GANTI RUGI RM 2,000 UNTUK KAKITANGAN AWAM - SAYA PALING SETUJU!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/19/2007 10:42:00 AM | 1 Pandangan »

Sepanjang menyambut Idil Fitri tahun ini, di antara topik yang paling menarik adalah berkaitan dengan rungutan & kritikan kakitangan awam yang dinafikan bonus tahunan seperti yang telah dinikmati sejak tahun 1993.

Apa tidaknya, bonus yang diyakini akan diterima sebelum menjelang hari raya dan sebelum pembukaan sesi persekolahan dihentikan atas alasan kenaikan gaji yang diputuskan pada bulan Julai yang lalu.

Saya masih belum dapat mendengar lagi pernyataan daripada mana-mana kakitangan awam yang bersetuju dengan ketiadaan bonus ini termasuklah daripada mereka yang menyokong UMNO/BN.

Dua hari yang lalu seorang kawan lama yang juga merupakan ahli Pemuda UMNO hadir ke rumah saya dan melahirkan kekecewaan dengan ketiadaan bonus ini. Beliau memberitahu bahawa 'orang UMNO' juga marah dengan perkembangan politik ketika ini serta meletakkan kesalahan kepada Pak Lah. Saya akan senaraikan 'kekecewaan di Idil Fitri' untuk tatapan umum nanti.

Apapun, yang pastinya seramai 1.2 juta kakitangan awam telah kecewa dengan perkembangan ini. Saya yakin, tindakan CUEPACS meminta kerajaan membayar saguhati sebanyak RM 2,000 daripada kerajaan akan disokong 100% oleh kakitangan awam.
--------------------------------------
Cuepacs minta saguhati RM2,000, ganti bonus - Malaysiakini

Walaupun baru menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus Julai lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan membayar saguhati RM2,000 seorang sebagai ganti bayaran bonus untuk tahun ini.

Pada masa yang sama, Presiden Cuepacs, Omar Osman juga meminta kerajaan membayar saguhati RM500 kepada kira-kira 500,000 pesara kerajaan.

Omar berkata, bayaran RM2,000 kepada setiap kakitangan kerajaan yang berjumlah kira-kira 1.3 juta orang, adalah munasabah dan mampu dibayar kerajaan.

"Bayaran saguhati bukan perkara baru kerana pada 1998 ketika ekonomi negara merosot teruk, kerajaan masih membayar sagu hati kepada kakitangannya.

"Tahun lalu, kerajaan membayar bonus dua bulan gaji untuk mereka yang bergaji RM700 sebulan dan RM1,500 untuk kakitangan yang gajinya lebih RM1,500 sebulan.

"Jika dalam ekonomi gawat pada 1998, kerajaan masih boleh membayar saguhati, maka tiada sebab tidak boleh berbuat demikian tahun ini,"
katanya ketika ditemui malaysiakini di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Omar berkata, pembayaran saguhati itu sebagai bantuan untuk meringankan beban kakitangannya yang menghadapi tiga perayaan - Hari Raya, Deepavali dan Krismas.

Cuepacs, katanya, telah menghantar memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan pada 9 September lalu.

'Naikkan umur bersara'

Bagaimanapun, sehingga ini pihaknya belum menerima jawaban mengenai perkara tersebut tetapi yakin `permintaan itu tidak akan dihampakan'.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Cuepacs meminta kerajaan melanjutkan umur persaraan kakitangan awam dari 56 tahun sekarang kepada 60 atau sekurang-kurangnya 58 tahun.

Omar berkata, di negara jiran di rantau Asia Tenggara, umur persaraan kakitangan awam melebih 56 tahun, malah 60 tahun di Singapura.

"Kesihatan rakyat negara semakin baik, jadi umur 56 tahun masih kuat bekerja dan rugi jika pengalaman dan kemahiran mereka tidak digunakan,"
katanya.

Menurutnya, kira-kira 23,000 kakitangan awam bersara wajib setiap tahun dan sebahagian besar mereka tidak melakukan apa-apa kerja lagi. Katanya, ini membebankan mereka kerana terpaksa menggunakan wang pencen untuk menanggung anak-anak yang masih belajar di universiti atau atau sekolah menengah.

"Kita membuat permintaan ini kerana tidak mahu melihat pesara kerajaan susah kerana masih menanggung keluarga dan ini juga boleh menjejaskan imej sektor awam," katanya.

Julai lalu, kakitangan awam di seluruh negara menikmati kenaikan gaji sebanyak 35 peratus, manakala anggota polis sebanyak 40 peratus

1 Pandangan

  1. Nordin // October 19, 2007 at 6:21 PM  

    Hi, saya setuju yang kita patut terima bonus!! Kerajaan kata kalau kita terima bonus, macam termia double bonus selepas kenaikan gaji yang "banyak". Namun dalam kenaikan pangkat di universiti, kerajaan bagi double, triple bonus!!!! Tengok universiti kita, misalnya di...(nak namakan ke?), pensyarah DS45 yang muda dinaikkan ke DS52 mentang-mentang ada PhD, walhal, pada hakikatnya, mereka langsng TAK ADE penerbitan di jurnal-jurnal antarabangsa. Ini sebenarnya triple bonus untuk mereka. Bonus pertama, dapat setengah juta (dengan gaji penuh dan biasiswa penuh) belajar kat luar negeri (dan minta pertambahan masa lagi selepas tiga tahun sebab naik kerja di sana supaya boleh bawa mercedes balik!). Bonus Kedua, dapat tiga kenaikan gaji bila tamat pengajian dengan jayanya. Bonus ketiga, dapat kenaikan pangkat ke Kanan (DS52).