Malang sunggup pemimpin UMNO ini bila beliau menyatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh Dr Chua Soi Lek adalah bersifat peribadi. Bermakna, apa yang dilakukan oleh Dr Chua adalah sesuatu perkara yang tidak ada kaitannya dengan perkara lain melainkan ianya satu tindakan yang bersifat peribadi.
Andaikata DVD tersebut tidak disebarkan kepada umum sebelum ini maka tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana pemimpin UMNO/BN untuk bertindak seperti mana yang dilakukan oleh Dr Chua tetapi perlu pandai menjaga diri daripada diperangkap atau ditangkap.
Sudah pasti, kenyataan ini melegakan pemimpin UMNO/BN yang lain kerana Najib Razak sudah memberikan kelonggaran terhadap mereka dalam soal bersifat 'peribadi' atau mungkin Najib sendiri merasakan bahawa sekiranya perkara yang sama berlaku ke atasnya maka ianya tidak perlu dikecohkan kerana ianya bersifat peribadi.
Maka, rakyat juga tidak perlu membantah ataupun mengecam sekiranya pemimpin mereka melakukan perkara yang terkutuk seperti ini kerana ianya bersifat peribadi.
Akhirnya, mudahlah rakyat seluruhnya memberikan jawapan kepada mana-mana pihak termasuklah kepada pegawai pencegah maksiat, sekiranya mereka ditangkap jawapannya adalah seperti yang disebut oleh Najib Razak..."Ia bersifat PERIBADI!"
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Isu Soi Lek, kes Krishnasamy tak jejas BN - Najib - Utusan Online
18/01/2008 4:01pm
18/01/2008 4:01pm
KOTA TINGGI 18 Jan. _ Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isu peletakan jawatan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy tidak akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana keyakinan rakyat terhadap BN terus kukuh disebabkan mereka memahami masalah itu adalah sesuatu yang bersifat peribadi.
``Saya tidak fikir ia akan menjejaskan BN kerana walaupun ia adalah sesuatu yang malang tetapi kita berjaya menguruskannya dengan baik,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pecah tanah tapak penempatan semula mangsa banjir di Kampung Jawa di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Najib berkata, dua isu tersebut juga tidak menjejaskan strategi BN untuk memenangi kerusi yang ditandingi oleh calon-calonnya pada pilihan raya tersebut.
0 Pandangan
Post a Comment