Alhamdulillah, sepanjang hari Sabtu dan Ahad yang lalu saya dapat menggunakan sebahgian besar daripada masa yang Allah berikan kepada saya dengan sebaiknya. Betapa terasa tinggi nilainya kesihatan yang Allah kurniakan ketika ini dapat memudahkan segala gerakerja dan perjalanan aktiviti seharian.
Bayangkan sekiranya ketika ini Allah menarik balik nikmat keseihatan kepada kita, sukar juga untuk kita bergerak bagi meneruskan agenda perjuangan. Bersyukurilah dengan nikmat ini dan pergunakanlah dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa mengurniakan yang terbaik untuk kita.
Bermula hari Sabtu, 9 pagi ~ 12 tengahari saya bersama Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) DPPNJ dan PAS Kawasan Kluang telah mengedarkan risalah, buah limau dan kad Chinese New Year (CNY) di Kampung Paya, Kluang Baru. Tepat pukul 12 tengahari saya bergerak ke Tanjung Sepat, Kuala Langat.
Pukul 2.30 petang saya berjaya tiba di Exit Nilai. Selesai solat saya, sdr Zahriezan (Timbalan LPN DPPP), PSU DPPNS dan sdr Sabir telah bergerak ke Tanjung Sepat di pandu arah oleh sdr Redza, PSU DPP Sepang.
Di sana dialog bersama masyarakat Tionghua telah diadakan dan sambutan sangat menggalakkan. Saya akan 'upload' gambar-gambar tersebut setelah saya menerima daripada sdr Redza nanti. Gambar yang sempat saya rakamkan adalah gambar sebuah 4WD yang sedang mengagih-agihkan bendera Barang Baik (BN) di kawasan perumahan di sana, gantungkan lagi!

Saya tiba di pejabat Agong PAS Jalan Raja Laut lebih kurang pukul 11 malam. Ada beberapa tugasan yang perlu disiapkan disana dan disitu jugalah pusat penginapan saya sejak beberapa bulan yang lalu.
Hari Ahad pukul 9 pagi program bersama kaum Tiounghua dan masyarakat setempat di Pasar Besar Sri Gombak yang dihadiri oleh Datuk Dr Hasan Ali, Dr Hatta Ramli dan Encik Hu Pang Chow. Program ini berakhir pada pukul 12.15 tengahari. Secara keseluruhannya program di Pasar Besar Sri Gombak ini sangat berjaya!







Nampaknya aktiviti PAS semakin rancak diseluruh negara, serulah kepada mereka yang masih 'tertidur' dan 'terleka' supaya mula bangun dan bekerja.
Pagi-pagi ini, saya perlu selesaikan segera 'kerja rumah' sebelum meneruskan aktiviti perjuangan lebih-lebih lagi anakanda yang kecil ini yang sentiasa mengharapkan untuk didodoikan oleh ayahnya yang sibuk ini...

0 Pandangan
Post a Comment