Hadiah Terbaik Untuk Rakyat!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/04/2008 10:01:00 PM | 1 Pandangan »




Saya telah keluar meronda di sekitar bandar Kluang bermula pukul 8.10 malam tadi sambil berganding bahu dengan rakyat mengisi penuh tangki minyak kereta. Stesyen minyak BHP yang dikira sebagai stesyen minyak yang terkecil dan jarang-jarang penuh pun tak cukup tangan untuk melayan pengunjung yang berbondong-bondong mengisi minyak.

Kerana Pak Lah dengan keputusan untuk mewujudkan 'situasi Menang-Menang' maka kos untuk mengisi tangki penuh kereta saya adalah seperti berikut :-

RM 1.92 x 48 liter = RM 92.16 (hari ini)

RM 2.50 x 48 liter = RM 129.60 (esok)

Perbezaan hari ini dan esok = RM 37.44

Ketika saya mula membeli kereta ini pada tahun 2003, tidak silap saya ketika itu saya hanya RM 65.00 sahaja.

Bermakna, dalam tempoh 5 tahun sahaja, kereta saya terpaksa membayar sekali ganda daripada harga asal ketika saya membelinya.

Mungkin itu yang dinamakan situasi Menang-Menang.

Saya sempat meronda ke beberapa premis perniagaan tadi di sekitar bandar Kluang, kawasan yang saya bertanding dalam Dun Mahkota yang lalu. Ramai dikalangan peniaga yang menggeleng-gelengkan kepala di atas keputusan kerajaan. Di antara dialog yang saya telah dengar tadi :-

"Apa pasal tak naik RM 5 saja, baru cepat boleh kaya. Kalau mau cakap kerajaan sial baru kena"

"Saya ingat Malaysia akan jadi macam Indonesia. Kita orang niaga tentu takut punya kawan"

"Itu cilaka punya Pak Lah, saya ingat lebih baik dia berhenti saja la. Kasi orang lain jadi PM, manyak bodoh"

"Ha! Betul ka sudah naik. Habis, macamana mau niaga?"

Keadaan premis perniagaan pun agak lengang dan terdapat kedai-kedai yang telah ditutup awal kerana masing-masing sedang berpusu-pusu ke stesyen petrol pam, agaknya.

Saya juga telah menerima pelbagai jenis SMS berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak ini. Diantara SMS tersebut:-

"Anwar Ibrahim PENIPU. Husam pun PENIPU. Mereka kata kalau BN menang minyak naik 30 sen. Padahal naik 80 sen. Hidup Pak Lah! Tahniah UMNO dan BN"

"Bengang dengan PM. Dia punya minyak tak payah bayar. Nama aje ulamak, tak ada hati perut"

"Aku sedih betul lah, Tak habis-habis dengan idea yang menyusahkan masyarakat yang sering ditindas, Tak ada relevannya buat macam ini. Banyak opsyen lain"

Ada seorang kawan menghubungi saya memberitahu bahawa terdapat petrol pam yang sudah kehabisan minyak untuk dijual kerana kenderaan tidak berhenti-henti mengisi penuh tangki minyak sejak lewat petang tadi.

Saya menghubungi pimpinan Pemuda PAS Pusat untuk mengambil tindakan sesegera yang mungkin. YB Salahudin Ayub telah memaklumkan bahawa jawatankuasa PROTES akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan selanjutnya. Saya cadangkan agar himpunan aman seperti himpunan BERSIH sebelum ini dapat diadakan.

Pemuda-pemuda PAS diseluruh kawasan di negeri Johor telahpun diarahkan mengambil tindakan terhadap isu ini.

Saya juga telah menghantar SMS kepada YB Mat Jais Sarday, ADUN Mahkota yang telah berjaya menewaskan saya dalam pilihanraya umum yang lalu.

"Tahniah bro! keputusan yang terbaik untuk rakyat! Nak keluar rumah hati-hati, orang tengah marah ni, aku dah pergi ke premis niaga kat bandar kluang tadi, nampaknya orang memang betul-betul marah..."
BARU! (11.38 malam) Sebentar tadi YB Jais Sarday membalas SMS saya :-
.
"Takpe marah sekejap...jangan diapikan lagi..."
.
Saya pun membalas semula :-
.
"Haaa...jawapan tu sama macam Pak Lah...bagus, bagus..."
.
Ada yang bertanya kepada saya, kenapa Pak Lah membuat keputusan seperti ini? Jawapan saya mudah sahaja, Pak Lah adalah pemimpin yang tidak mahu bersusah-susah untuk rakyat tetapi mahu bersenang-senang untuk diri sendiri. Sebab itu di zaman Pak Lah sebagai PM, telah berkali-kali petrol/diesel dinaikkan.

Saya teringin untuk mendengar komentar daripada Dr Mahathir terhadap keputusan 'bijak' Pak Lah ini. Tun, apa komen Tun?

HIDUP RAKYAT!!!

1 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // June 5, 2008 at 3:19 AM  

    rebet RM 625 bagi saya tak memadai,
    Akan tetapi saya tak mahu desak kerajaan untuk naikkan rebet itu, kerana sebarang kenaikan rebet itu tidak memberi kesan kepada golongan miskin tak berkenderaan.

    Oleh itu, saya minta jasa baik pihak tuan untuk promotekan gerakan mendesak kerajaan untuk memberikan subsidi makanan untuk setiap rakyat Malaysia yang diambil daripada penjimatan akibat kenaikan harga minyak, (saya anggarkan penjimatan lebih 20 bilion)

    RM 50 seorang 13.8 bilion setahun sahaja.
    Jemput baca:
    http://sebolku.blogspot.com/2008/06/hanya-138-bilion-sahaja-untuk-kupon.html