Aktiviti Ceramah Di Tempat Awam

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/07/2008 01:50:00 AM | 0 Pandangan »

Sepanjang kempen Pilihanraya Umum kali ke 12 bagi kerusi N29 Mahkota, PAS telah mengadakan beberapa ceramah yang diadakan di kawasan umum, tiada ceramah yang diadakan di markas ataupun premis PAS.

Sambutan adalah sangat menggalakkan daripada penduduk setempat terutamanya di Taman Ilham dan Taman Anggerik yang mana penduduk setempat keluar beramai-ramai untuk mendengar sendiri pandangan dan hujah-hujah daripada PAS.

Mudah-mudahan penerangan ini akan dapat menambahkan lagi kepercayaan masyarakat kepada PAS di Kluang.

Saya hanya sempat untuk memaparkan beberapa keping gambar aktiviti penerangan untuk tatapan semua.


------------------------------------------------------

Ust Zulhilmie (exco DPPNJ) telah hadir untuk menyampaikan secaramahnya yang berkaitan dengan pendidikan.


Ceramah penerangan di Taman Anggerik Kampung Melayu.


Ust Azlisham Azahar (Naib Ketua Dewan Ulama PAS Johor) hadir memberikan ceramahnya.


Ceramah diadakan di kawasan hadapan restoran Kampung Tengah, Kluang



Ceramah diadakan di kawasan lapang Taman Sri Kluang


Ceramah diadakan di dataran Pasar Tani Kluang di Kampung Melayu.


Ceramah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor di kawasan lapang Taman Makmur Kluang. PAS memulakan ceramah di tempat awam sepanjang kempen pilihanraya kali ini.

0 Pandangan