Sampai 'Kiamat' SPR Tidak Akan Buat Laporan Polis

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/22/2007 05:35:00 PM | 0 Pandangan »

Bersih menggesa dan mendesak agar SPR membuat laporan polis terhadap penolong pegaeai pendaftar (PPP) yang telah memindahkan senarai pengundi ke kawasan lain.
Sekiranya SPR akan berbuat sedemikian bermakna SPR sememangnya telus tetapi ia umpama 'mimpi di dalam mimpi'. Mungkin sampai 'kiamat' pun SPR tidak akan bertindak sebegitu rupa.
Kita tunggu dan lihat.
------------------------------------
Bersih desak SPR buat laporan polis - Malaysiakini

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd Noor supaya membuat laporan polis terhadap penolong pegawai pendaftar pemilih SPR yang dikatakan telah memindahkan senarai pengundi ke kawasan lain.

Di bawah Akta Pilihanraya 1954, pegawai terbabit boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Wakil Bersih, Wong Kee Huat berkata, Kamaruzaman mesti "menyiarkan nama-nama pengkhianat dan menyediakan alasan kukuh untuk membolehkan siasatan dijalankan".

"Bersih juga ingin bertanya kepada Kamaruzaman mengapa pemindahan sukarela masih berlaku selepas sistem baru digunapakai pada 16 Julai 2002.

"Jika penolong pegawai pendaftar tidak boleh dipersalahkan, maka siapakah yang melakukannya?

"Jika SPR gagal berbuat demikian, kami boleh mengatakan suruhanjaya itu cuba melindungi `jenayah' senarai pemilih atau menjadikan mereka sebagai kambing hitam ," katannya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Mohd Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Nawawi; Ketua Penerangan, Tian Chua dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR , Animah Ferrer.

Wong berkata, SPR perlu membersihkan daftar senarai pemilih untuk menyakinkan orang awam sebagaimana yang dituntut oleh Bersih sejak setahun lalu.

Tiga tuntutan

Sementara itu, Mohd Sabu berkata, sehingga ini SPR hanya memenuhi satu tuntutan Bersih iaitu penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian dua kali dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, tiga tuntutan lagi - membersihkan senarai pemilih; menghapuskan pengundi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan laporan adil dari media massa - tidak dipenuhi oleh SPR.

"Ini bermakna perhimpunan besar-besaran 10 November ini yang menuntut kerajaan melaksanakan pilihanraya bersih dan adil akan tetap diadakan di Dataran Merdeka di ibu negara seperti yang dijadualkan," katanya.

Mohd Sabu berkata, perhimpunan akan bermula jam 3 petang hingga 6 petang dan dijangka dihadiri kira-kira 10,000 orang dari seluruh negara.

Katanya, Bersih akan memaklumkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan menjaga keselamatan pada hari tersebut.

Mengulas mengenai perhimpunan tersebut, Tian Chua berkata, sebuah pilihanraya yang tidak bersih merupakan pilihanraya yang sia-sia dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, kini berlaku banyak isu penyelewengan dan jika kerajaan mengadakan pilihanraya secara mengejut, bermakna kerajaan sanggup mengenepikan isu berkenaan kerana mahu berkuasa.

"Isu pilihanraya yang bersih dan adil ini bukan hanya berlegar kepada parti politik politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tetapi yang lebih penting untuk rakyat," kata pemilih nya

0 Pandangan