Permit Herald : Apa Komen Johari Baharum?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 12/31/2007 12:00:00 PM | 0 Pandangan »

Permit Herald diperbaharui tanpa syarat - Malaysiakini
Dec 30, 07 9:57pm


Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) telah membenarkan akhbar mingguan Katholik - Herald - terus diterbitkan tanpa sebarang syarat.Sebelum ini, KDN telah memberi amaran untuk membatalkan permit penerbitan Herald berhubung isu penggunaan perkataan 'Allah' bagi terjemahan perkataan 'God' oleh akhbar berkenaan dalam seksyen Bahasa Malaysia (BM).

Setiausaha Persidangan Bishop Katholik, Augustine Julian berkata Herald telah mendapat permit baru untuk meneruskan penerbitannya dan terus menggunakan perkataan 'Allah' untuk merujuk kepada 'God' dalam seksyen BM akhbar berkenaan.

"Surat untuk membenarkan Herald diterbitkan telah dihantar dengan tangan oleh pegawai KDN pada hari Ahad."Mereka membenarkan kita menerbitkannya seperti biasa, termasuk semua empat seksyen dalam bahasa Inggeris, BM, Tamil dan Cina. Saya rasa jika mereka memberi kita permit penerbitan, maka kita boleh terus mengguna perkataan 'Allah'," katanya.

Julian berkata tiada sebab diberikan bagi pelanjutan permit tetapi menurutnya ia mungkin kerana kerajaan tidak mahu meminggirkan kira-kira dua juta penganut Kristian menjelang pilihanraya umum yang akan datang.akhbar bersaiz tabloid itu - dengan pengedaran berjumlah 12,000 nashkah - dibaca oleh 850,000 penganut Katholik di negara ini dan diterbitkan bahasa Inggeris, BM, Tamil dan Cina.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri,Datuk Johari Baharum sebelum ini memberi amaran bahawa permit penerbitan Herald, yang akan tamat esok, tidak akan diperbaharui jika ia masuk menggunakan perkataan 'Allah', yang menurutnya hanya boleh digunakan oleh Islam sahaja.

0 Pandangan