Bersediakah Shahidan Menjadi Pembangkang di Perlis?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/17/2008 07:52:00 PM | 0 Pandangan »

Sah: Md Isa MB baru Perlis - Malaysiakini
Nash Rahman Mar 17, 08 12:31pm


kemaskini 5:48pm Akhirnya semua kebingungan dan keresahan politik di Perlis berakhir petang ini apabila sah wakil Bintong, Datuk Dr Md Isa Sabu, mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru.Upacara tersebut berlangsung di Istana Arau pada jam 5.30 petang tadi dan berakhir kira-kira jam kemudiannya.Majlis itu menamatkan krisis selama seminggu yang bermula ekoran kelewatan majlis angkat sumpah pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim kepada jawatan itu untuk penggal keempat.
Shahidan satu-satunya wakil rakyat BN yang tidak hadiri di majlis itu.Pagi tadi, kira-kira 5,000 penyokong Dr Md Isa menyambut kepulangannya dari Putrajaya tadi.

Majlis sambutan itu diadakan di tapak pasar malam, di luar stadium utama di Kangar.Kesemua lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong Dr Md Isa turut hadir di majlis tersebut.Hadir sama ialah Adun tunggal PAS (Simpang Empat) Rus'selle Ezlan sebagai menyokong pelantikan Dr Md Isa.

Sepanduk menyokong pelantikan beliau juga dinaikkan di sepanjang menuju ke bandar Kangar.
Tiada sepanduk sokong Shahidan

Ia termasuk sepanduk dari Umno dan parti-parti komponen BN yang menyokong pelantikan Dr Md Isa sebagai menteri besar.

Manakala sepanduk-sepanduk menyokong Shahidan Kassim sudah tidak kelihatan lagi.

Kelmarin Dr Md Isa berkata pelantikannya dibuat berdasarkan sokongan majoriti Adun BN di negeri tersebut.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN menang di 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis.Lapan Adun tersebut ialah Yip Sun Onn (ADUN Titi Tinggi), Mohd Rawi Kassim (Beseri), Sabry Ahmad (Santan), Abdul Jamil Saad (Sena), Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan), Mat Hassan (Kuala Perlis), Ahmad Bakri Ali (Kayang) dan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (Pauh).

Usaha saat akhir Shahidan gagal - Malaysiakini
Mar 17, 08 3:44pm
kemaskini 6:15pm Sebelum majlis angkat sumpah menteri besar baru Perlis petang tadi, krisis antara dua pihak yang merebut jawatan itu kelihatan masih jauh daripada penyelesaian. Nama ketiga disebut-sebut sebagai langkah "jalan tengah" demi meredakan ketegangan antara dua pihak.

Satu kumpulan majoriti wakil rakyat mendukung Datuk Dr Md Isa Sabu (Bintong) dengan sokongan istana, sementara satu lagi kumpulan cuba mengekalkan Datuk Seri Shahidan Kassim dengan mengambil sokongan Perdana Menteri, dan juga pengerusi BN.

Dr Md Isa telah sempurna mengangkat sumpah di Istana Arau pada 5.30 petang ini, sekali gus mengakhiri kebingungan yang berlanjutan sejak seminggu lalu. Nama calon ketiga itu, Khairi Hassan (Mata Ayer), muncul selepas pihak yang menyokong Shahidan mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Satu sumber dekat dengan badan perhubungan Umno negeri memberitahu Malaysiakini hari ini, nama ini dicadangkan sendiri oleh Abdullah.Nama Khairi telah dimaklumkan sendiri oleh Abdullah kepada Raja Perlis, kata sumber itu lagi. Usaha saat-saat akhir kumpulan Shahidan ini bagaimanapun gagal apabila Md Isa dengan rasmi dilantik menteri besar petang ini.

Formula Putrajaya

Menurut satu sumber Umno negeri, sejak dari awal lagi pihaknya tahu wujudkan usaha untuk menyingkirkan Shahidan daripada dipilih semula memegang jawatan menteri besar.

Katanya, ini jelas dapat dilihat daripada 'formula Putraya' dalam pemilihan calon BN di Perlis, dengan nisbah lima calon pilihan Shahidan dan 10 calon pilihan seorang lagi pemimpin Umno negeri, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli parlimen Kangar.

"Dari situpun kita dapat lihat, usaha-usaha untuk mengenepikan Datuk Seri Shahidan selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu," katanya.

Katanya, ia berdasarkan kepada kenyataan Radzi kepada media bahawa bila Shahidan menyerahkan surat perdana menteri, Raja Perlis menitahkan beliau membawa sembilan wakil rakyat yang menyokong pelantikannya sebagai menteri besar.

Radzi juga dilaporkan berkata, Shahidan gagal berbuat demikian tetapi lapan daripada 14 wakil BN menyatakan sokongan mereka kepada Dr Md Isa.

Oleh itu, kata Radzi lagi, Dr Md Isa dilantik sebagai menteri besar di hadapan pegawai undang-undang negeri, setiausaha kerajaan negeri dan Raja Muda. Sehubungan itu, kata setiausaha agung Umno itu, Dr Md Isa bukan pilihan Tuanku Syed Sirajuddin.

Sementara itu, ketua penerangan Umno bahagian Arau, Datuk Abu Bakar Ismail pula berkata, Shahidan sepatutnya dinasihatkan jangan bertanding jika beliau tidak akan dilantik semula sebagai menteri besar.

Menurutnya, kalau berlaku pertukaran menteri besar sekalipun, ia masih dari kalangan pemimpin BN negeri.Oleh itu, beliau menasihatkan pihak-pihak terbabit supaya menerima realiti bahawa apa yang berlaku itu adalah perkara biasa dalam politik.

Rakyat Perlis sedia terima MB baru - Harakahdaily
Bashir Ishak Mon Mar 17, 08 5:20:46 pm MYT

KANGAR, 17 Mac (Hrkh) - Rakyat Perlis kini dilihat bersiap sedia menerima Menteri Besar yang baru, Dato' Dr Md Isa Sabu yang diperkenankan perlantikannya oleh Tuanku Raja Perlis minggu lalu.
Di seluruh Perlis kini dipasang pelbagai sepanduk yang menyatakan sokongan kepada Md Isa dan tidak kurang juga ucapan menjunjung kasih kepada Tuanku Raja Perlis dengan perlantikan tersebut.

Pagi tadi Md Isa disambut oleh kira-kira 5,000 orang di Stadium utama Negeri dan beliau turut menyampaikan ucapan ringkasnya kepada orang ramai.

Petang ini beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Arau.

Dalam pada itu, ketika orang ramai sedang menantikan Md Isa mengangkat sumpah, di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis di Jalan Kolam dekat sini para petugas dilihat sedang bertungkus lumus memindahkan barang-barang milik bekas Menteri Besar Dato' Seri Shahidan Kassim.

Tengah hari tadi beberapa buah lori dilihat sedang memuatkan barang-barang untuk dipindahkan.

Antara yang sering menjadi tarikan orang ramai yang melalui kawasan Kediaman Rasmi Menteri Besar itu ialah binatang-binatang peliharaan Shahidan seperti kambing, burung unta dan lain-lain lagi. Kini semua binatang tersebut sudah tiada lagi di sangkar masing-masing.

Rakyat Perlis kini menanti dengan penuh harapan apakah corak pemerintahan baru yang akan dibawa oleh Md Isa selepas berakhirnya dinasti Shahidan selama 18 tahun sebagai Menteri Besar Perlis. - mns

0 Pandangan