Saya mendapat berita ini daripada www.malaysiakini.com ;
Singapura telah menahan empat anggota Jemaah Islamiyah, termasuk seorang yang didakwa oleh republik itu, telah "menjalani latihan di Malaysia".
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura menahan mereka antara November tahun lalu dan Februari tahun ini.
Mereka yang ditahan itu ialah Ishak Mohamed Noohu, Mohamed Hussain Saynudin, Mohamed Yassin Mohamed Nooh dan Ibrahim Mohd Noor.
Ada yang memberitahu saya, apakah berita ini akan memberikan kesan kepada PAS khususnya terhadap Pemuda PAS yang dilihat aggresif untuk menyahut seruan terhadap himpunan 100 ribu bagi menegakkan demokrasi di Putrajaya?
Bagi saya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana apa yang PAS ingin lakukan tidak ada kena mengena dengan keganasan tetapi tindakan PAS dan BA adalah untuk menuntut agar kerajaan bersikap adil dalam sebuah negara yang kononnya menjalankan demokrasi dalam pemerintahannya.
Himpunan rakyat berlaku diserata dunia, yang menjadikan himpunan tersebut kecoh, ganas, kelam-kabut dan sebagainya adalah kerana provokasi daripada pihak-pihak tertentu.
Saya akan cuba mengulas dengan lebih lanjut tentang isu ini, insya Allah.

0 Pandangan
Post a Comment