Pilihanraya Semakin Hampir!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 2/04/2008 11:41:00 PM | 0 Pandangan »

Umno bersedia hadapi p'raya 8 atau 9 Mac - Malaysiakini
Nash Rahman Feb 4, 08 3:26pm


Jentera pilihanraya umum Umno sudah bersiap sedia di seluruh negara untuk menghadapi pilihanraya pada 8 atau 9 Mac depan, demikian menurut sumber-sumber yang layak dipercayai.Menurut mereka, semua Umno negeri telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Parlimen akan dibubarkan sejurus selepas sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut Khamis ini.

Teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum kali ini menjadi tajuk perbahasan hangat di kalangan rakyat, parti politik serta pihak media.Setakat ini, pihak pembangkang meramalkan pilihanraya umum akan diadakan pada 15 Mac depan, iaitu sewaktu cuti sekolah penggal pertama.Cuti sekolah penggal pertama bermula pada 8 hingga 16 Mac depan.

Proses pengundian dijalankan di bangunan sekolah dan kerana itu, pilihanraya umum diadakan sewaktu cuti sekolah.
Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika ditanya oleh pemberita minggu berlepas, mengakui bahawa pilihanraya sudah dekat.

Tajuk mengenai tarikh pilihanraya umum juga hangat diperkatakan kerana ia ada kaitan sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertanding atau dalam pilihanraya kali ini.

Faktor Anwar

Ekoran sabitan dan hukuman tuduhan salaguna kuasa terhadapnya, maka bekas timbalan perdana menteri itu, dilarang bertanding dalam pilihanraya umum selama lima tahun.Tarikh larangan tersebut akan berakhir pada 14 Mac depan.

Ini bermakna sekiranya pilihanraya diadakan pada bulan Mac, maka Anwar tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Ekoran itu, walaupun kepimpinan Umno pernah berkata bahawa Anwar bukan satu 'ancaman politik' terhadap kerajaan, namun ramai percayai pilihanraya akan diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding.

Sementara itu beberapa pemerhati politk berkata, Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, lebih selesa jika pilihanraya umum diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding.

"Kerana menjangka pilihanraya umum akan diadakan lebih awal dan Anwar tidak layak bertanding, maka parti-parti pembangkang berkempen bahawa negara memelukan barisan pembangkang yang kuat.

"Mereka juga mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi pilihanraya umum akan datang walaupun tidak sebesar tahun 2004," kata sumber-sumber itu.

Bagaimanapun, katanya, jika pilihanraya umum diadakan selepas bulan April ini dan Anwar layak bertanding, kemungkinan besar, pihak pembangkang akan mengubah strategi kempen mereka."Mereka mungkin akan bercakap mengenai kerajaan alternatif kerana mereka mempunyai calon Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar, jika pembangkang berjaya menumpaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang," kata mereka.

0 Pandangan