BERDAKWAH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 9/20/2007 10:39:00 AM | 0 Pandangan »

Tafsir Al-Quran dan beberapa contoh buku terjemahan dalam bahasa Mandarin yang telah mula diedarkan.
Sebahagian daripada kandungan buku "Islam Agama Masa Depan"
---------------------------------------------------------
Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (LPNDPPP) sedang menjalankan usaha untuk mengedarkan beberapa buah buku dan tafsir Al-Quran dalam bahasa mandarin kepada masyarakat cina di Malaysia.

Sebagai langkah awal, LPNDPPP bersama LPN DPPN Johor telahpun menyerahkan naskah tafsiran Al-Quran dan buku-buku panduan Islam kepada pertubuhan Cina Muslim Johor baru-baru ini.

Sasaran seterusnya adalah pada 25 September 2007 yang akan datang sempena festival Kuih Bulan. LPN PAS Pusat telahpun mengeluarkan kuih bulan (halal) untuk diedarkan ke seluruh negara. LPNDPPP telahpun mengeluarkan arahan kepada LPN di peringkat negeri supaya mengadakan kunjungan kepada pejabat media bahasa cina diseluruh negara untuk menyerahkan bahan-bahan terjemahan ini pada tarikh tersebut.

Di antara buku-buku yang telah diterjemahkan itu adalah Islam Agama Masa Depan, Kenapa Solat, Islam dan Usul-usul serta Kaedah-kaedahnya, Hak-hak Manusia Dalam Islam, Puasa dan Zakat, Tauhid dan Keluarga Bahagia.

Sebagai makluman, Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Monggol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan dengan Pesta Tanglung namun ini adalah perayaan berbeza

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

0 Pandangan