Harakahdaily Wed May 30, 07 11:44:11 AM
Terkini! PUTRAJAYA, 30 Mei (Hrkh) - Akhirnya, keputusan yang dinanti-nanti umat Islam tercapai apabila majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.
Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Dato' Alauddin Dato' Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Dato' Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.
Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.
Walaupun permohonan Lina Joy seolah-olah tiada kaitan dengan isu menukar agama tetapi implikasi sebenarnya adalah berkaitan hal murtad, yang begitu sensitif kepada umat Islam.
Alhamdulillah, doa kita semua diperkenankan Allah. Allah telah membuka hati 2 hakim yang beragama Islam tersebut untuk menolak permohonan Lina Joy itu. Semoga Allah mengukuhkan 2 hati hakim itu agar tetap dgn keputusan yang telah dibuat walau ditekan pelbagai pihak kelak...