Ihya' Ramadhan bersama Imam Muda Negara China

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/07/2007 01:09:00 AM | 0 Pandangan »



Lajnah Perpaduan Nasional DPPNJ terus berperanan bagi mendekati kaum bukan melayu di Johor. Terbaru Lajnah Perpaduan Nasional DPPNJ telah mengadakan program Ihya' Ramadhan bersama Imam Muda daripada negara China.

Paling utama, DPPNJ ingin mendengar sendiri bagaimana kaedah dan pendekatan yang perlu dilaksanakan untuk mendekati kaum bukan Melayu di Johor khususnya.

Imam-iman muda tersebut telah berkongsi pandangan dan idea yang sangat diperlukan oleh kami.

Tahniah kepada lajnah LPN DPPNJ. Teruskan usaha yang murni ini.

Untuk maklumat lanjut, klik http://hanfeitsu.blogspot.com/







BERSAMA DEWAN MUSLIMAT PAS JOHOR

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/06/2007 09:36:00 PM | 0 Pandangan »

Pada 6 Oktober 2007, Dewan Muslimat PAS Johor (DMPNJ) telah mengadakan lawatan kerja ke Kawasan Kluang untuk aktiviti bantuan sumbangan Idil Fitri kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan DUN Mahkota, Kluang.
Ketua DMPNJ, Hajah Atiah Binti Ahmad (Kak Atiah) telah turun bersama sebahagian besar jawatankuasa DMPNJ.
Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama PAS Kawasan Kluang dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang.
Saya mewakili Jawatankuasa PAS Kawasan Kluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada DMPNJ dan semua yang terbabit dalam program hari ini.



Serak Memo Pemuda BA

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/06/2007 09:24:00 PM | 0 Pandangan »


Hidupkan 10 Malam Terakhir...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/03/2007 05:53:00 AM | 0 Pandangan »

Rakaman Penyerahan Memorandum Pemuda BA

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/02/2007 04:17:00 PM | 0 Pandangan »

Pemuda BA serah memorandum kutuk kekejaman junta

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/02/2007 04:11:00 PM | 0 Pandangan »


Nyza Ayob Tue Oct 02, 07 3:18:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Sungguhpun dihalang oleh kira-kira 50 orang anggota polis termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Pemuda Barisan Alternatif (BA) berjaya menyerahkan Memorandum Bantahan Terhadap Regim Junta di pekarangan Kedutaan Myanmar hari ini.

Memorandum yang disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin itu diterima oleh Kaunselor Menteri, Kedutaan Myanmar, Win Myint di pekarangan kedutaan disaksikan oleh anggota polis yang kelihatan cuba mengawal keadaan.

Turut serta dalam penyerahan memorandum tersebut ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua.

Antara lain memorandum tersebut menyatakan Pemuda BA mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan oleh junta Myanmar di atas serangan terhadap peserta demonstrasi pada minggu lepas yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

Mereka juga mendesak junta supaya mengembalikan Myanmar ke arah negara yang lebih demokratik melalui proses pilihan raya yang bersih dan adil, bagi membolehkan rakyat negara itu menentukan kerajaan mereka.
Di samping itu, kerajaan junta didesak agar membebaskan Aung San Su Kyi yang cuba membawa perubahan dan proses demokrasi di Myanmar.

Selain itu, memorandum tersebut menyatakan Asean sepatutnya mengambil peduli cadangan yang pernah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1997 yang mendesak ASEAN campur tangan dalam isu ini. Jika cadangannya diterima dan disokong oleh anggota yang lain seperti Thailand dan Filipina, pasti banyak nyawa boleh diselamatkan.

Dalam pada itu, Pemuda BA turut menekankan agar Menteri Luar, Dato' Syed Hamid Albar supaya menyingkirkan Myanmar daripada Asean sekiranya kerajaan junta masih berdegil dan bertindak kejam.

"Kami juga mengharapkan agar isu di Myanmar ini akan menjadi isu utama yang akan dibincangkan dalam Persidangan Asean yang dijadualkan berlangsung di Singapura, November ini.

"Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mendesak sayap pemuda dalam Asean agar memberi tekanan kepada kerajaan mereka untuk menyingkirkan Myanmar dalam Asean," kata Salahuddin.

Sehubungan itu, Salahuddin menyatakan, memorandum bantahan itu juga akan diserahkan kepada sekretariat Asean di Jakarta. Salahuddin juga akan mengemukakan usul mengenai isu tersebut agar dibahaskan di sidang Dewan Rakyat pada 22 Oktober akan datang. - mks.

Surat Layang Sempena Himpunan Pemuda PAS Johor

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/01/2007 10:30:00 AM | 0 Pandangan »

Surat layang ini telah disebarkan kepada penduduk di DUN Sungai Balang sempena Himpunan Pemuda PAS Johor baru-baru ini. Sila klik gambar untuk membaca surat tersebut.
----------------------------------------
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah dimaklumkan oleh Pemuda PAS Muar bagaimana tindakan pihak tertentu yang cuba menghasut penduduk di dalam Dun Sungai Balang supaya tidak menerima apa-apa sumbangan daripada PAS kawasan Muar yang dikatakan hanya memberikan sumbangan setahun sekali berbanding dengan kerajaan pimpinan UMNO.
Surat yang ditujukan khas kepada seluruh penduduk Sungai Balang ini telah diserahkan oleh salah seorang penduduk yang mendakwa menerima surat tersebut dan difahamkan telah disebarkan ke serata tempat untuk menanamkan rasa kebencian kepada PAS.
Di dalam surat ini juga telah dinyatakan bahawa PAS juga akan mengadakan ceramah pada sebelah malam 29 September 2007 dengan membariskan penceramah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Azman Shafawi.
Surat layang ini telah melarang penduduk Sungai Balang daripada mendengar ceramah tersebut kerana "biasanya orang yang pernah mendengar ceramah PAS akan merasa seronok untuk mendengarnya lagi. Sah, mereka ini memang pakai SYAITAN dan IBLIS untuk pukau para pendengar."
DPPNJ melihat bahawa tindakan menyebarkan surat layang ini menunjukkan bahawa UMNO semakin tertekan untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat khususnya di kalangan orang melayu yang semakin meragui kemampuan UMNO untuk membela nasib mereka.
Dengan pelbagai isu yang sedang melanda rakyat pada hari ini seperti kenaikan harga barang yang melampau tanpa dapat dikawal oleh kerajaan, kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi, isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang bakal meragut hak dan kedaulatan rakyat khususnya orang-orang melayu di Johor dan isu kehakiman yang semakin diragui kebebasannya telah menyebabkan rakyat semakin terhimpit.
DPPNJ yakin dan percaya usaha yang telah dilakukan oleh PAS di semua peringkat telah semakin diperakui oleh rakyat secara umumnya.
Semoga rakyat tidak akan selama-lamanya diperbodohkan oleh kerajaan pimpinan UMNO/BN selama-lamanya. Rakyat semakin peka dengan perkembangan yang berlaku terhadap mereka dan rakyat jugalah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi pilihan mereka sebagai kerajaan pada pilihanraya umum yang akan datang.
Penyebaran surat layang seperti ini tidak akan dapat membantutkan usaha DPPNJ terhadap kerja kebajikan dan penerangan malah DPPNJ akan terus melipatgandakan usaha seperti ini pada masa akan datang.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

KETUA PEMUDA PAS SRI GADING TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 10/01/2007 10:09:00 AM | 2 Pandangan »

Keadaan kereta yang melanggar kereta sahabat pemuda PAS Sri Gading. Pemandunya telah 'cabut lari' meninggalkan tempat kejadian tersebut.
Kereta sahabat pemuda PAS Sri Gading yang terhumban kedalam parit berdekatan.

Salah seorang pemuda yang cedera dalam kemalangan tersebut.
---------------------------------

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading, sdr Jamaludin Bin Husin bersama dua orang lagi pemuda PAS kawasan yang sama telah terlibat dalam kemalangan sejurus selepas penutupan program Himpunan Pemuda PAS Johor di Parit Pechah Muar.
Alhamdulillah, mereka hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. DPPNJ mendoakan ketiga-tiga mereka akan cepat pulih.