Kanak-kanak 12 tahun dituduh rogol, culik
Oleh Srihanasham Noordin
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan lima remaja lain didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, semalam atas tuduhan menculik, merogol dan merompak seorang wanita, awal bulan ini.
Oleh Srihanasham Noordin
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan lima remaja lain didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, semalam atas tuduhan menculik, merogol dan merompak seorang wanita, awal bulan ini.
Kanak-kanak itu didakwa di Mahkamah Sesyen bersama seorang remaja berusia 19 tahun, P E Vijayan serta dua remaja berusia 17 tahun dan dua lagi berusia 16 tahun atas tuduhan menculik dan merompak secara berkumpulan di Jalan Litar Pasir Gudang di sini, 4 Ogos lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda bagi tuduhan menculik, manakala dakwaan merompak boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau sebatan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 395 kanun yang sama.
Di mahkamah sama, Vijayan juga didakwa merogol dan memaksa mangsa melakukan seks oral di tangki air, Tanjung Langsat Satu Scientex dekat sini antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Abdul Aziz Baba, manakala semua tertuduh diwakili peguam bela S Gunapathi.
Hakim Aliman Musri hanya membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, kanak-kanak terbabit turut didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memaksa mangsa sama melakukan seks oral pada 4 Ogos 2007 antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi di tangki air, Tanjung Langsat Satu Scientex dekat sini.
Empat lagi remaja yang berusia 17 dan 16 tahun juga didakwa merogol dan memaksa mangsa melakukan seks oral di tempat, tarikh dan masa sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 kanun sama dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dengan enam sebatan bagi kesalahan merogol, manakala tuduhan memaksa melakukan seks oral membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377C kanun sama.
Majistret Mohd Nazri Omran hanya membenarkan kanak-kanak 12 tahun diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes. Lima remaja lain ditahan di Penjara Simpang Renggam sementara menunggu laporan perubatan.
0 Pandangan
Post a Comment