Kami Nak Idris, Binantang...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 3/25/2008 08:05:00 AM | 1 Pandangan »





Sejak malam semalam, saya telah menerima email tentang tindakan tidak senonoh dan tidak bertamadun penyokong Datuk Idris Jusoh yang berhimpun dihadapan kediaman rasmi Menteri Besar Trengganu yang disiarkan dalam media elektronik semalam.

Kerana sudah tidak tahan lagi untuk menghadapi realiti bahawa Idris Jusoh tidak diperkenankan sebagai MB Trengganu, penyokong Idris telah bertindak seperti 'beruk-beruk di jalanan' (meminjam kata-kata Khairy Jamaluddin, saya tak kata macam itu) berhimpun dihadapan kediaman rasmi MB.

Sebenarnya, bukanlah perkara pelik dan ajaib bila penyokong setia UMNO ini berdemonstrasi kerana sejak mengalami kekalahan yang mengejutkan, UMNO telah mula pandai mengadakan perhimpunan halal/haram walaupun sebelum ini pemimpin No 1 UMNO pernah berkata "Ini Bukan Budaya Kita, Polis Kata Jangan..."

Cuma, ada perkara yang cukup mengguriskan perasaan rakyat khususnya orang melayu apabila terpampang dalam TV bagaimana ada kain rentang yang ditulis "Kami Nak Idris, Natang (Binatang)"

Sampai macam tu sekali luahan hati penyokong setia Idris Jusoh melahirkan rasa marah mereka. Siapa yang BINATANG tu? Sultan atau pun Ahmad Said? Boleh jadi kain rentang tersebut ditujukan kepada Sultan dan mungkin juga ia ditujukan kepada Ahmad Said tetapi tidak ada lagi perkataan lain yang lebih lunak digunakan sebagai lambang lemah lembutnya melayu.


Katalah ia ditujukan kepada Sultan, bermakna UMNO mengajar pengikutnya derhaka kepada Sultan. Sultan yang disanjung-sanjung selama ini telah dijadikan pula bahan cacian oleh mereka dan keluarga mereka.

Manakala, andaikata kain rentang tersebut ditujukan kepada Ahmad Said, bermakna UMNO mengajar pengikutnya supaya memaki hamun dengan gelaran BINATANG kepada mana-mana pemimpin yang tidak selari dan sebulu dengan mereka. Bila pemimpin UMNO sudah tidak sehaluan, mereka boleh panggil mereka BINATANG atau apa-apa perkataan yang dirasakan cukup untuk membangkitkan rasa marah, benci dan melauat.

Kalau nak dikira buruknya Ahmad Said terhadap pimpinan PAS di dalam atau di luar sidang DUN Trengganu, rasanya inilah peluang yang cukup terbaik untuk pimpinan dan penyokong PAS di Trengganu memanggil Ahmad Said dengan perkataan yang kesat tetapi inilah dia akhlak yang ditunjukkan dalam Islam, bukan caranya kita nak memaki hamun seperti yang dilemparkan kepada kita selama ini.

Entah apa lagi yang mungkin dibuat oleh penyokong setia Idris Jusoh & UMNO di Trengganu. Polis perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, tidak mustahil selepas ini pemimpin-pemimpin mereka akan mengajar anak-anak buah setia ini untuk melakukan lebih dahsyat daripada apa yang dapat kita lihat semalam.

Datuk Sri Idris Jusoh, cukuplah, jangan buat malu. Sebagai bekas pelajar STAR seperti Datuk Sri, saya harap Datuk Sri bertindaklah dengan penuh kewarasan. Dengarlah nasihat Mursyidul Am kami, Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada Datuk Sri semalam. Tuan Guru kata sepatutnya Datuk Sri menasihat penyokong Datuk Sri agar tidak bertindak negatif sekiranya Datuk Sri benar-benar redha tidak dilantik sebagai Menteri Besar.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
25 Mac 2008, 8.45 pagi
Taman Sri Kluang

1 Pandangan

  1. amran // March 25, 2008 at 2:35 PM  

    Salam


    Juak-juak Umno memang macam tu dah.Mereka mengatakan sesuatu yg mereka sendiri tidak pasti.Yg pasti pd mereka buat apa saja yg disuruh oleh pemimpin mereka.Angguk,bodek dan mengampu dah jadi darah daging mereka.Kata-kata seperti..kami sokong(sokong membawa rebah),kami berdiri dibelakang(cerdik jugak juak-juak ni..bila yg di depan rebah yg di belakang boleh belah) dah naik muak kita dengar.Tun Mahathir dah terima akibat ni.



    Habuan wang ringgit bagi yg berpangkat dan nasi bungkus bagi pecacai Umno..tak pun tin sardin dan kain pelikat sorang satu.Itu pun dah cukup untuk mereka taat membabi buta pada pemimpin mereka untuk tempoh 4-5 tahun.



    Bila pihak BA membuat demostrasi aman mereka katakan demostrasi jalanan.Khairi Jamaluddin menantu PM kata perbuatan macam kera/monyet.Nah sekarang siapa yg kera atau monyet?..mungkin yg berkata itulah bapak kera..



    Di Perak pulak apabila Lim Kit Siang meminta wakil rakyat daripada DAP memboikot majlis mengangkat sumpah sebagai exco kerajaan negeri( selepas itu beliau memohon maaf)..wah bukan main semangat lagi juak-juak pengampu Umno ni,kutukkan,kritikkan di lemparkan kepada siapa saja yg mempunyai hubungan dengan DAP.Seolah-olah merekalah pembela raja dan sultan.Lihat sekarang apa dah jadi..siapa yg menghentam dan memaki sultan?



    Bagi mereka yg menyokong BA tetapi nak berniaga atau nak jadi orang koperat,punyalah susah.Terpaksa korbankan jawatan dan menyamar sebagai penyokong BN baru boleh dapat tender-tender yg kecil.Tetapi untuk dapatkan tender yg besar-besar kenalah menjadi orang kuat BN/UMNO.Kena jadi pengampu,pembodek seperti kata SS Dr Asri. Apa punya demokrasi dah..itulah yg Paklah katakan demokrasi ala Malaysia .



    Rumusannya apabila ianya datang daripada UMNO memang bukan untuk memperjuangkan Hak Bangsa,Agama,Tanah,Ketuanan Malayu,Ekonomi(DEB),Kebebasan Badan Kehakiman dan sebagainya adalah pembohongan semata-mata.Tetapi perjuangan mereka adalah untuk memenuhkan kocek dan mengkayakan puak-puak mereka sahaja.