VK Lingam Mula Bersuara...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/21/2008 08:48:00 PM | 0 Pandangan »

VK Lingam beri keterangan - Malaysiakini
Jan 21, 08 1:01pm


Peguam Datuk VK Lingam - orang yang menjadi fokus utama dalam klip video Lingam - dipanggil memberi keterangan mulai jam 12.30 tengahari tadi kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat video tersebut.
Lingam - saksi ke-13 - dirakamkan dalam video tersebut, sedang berbual melalui telefon tujuh tahun yang lalu, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Menurut Lingam, beliau menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu, di Internet ketika beliau berada di luar negara.
Peguam tersebut memberitahu suruhanjaya berkenaan bahawa beliau kenal ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lingam berkata, firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991.

Lingam juga berkata, beliau mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi pengarah eksekutif Kumpulan Berjaya .
Bagaimanapun, katanya, Loh Mui Fah - ahli peniagaan yang anaknya merakam video tersebut ketika makan malam tujuh tahun lalu - tidak pernah menjadi pelanggannya.
“Beliau tidak pernah menjadi pelanggan saya. Saya boleh buktikannya. Tetapi bapanya pernah menjadi pelanggan saya. Seingat saya, saya tidak pernah ada urusan guaman dengan beliau atau pernah menjadi peguamnya," katanya.
Lingam kemudiannya ditunjukkan klip video penuh tersebut.

Lingam: Bukan Ahmad Fairuz
Bila ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".
Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin Hassan kemudiannya mengingatkan Lingam bahawa saksi-saksi sebelumnya telah memberi keterangan bahawa beliau adalah orang dalam video tersebut.
"Tidak kisah apa orang lain kata, jawapan saya tetap sama - Nampak macam saya, bunyi macam saya," kata Lingam.
Beliau berkata, beliau tidak akan mengatakan lebih daripada itu, sehinggalah klip video asal dikemukakan.
"Saya telah menemui pakar-pakar saya, dan satu-satunya cara untuk menentukan kebenarannya ialah dengan memeriksa alat yang digunakan untuk mengambil video tersebut dan klip video asal," katanya.

Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz - yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara dan bersara dua bulan yang lalu - adalah orang yang berbual dengannya.

“Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tapi pastinya bukan dengan Ahmad Fairuz kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak ada nombor telefon saya," katanya.
Prosiding suruhanjaya tersebut ditangguhkan kira-kira jam 1 tengahari dan akan disambung selepas makan tengahari.
-----------------------------------------------------------
Lingam: Kawan kata dia suka cakap mengarut bila minum - malaysiakini
Jan 21, 08 6:56pm
"Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain," kata peguam Datuk VK Lingam hari ini, mengakui yang beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.
Lingam, 57, berkata dengan melihat kepada paparan dalam klip video itu, jelas kelihatan botol wain, wiski, brandi dan minuman ringan 7-Up di atas meja, dan menambah kelihatan seperti parti sedang diadakan dan juga sesi minum-minum.

"Saya mungkin minum terlalu banyak (minuman keras)," kata Lingam kepada suruhanjaya siasatan diraja.
Menurut laporan Bernama, beliau juga memberitahu suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video itu bahawa dengan melihat rakaman klip video itu, kelihatan "terdapat agak banyak minuman keras" kerana terdapat dua botol wain, sebotol wiski dan beberapa botol minuman keras (lain).

"Biasanya, saya boleh minum sehingga dua setengah gelas wain. Kemudian saya akan rasa pening dan mabuk," katanya
Lingam berkata beliau tidak pergi ke pub. "Jika saya mahu minum, saya minum di rumah, jika saya menghadiri sesuatu majlis, saya tidak minum banyak," kata Lingam.
--------------------------------------------------------------
Lingam: Kawan kata dia suka cakap mengarut bila minum - Malaysiakini
Jan 21, 08 6:56pm

"Kawan-kawan saya memberitahu yang saya suka cakap benda-benda yang mengarut semasa saya minum wain," kata peguam Datuk VK Lingam hari ini, mengakui yang beliau tidak ingat akan kejadian yang dipaparkan dalam klip video kontroversi yang kononnya beliau didakwa mengaturkan pelantikan hakim-hakim melalui telefon.

Lingam, 57, berkata dengan melihat kepada paparan dalam klip video itu, jelas kelihatan botol wain, wiski, brandi dan minuman ringan 7-Up di atas meja, dan menambah kelihatan seperti parti sedang diadakan dan juga sesi minum-minum.

"Saya mungkin minum terlalu banyak (minuman keras)," kata Lingam kepada suruhanjaya siasatan diraja.

Menurut laporan Bernama, beliau juga memberitahu suruhanjaya siasatan diraja mengenai klip video itu bahawa dengan melihat rakaman klip video itu, kelihatan "terdapat agak banyak minuman keras" kerana terdapat dua botol wain, sebotol wiski dan beberapa botol minuman keras (lain).

"Biasanya, saya boleh minum sehingga dua setengah gelas wain. Kemudian saya akan rasa pening dan mabuk," katanya.Lingam berkata beliau tidak pergi ke pub.
"Jika saya mahu minum, saya minum di rumah, jika saya menghadiri sesuatu majlis, saya tidak minum banyak," kata Lingam.
----------------------------------------------------------------
Lingam mahu buang keterangan percutian ke NZ
Chua Sue-Ann Jan 21, 08 6:22pm
Peguam Datuk VK Lingam mahu mengeluarkan semua keterangan yang dikemukakan kepada suruhanjaya siasatan dirja berhubung percutiannya ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin.

Peguamnya, R Thayalan memberitahu suruhanjaya tersebut hari ini bahawa keterangan berhubung percutian tersebut tidak relevan dalam skop siasatan yang dijalankan terhadap klip video Lingam.

Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohamed Noor berkata, pihaknya perlu memikirkan permintaan tersebut sambil mengalu-alukan hujah dari peguam Majlis Peguam dan peguam-peguam pemerhati yang lain.

Berikutan itu, prosiding suruhanjaya itu esok akan hanya bermula jam jam 2.30 petang untuk mendengar hujah-hujah mengapa keterangan mengenai percutian itu perlu dikekalkan.
Ia juga bertujuan untuk masa bagi memberi masa kepada para peguam menyediakan hujah masing-masing.
Minggu lalu, Eusoff menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.
Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana.

Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama - mencerminkan hubungan rapat antara mereka.

----------------------------------------------------------
Lingam akui ada kaitan dengan Tengku Adnan dan Vincent Tan - Harakahdaily
Wan Nordin Wan Yaacob Mon Jan 21, 08 6:56:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Peguam terkenal, Dato' VK Lingam yang dipanggil memberi keterangan mulai jam 12.30 tengahari tadi kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat video tersebut mengakui mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor.

Saksi ke-13 kepada Suruhanjaya Diraja menyiasat 'Pita Lingam' sebelum ini dikaitkan sebagai orang yang berbual melalui telefon dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai percaturan kedudukan hakim-hakim kanan.

Lingam mengaku menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu.

Beliau juga mengaku kenal dengan Vincent Tan dan Tengku Adnan meskipun sebelum ini Tengku Adnan menyifatkan lelaki itu mabuk.

Firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991, katanya.

Lingam juga berkata, beliau mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya .

Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".

Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya.

"Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tapi pastinya bukan dengan Ahmad Fairuz kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak ada nombor telefon saya," katanya.

Sementara itu dalam keterangannya petang tadi, Lingam mahu mengeluarkan semua keterangan yang dikemukakan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung percutiannya ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin.

Peguamnya, R Thayalan memberitahu suruhanjaya tersebut hari ini bahawa keterangan berhubung percutian tersebut tidak relevan dalam skop siasatan yang dijalankan terhadap klip video Lingam.

Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohamed Noor berkata, pihaknya perlu memikirkan permintaan tersebut sambil mengalu-alukan hujah dari peguam Majlis Peguam dan peguam-peguam pemerhati yang lain.

Berikutan itu, prosiding suruhanjaya itu esok akan hanya bermula jam jam 2.30 petang untuk mendengar hujah-hujah mengapa keterangan mengenai percutian itu perlu dikekalkan.

Ia juga bertujuan untuk memberi masa kepada para peguam menyediakan hujah masing-masing.

Minggu lalu, Eusoff menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.

Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana.

Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama mencerminkan hubungan rapat antara mereka. - mks.

0 Pandangan