Tinjauan Keadaan Banjir Di Segamat

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 12/12/2007 07:16:00 AM | 0 Pandangan »

Saya bersama beberapa orang jawatankuasa DPPNJ telah turun membuat tinjuan ke Kampung Jawa dan Paya Pulai di Segamat yang dilanda banjir ketika ini pada 11 Disember 2007.
Ketika Tinjauan ini dibuat, Pemuda PAS Kawasan Segamat berada di lokasi lain untuk menyampaikan sumbangan makanan dan minuman kepada penduduk yang terlibat dengan banjir. Saya akan paparkan gambar-gambar tersebut kemudian.
Bertemu bertanya khabar dengan penduduk Kampung Jawa Segamat yang terlibat dengan banjir. Alhamdulillah, kehadiran kami disambut dengan baik.
Keadaan salam sebuah rumah yang sedang dinaiki air


Bendera Keadilan dipasang dihadapan kediaman Ketua Bahagian Keadilan Segamat.


Kenderaan yang kami gunakan dalam tinjauan semalam.

Saya berbincang dengan Tuan Haji Mustafha, Bendahari PAS Johor tentang tindakan seterusnya yang perlu dilakukan. Dibelakang kami kelihatan sebuah rumah yang sudah tenggelam kecuali bumbung rumah di Paya Pulai.

Pesta menangkap ikan bermula di Sungai Kapeh, Segamat. Bertong-tong ikan keli telah berjaya dinaikkan.


Berhenti seketika untuk minum petang sebelum bertolak pulang ke destinasi masing-masing.

0 Pandangan