LOGA ALLEYCATS DALAM KENANGAN
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/05/2007 05:38:00 PM | 0 Pandangan »KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa mengucapkan takziah yang setulusnya kepada keluarga penyanyi kumpulan Alleycats, Loganathan Arumugam yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
"Lagu-lagu Alleycats yang turut dinyanyikannya menyebabkan lebih ramai rakyat bukan Melayu di negara ini meminati lagu-lagu Bahasa Melayu. Sumbangan beliau dalam mendekatkan Bahasa Melayu di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini wajar mendapat penghargaan.
"Saya berharap abangnya, David dan ahli kumpulan Alleycats yang lain akan terus memainkan peranan merapatkan lagi jurang antara rakyat berbilang kaum di negara ini," katanya.
Husam berharap ahli keluarga Loganathan, terutama isteri dan anak-anaknya serta abangnya, David yang bersama-samanya sejak mula kumpulan Alleycats ditubuhkan sentiasa tabah dan tenang dalam menghadapi ujian besar itu.
"Kehilangan ahli keluarga memang merupakan ujian yang sangat besar. Kita berharap ahli keluarga Loganathan terutama isteri, anak-anak dan abangnya sentiasa tabah dan tenang," katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berharap isteri, anak-anak dan keluarga Loganathan mencontohi ketenangan dan ketabahannya ketika mengharungi penderitaan akibat penyakitnya.
Loganathan dilaporkan tidak pernah mengeluh kerana penderitaannya sehingga ke saat-saat akhir malah David memberitahu, adiknya itu "pergi dengan senang dan senyum".
Sambil tidak menafikan lagu-lagu Alleycats banyak membawa kenangan lama, Mohamad menyifatkan Loganathan merupakan contoh yang terpuji dalam menghadapi ujian Tuhan.
"Beliau sebenarnya contoh yang terpuji kepada mereka yang menghadapi penderitaan," katanya.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan, walaupun Loganathan seperti berpesan dalam lagunya, "andainya aku pergi dulu sebelummu, janganlah kau bersedih hati," tetapi pemergiannya jelas begitu dirasai oleh para peminatnya.
Antara blogger yang merakamkan perasaan mereka terhadap pemergian penyanyi terkenal itu ialah Jeff Ooi (www.jeffooi.com), Mahendran (www.bmahendran.com), Elizabeth Wong (elizabethwong.wordpress.com), Stephen Francis (shanghaistephen.blogspot.com), Walski69 (asylum60.blogspot.com), What A Lulu (whatalulu.blogspot.com) dan Zainol Abideen (mahaguru58.blogspot.com).
"Ketabahan dan ketenangan Loganathan menghadapi penderitaan pasti menjadi sesuatu yang akan diteladani. Takziah yang tidak terhingga dari saya kepada keluarganya," kata beliau.
------------------------------------------------------------------Membesar sejak kecil sehinggalah lagu-lagu Alleycats menjadi lagu pilihan untuk saya alunkan dan menjadi lagu-lagu pilihan ketika memetik gitar dan meniup seruling (flute) satu ketika dahulu semestinya meninggalkan kesan yang besar kepada saya.
Takziah saya ucapkan kepada keuarga mendiang. Siapalah Alleycats tanpa mendiang Loganathan.
UCAPTEMA KETUA PEMUDA PAS PUSAT
Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/01/2007 10:51:00 PM | 0 Pandangan »
Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat:
'Merakyat Perjuangan'
Salahuddin Ayub
Thu May 31, 07 09:04:02 AM
Saudara Pengerusi Tetap, Al-Fadhil Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden PAS, Wakil-wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Saudara Timbalan Ketua dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Pengarah Muktamar, Saudara Bendahari dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ketua-ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Pimpinan dan wakil-wakil Pemuda BA dan NGOs.
Para diplomat dan dif-dif jemputan kehormat
Para perwakilan, pemerhati dan hadirin yang dihormati sekalian, Firman Allah SWT,
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.." - (Surah al-Baqarah: Ayat 143)
Selanjutnya, klik http://www.harakahdaily.net/muktamar/index.php?option=com_content&task=view&id=53&Itemid=4






