Teka-teki sama ada Datuk Sri Anwar akan menyerahkan versi penuh klip video perbualan peguam Datuk VK Lingam terjawab apabila pembantu peribadi DSAI menyatakan bahawa DSAI hanya akan menyerahkan versi penuh klip tersebut sehinggalah tuntutan untuk menjamin perlindungan dan memberi imuniti perundangan kepada sumber-sumber klip video tersebut dipenuhi (http://www.malaysiakini.com/news/73939).
Bermakna, DSAI bersedia untuk ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang di atas penegasannya itu.
Berikutan dengan keputusan ini, satu arahan telah dikeluarkan kepada ahli dan penyokong melalui SMS (saya juga terima SMS ini) supaya berkumpul di pejabat DSAI untuk tindakan selanjutnya.
Menurut pasukan pengendali blog Anwar, pegawai-pegawai BPR dijangka akan hadir ke pejabat Anwar berkenaan arahan untuk menyerahkan salinan video asal yang sepenuhnya atau menghadapi penjara.
Orang ramai dijemput menunjukkan solidariti dengan Anwar di pejabatnya pada masa dan waktu berikut,
Masa : 10.30am.
Apakah petanda gelombang REFORMASI akan kembali lagi?
0 Pandangan
Post a Comment