumutha menghabiskan ayatnya, tepukan dan suara takbir bergemuruh.
Menurut Mustafha pula, apabila Kumutha menyatakan beliau memilih PAS kerana yakin kepada kepimpinan ulamak, seorang "apek yang pakai seluar katok" tidak dapat lagi membendung semangatnya lalu menjerit, "takbir!"
Takbir lebih kuat gemanya dan tepukan lebih bergemuruh ketika itu, kata Mustafha.

"PAS for all!"

Salahuddin juga memberitahu, Kumutha mengakui, slogan "PAS for all" menarik perhatiannya.

Ketika pencalonannya diumumkan dahulu, Kumutha pernah berkata, sebagai rakyat Malaysia beliau berhasrat untuk menabur bakti kepada semua kaum menerusi PAS.

"Hasrat saya hanya satu, ingin membantu rakyat Malaysia dan berjuang menerusi PAS, tetapi mungkin penyokong PAS menganggap penyertaan saya ini sesuatu yang luar biasa.

"Tetapi saya percaya ahli PAS kini semakin berfikiran terbuka dan saya berharap mereka berfikir secara rasional serta menerima saya kerana saya memang berhasrat untuk menabur bakti kepada masyarakat," katanya.

Katanya lagi, sebagai satu-satunya calon wanita PAS di Johor, beliau bangga dapat bertanding di kerusi DUN Tiram.

Dengan wajah yang jelas begitu puas, Salahuddin seterusnya menceritakan, perhimpunan malam itu memang mencipta sejarah yang besar. "Hampir separuh adalah masyarakat bukan Islam. Malam itu benar-benar PAS for all!"
Patutlah isteri Salahuddin nak ikut sangat suaminya malam itu...

0 Pandangan