IPOH, 14 Dis (Hrkh) - "Penahanan saya bersama empat aktivis lain oleh pihak polis tidak sama sekali merencatkan semangat saya untuk berjuang bersama PAS, malah ianya menjadi `pembakar' semangat kepada saya untuk lebih bersemangat berjuang menegakkan kedaulatan Islam dan menyelamatkan demokrasi dari terus `dinodai' Umno/BN".
Demikian penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin, dalam satu pertemuan dengan wartawan Harakah.
Beliau bersama empat aktivis PAS Perak iaitu Bendahari PAS Negeri, Haji Abdul Rahim Md Ariff, Ketua Unit Amal Negeri, Zamarul Aini Abdul Malik, Ahli Jawatankuasa Unit Amal Negeri, Bunyamin Ishak dan aktivis PAS kawasan Tambun, Mat Lazim Osman, telah ditahan oleh pihak polis di Plaza Tol Bukit Tambun dan dibawa ke Balai Polis Seberang Perai selatan.
Mereka ditahan pada hari Ahad lalu dan dibebaskan keesokannya dengan ikat jamin RM2,500 setiap orang.
Kelima-lima individu tersebut didakwa melakukan kesalahan menghalang penjawat awam dari menjalankan tugas, jika sabit kesalahannya denda maksima RM10,000.
Mereka didakwa cuba menghalang pihak polis dari menahan dan menangkap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sebelum itu pada petang Ahad lalu Mohamad Sabu dan rombongannya dikepong oleh pihak polis di hadapan Sunway Lagoon setelah menghadiri majlis perkahwian anak perempuan Mohamad Sabu di Tambun.
Perbincangan telah dibuat oleh pihak polis dengan peguam, Haji Asmuni Awi, dan pihak polis dikatakan berstuju membawa dan mengiring rombongan tersebut dan menahan Mohamad Sabu di rumahnya
"Ini adalah ujian dari Allah, saya sabar menghadapinya dan bertekat untuk bekerja bersunggiuh-sungguh khusnya bagi memenangkan calon PAS di DUN Manjoi," ujarnya.
Mengenai keluarga khususnya isterinya, beliau bersyukur kerana mereka memahami apa yang telah berlaku.
Kelima-lima aktivis PAS Negeri tersebut adalah antara sembilan yang ditahan dan mereka akan dibicarakan di Mahkamah Seksyen Seberang Perai pada 13 Februari depan. - mns
0 Pandangan
Post a Comment