Apa nak jadi kalau Menteri pun berbohong.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/24/2007 01:46:00 AM | 0 Pandangan »

Sama ada sedar atau diluar sedar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok melakukan pembohongan yang terlampau apabila membuat kenyataan bahawa tiada tangkapan di buat di bawah ISA di zaman pemerintahan Pak Lah seperti mana yang telah dilaporkan dalam http://www.harakahdaily.net/ dan http://www.malaysiakini.com/news/73857

Tidak diketahui apakah sebenarnya niat beliau untuk membuat kenyataan seperti itu sedangkan hakikatnya terdapat tangkapan-tangkapan yang telah dibuat untuk meneruskan tradisi menzalimi rakyat.

Mungkin beliau cuba untuk menjaga imej Pak Lah yang dikatakan sederhana berlandaskan Islam Hadhari ataupun mungkin cuba untuk ‘membodek’ Pak Lah.

Mengikut statistik yang disimpan oleh GMI, jumlah tangkapan ISA telah meningkat dari 12 orang pada tahun 2004 kepada 20 orang pada tahun 2006, walaupun jumlah perintah lanjutan tahanan dan jumlah tahanan di Kem Kamunting telah berkurangan.Pada tahun 2004, perintah tahanan dilanjutkan untuk 25 orang, berbanding 18 orang tahun lalu. Pada masa ini, terdapat 90 tahanan di Kem Kamunting, yang terletak berhampiran bandar Taiping di Perak. Menurut Syed Ibrahim lagi, empat orang ditahan kerana didakwa menyebarkan khabar angin mengenai rusuhan kaum di Johor Bahru baru-baru ini.

Menteri jangan bercakap ikut sedap mulut sahaja, bercakaplah mengikut fakta yang ada. Jika ditanya kepada Bernard Dompok kenapa bercakap tidak mengikut fakta dan realiti, mungkin beliau akan kata ‘kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari’.
Biasalah tu...

0 Pandangan