Presiden PAS Jawab Isu Pertemuan Dengan Pak Lah

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 01:12:00 AM | 1 Pandangan »


PAS mengakui bertemu Perdana Menteri - Harakahdaily
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun Jul 20, 08 11:57:32 pm MYT

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

20 Julai, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

1 Pandangan

  1. ok // July 21, 2008 at 4:43 PM  

    Kenapa perlu lagi muzakarah? Kita nak tukar pemimpin. Kita tak terima walau sorang pun pemimpin UMNO kerana mereka telah jelas penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa.

    Jika mereka nak bertaubat ke apa ke, itu hak mereka namun untuk jadi pemimpin setelah bertaubat, jangan sekali.

    Jangan hancurkan semangat ahli PAS. Tidak ada muzakarah yang perlu dilakukan oleh UMNO melainkan menyerahkan kepimpinan negara ini kepada PAS.

    fuadlatip@gmail.com