Alhamdulillah, pagi tadi pukul 9.07 pagi, isteriku telah selamat melahirkan anak kami yang kelima, seorang bayi perempuan dengan berat 3.9kg.
Pukul 4 pg tadi isteriku telahpun terasa untuk bersalin dan pada pukul 5 pagi kami ke Hospital Daerah Kluang.
Pukul 5.45 pagi, isteriku telah dimasukkan ke wad bersalin.
Salah seorang jururawat yang menyambut kelahiran anakku tadi adalah kawan lamaku ketika disekolah.
Walaupun ada banyak aktiviti yang telah diprogramkan tapi saya akan 'bercuti' sehingga hari esok.
Pukul 4.30 petang nanti saya akan ke Hospital semula untuk melawati isteri dan anakku.
Sayang ayah...
Walaupun seorang ibu itu begitu perit bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak namun keceriaan tetap terserlah apabila anak kecil ini telah berjaya dilahirkan
----------------------------------------
Melawat isteri dan anak yang baru lahir pada pukul 5.30 petang tadi
Tahniah, saudara saya!
Tahniah. Semoga baby membesar dengan sihat. :)