JAMBATAN BARU : KRONISMA DAN TIDAK TAHU ADAB

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/07/2007 10:47:00 AM | 0 Pandangan »







Oleh Husam Musa

Berita Harian, Rabu, menyelak sedikit tentang apa agenda di belakang projek pembangunan di Kelantan ( dan juga di Malaysia).

Redland laksana projek RM1.3bOleh Ismail MatKerajaan Pusat beri tender maju pelbagai infrastruktur awam di KelantanKUMPULAN Syarikat Redland diberi tanggungjawab melaksanakan pelbagai projek Kerajaan Pusat dan agensinya bernilai kira-kira RM1.3 bilion di Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Ismail Saari, berkata antara projek yang diperoleh secara rundingan terus dan tender terpilih itu termasuk pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya Petra bernilai RM151 juta dan Jalan Simpang Pulai-Gua Musang-Kuala Berang sejauh 230 kilometer bernilai RM230 juta.

Jambatan Ibrahim Ali merentasi sungai Kelantan di Tendong dengan empat laluan, kosnya RM 90 juta. Jambatan dua laluan sebagai tambahan dua laluan sedia ada, kosnya RM 151 juta?Dan ia diperolehi melalui runding terus.

PM dulu kata semua projek di bawah RMK 9 diberi tender? Itu harga permulaan. Kosnya mungkin meningkat.

Lama sebelum batu asas laluan tambahan ini dilakukan oleh PM baru-baru ini, desas desus telah lama bertiup di negeri ini tentang cerita di belakang projek jambatan ini.

Saya hanya kata desas desus. Saya tak tau ia benar atau tidak. Terpulang kepada Kerajaan menyiasat.Saya sampaikan desas desus itu.

Projek ini telah diberikan award kepada Ketua Pemuda Kota Bharu, melalui campurtangan Khairy. Ia kemudian dijual kepada Redland dengan keuntungan dan sumbangan tertentu kepada Ketua Pemuda Kota Bharu, UMNO Negeri dan kepada juru campur yang sememangnya berkuasa.

Saya tak boleh pastikan sejauh mana cerita ini tidak benar.Tetapi itulah akibatnya bila projek ini diberikan secara runding terus.Rakyat ingin tahu, adakah cerita komisyen berpuluh juta ringgit setiap satu kepada tiga peringkat berkenaan betul atau tidak.


Kedua, apakah kos jambatan RM 151 juta itu adalah kos yang wajar atau sudah dimasuk kira kos-kos yang lain? Tidakkah kosnya akan meningkat lagi pada masa depan kerana cara runding terus projek ini diberikan?

Ketiga, di mana janji PM untuk memberikan projek RMK 9 secara tender?

Ke empat, jika dilakukan secara tender, kosnya akan menjadi lebih rendah? Mengapa pula tidak di tender?Sudah tentu rakyat Kelantan seperti rakyat negeri lain juga, mahukan kemudahan seperti itu.Tetapi amalan kronisma yang datang bersamanya harus dibenteraskan.

Itu tugas rakyat Malaysia seluruhnya.

LANCAR JAMBATAN KONKRIT, PUTUS JAMBATAN KASIH

PM berada di Kelantan selama dua hari dengan pelbagai acara 'besar'.Pagi Khamis, acara perletakan batu asas Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, setengah kilometer dari Kota Darulnaim, Pejabat MB Kelantan.

Sayang, PM tidak sudi menyambung jambatan kasih. Tuan rumah tidak dijemput. Pak Lah masuk Kelantan tanpa salam, tanpa jenguk muka bertanya khabar. Melangkah masuk ke tengah laman tanpa susila Melayu turun temurun, tidak terlintas untuk menghormati tuan rumah.

Apa status sekalipun si tuan rumah, salam sepatah tanda berbudi.Mungkin Pak Lah merasa UMNO sudah terlalu kuat. Sapa menyapa membuang masa. Tuan rumah boleh dinyahkan bila-bila masa dengan 'power' yang UMNO ada.

Khemah besar lagi panjang di tapak projek pagi itu diberitakan kosong. (Lihat foto di Harakahdaily) Puas diseru orang ramai memenuhi khemah, khemah tak terpenuhkan.

Rakyat Kelantan sudah tentu mahukan jambatan. Tetapi jambatan per se adalah perkara biasa yang tak perlu dikerumuni. Ia akan siap jika Kerajaan Pusat ada wang dan kemahuan. Itu acara biasa yang tak perlu kepada keriuhan.

Yang boleh meriuhkan ialah bila Perdana Menteri bertemu dengan tokoh ulama' di atas kepala jambatan. Seperti apa Tun Dr. M lakukan sedikit masa lalu. Jambatan Pasir Mas dirasmikan oleh Tun M sebagai PM pada waktu itu. Sebuah sofa untuk Tok Guru Nik Aziz disediakan bersebelahan beliau. Rakyat berderu keluar kerana ia boleh dianggap menarik.

Jambatan konkrit itu tidak carik kerana kehadhiran Tok Guru.Event Khamis lepas tak ada tarikan itu.

Tun M nampaknya lebih cekap menghitung mood rakyat Kelantan.

Pertama teluk kedua pantai
Ketiga dengan jamban di hulu
Pertama elok kedua pandai
Ketiga baik perangai penghulu


Anak Cina ketimbang madat
Dari Melaka berakit ke Deli
Hidup ketua biar beradat
Budi bahasa tak dijual beli

Baik baik mengail tenggiri
Jangan terkena jambatan larang
baik baik menyombong diri
jangan sampai tak disukai Tuhan

Adat Melayu menyambut tetamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Tetamu datang tak sudi bertemu
Usahkan salam sapa pun tak mau

Yang berdiri berikan salam pada yang duduk
Yang seorang berikan salam pada yang ramai
Yang datang berikan salam pada yang menunggu

6 remaja langgar, rogol direman 6 hari

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/06/2007 02:46:00 PM | 0 Pandangan »


JOHOR BAHRU: Enam remaja termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang merogol wanita berusia 30 tahun secara bergilir-gilir berulang kali, selepas melanggar dan ‘menculik’ mangsa selama sembilan jam, ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan polis.

Semalam, Mahkamah Majistret di sini, membenarkan polis menahan reman enam remaja lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun itu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Majistret, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis menahan remaja yang tidak bersekolah itu selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan perintah itu dikeluarkan di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Che Yussof Che Ngah, berkata semua remaja yang mempunyai rekod juvana itu ditahan di rumah masing-masing, kelmarin, beberapa jam selepas melakukan perbuatan terkutuk itu di satu lokasi di Pasir Gudang, dekat sini, Jumaat lalu.
Menurutnya, atas maklumat orang ramai semua remaja terbabit berjaya ditahan di kawasan perumahan di Taman Kota Masai, Masai, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanapun, Che Yussof enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 365 dan 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik dan merogol.

Harian Metro difahamkan, semua suspek tinggal bersama keluarga masing-masing di kawasan perumahan berkenaan.

Salah seorang daripada enam remaja itu dipercayai bekerja dengan syarikat pembekal gas memasak dan menggunakan lori majikannya dalam kejadian berkenaan.

ANDAINYA MANGSA INI ADALAH ADIK KITA, ANAK KITA, SAUDARA KITA...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/05/2007 02:34:00 AM | 1 Pandangan »

Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk “9 pelajar menangis minta maaf”. Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini.
Dilaporkan bahawa Sembilan pelajar yang terlibat dalam ‘keganasan’ ini telah memohon maaf sambil menitis air mata keinsafan sebaik mengulurkan sepuluh jari kepada mangsa.
Saya masih termangu, buntu dan keliru dengan kejadian ini. Sukar untuk menerima realiti yang telahpun tercatat dalam lipatan sejarah. Begini teruk sekali keruntuhan moral, adab dan maruah anak-anak bangsa pada hari ini.
Tunggu ulasan saya nanti...

MASYARAKAT SEMAKIN GILA!!!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/05/2007 01:27:00 AM | 0 Pandangan »


Menitis air mata bila membaca berita berkaitan empat remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun serta seorang budak berusia 12 TAHUN hari ini ditahan polis kerana dipercayai merogol secara bergilir-gilir seorang wanita berusia 30 tahun semalam. (Budak, 12, anggota geng remaja rogol wanita 30 tahun, The Star online, 4 Ogos 2007)

Ia bukan berlaku di New York, bukan juga di Manhattan atau di Carlifornia tetapi berlaku di negeri JOHOR.
Mengikut laporan berita ini, kelima-lima suspek dan seorang lagi rakan mereka yang menaiki sebuah lori dikatakan telah menghimpit motosikal yang dinaiki wanita itu dan rakannya berusia 24 tahun, yang dalam perjalanan dari Taman Nusa Damai ke Pasir Gudang, kira-kira pukul 11.40 malam.

Apabila motosikal itu jatuh, mangsa dilarikan ke satu lokasi oleh kumpulan enam lelaki itu sebelum dirogol beramai-ramai.

Peristiwa hitam ini sudah tentu mendatangkan trauma terhadap mangsa rogol ini. Saya melahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan mendoakan beliau akan terus tabah menghadapi ujian kehidupan. Pastinya, mangsa yang tidak bersalah ini sudah tentu mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih.

Saya akan mengulas berita ini dalam ceramah umum bertemakan isu jenayah dan keselamatan di Johor anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) serta melancarkan Kempen Kesedaran berkaitan dengan Jenayah di Johor pada hari ini (5 Ogos 2007) di Taman Kota Masai, Parlimen Tebrau. Kempen ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain di dalam daerah Johor Bahru pada masa akan datang.

Rakyat Johor perlu bangun untuk mencegah jenayah!!!

KONVENSYEN PILIHANRAYA PAS JOHOR

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/02/2007 01:17:00 PM | 0 Pandangan »

Lebih seribu sertai Himpunan Petugas Pilihan Raya Johor
Salman Hussin
Thu Aug 02, 07 11:09:21 AM
BATU PAHAT, 2 Ogos (Hrkh) – Sebagai persiapan menghadapi Pilihan raya Umum Ke-12, PAS Johor telah mengadakan Himpunan Petugas Pilihan Raya baru-baru ini yang bertujuan menyatakan kesediaan PAS menghadapi pilihan raya ini.

Lebih seribu ahli PAS dari seluruh negeri ini menghadiri himpunan ini. Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, telah merasmikan himpunan ini, manakala majlis penutup pula disempurnakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, telah menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta himpunan ini.

Hadir sama pada himpunan ini, Adun Senggarang, Dr Mohd Ramli Md Kari, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifly Ahmad, Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Atiah Ahmad.

Semasa berucap merasmikan himpunan ini Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, menggesa semua kegiatan parti di semua peringkat ditangguhkan dahulu sebaliknya tumpuan khusus mesti diberikan kepada gerak kerja pilihan raya sahaja.

“Semua program parti selain gerak kerja pilihan raya hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu ini, tumpuan khusus mestilah diberikan kepada kerja-kerja pilihan raya, ini kerana bahang pilihan raya umum ke-12 sudah begitu terasa dan berkemungkinan besar ia akan diadakan dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Bagaimanapun beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian Kelantan, berkata, tidak kira sama ada pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat ini atau tidak, namun semua yang terlibat harus sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kebarangkalian ini.

“Kita tidak mahu apabila berlaku pilihan raya secara mengejut, persiapan kita masih di tahap yang rendah, ini sudah tentu akan menyukarkan gerka kerja selanjutnya, selain turut memberi kesan kepada PAS untuk mencapai kemenangan," tambahnya.

Justeru katanya, persiapan yang dilakukan lebih awal adalah langkah yang terbaik, di samping itu setiap petugas pilihan raya PAS juga perlu meningkatkan komitmen mereka dan menjadikan agenda pilihan raya ini sebagai suatu keutamaan.

“Semuga dengan persiapan yang kita bina sekian lama ini mampu menghadapi musuh dengan kekuatan semaksimum mungkin, namun begitu semua usaha dan ikhtiar ini kita sandarkan kepada kekuasaan dan pertolongan Allah s.w.t.," katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, semasa berucap pada majlis yang sama berkata, segala gerak kerja pilihan raya ini tidak sama dengan kerja-kerja lain yang kita lakukan.

“Tidak dinafikan kerja-kerja lain yang kita lakukan untuk kepentingan hidup kita, keluarga dan masyarakat juga penting dan mendapat ganjaran pahala jika dilakukan kerana Allah semata-mata tetapi kerja-kerja pilihan raya ini mempunyai roh dan semangat yang berbeza.

“Ini kerana kerja-kerja pilihan raya ini mempunyai matlamat yang sangat besar yang melebihi kepentingan lain dalam kehidupan kita, matlamat tersebut adalah untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

"Tanpa kita sudah tentu Islam tidak akan dapat direalisasikan di negara ini, sebab itu peranan kita sebagai petugas pilihan raya ini amat besar dan sangat penting, ia bukan satu tugas yang boleh diambil ringan oleh setiap pejuang Islam.

“Komitmen serta keikhlasan kita dalam kerja-kerja pilihan raya ini bukan sekadar untuk menang semata-mata sebaliknya lebih jauh lagi gerak kerja yang kita lakukan ini akan menentukan nasib dan masa depan Islam, bangsa dan rakyat negara ini," katanya.

Sebab itu katanya, kerja-kerja pilihan raya ini perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh, ini kerana setiap kerja yang ada hubungan dengan Allah s.w.t mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, apatah lagi kerja yang dilakukan ini untuk menyempurnakan satu tugas yang sangat besar iaitu mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini, maka sudah tentulah ia tidak boleh sama sekali dilakukan secara sambil lewa atau secara suka-suka sahaja.

“Oleh kerana itu perlu ada dalam pemikiran setiap kita tanggapan bahawa parlimen akan dibubarkan esok, walaupun tidak mungkin ianya akan berlaku tetapi ini bertujuan untuk menimbulkan rangsangan dalam diri kita betapa perlunya kerja-kerja pilihanraya ini perlu segera dilakukan tanpa bertangguh-tangguh lagi," jelasnya lagi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Anggota Parlimen Pokok Sena Kedah, mengajak setiap petugas pilihan raya memulakan segala gerak kerja mulai sekarang.

“Jangan tunggu sehingga parlimen dibubarkan baru kerja-kerja pilihan raya ini dimulakan, ini suatu amalan serta sikap yang tidak sepatutnya ada pada diri setiap pejuang Islam, sebaliknya kita semua perlu bersiap-sedia lebih awal supaya dengan ini penyertaan kita dalam pilihanraya nanti akan lebih berkesan selain peluang lebih besar untuk mencapai kemenangan," ujar beliau lagi. - mns

ANAK-ANAK KITA HARI INI...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/02/2007 11:43:00 AM | 0 Pandangan »

Anak-anak kita hari ini : gambar hiasan


Belasah, bogel, rakam aksi lucah - BN hidangkan generasi rosak akhlak untuk pimpin negara?



Azamin Amin Thu Aug 02, 07 11:21:07 AM



KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Kronik dan parah! Jijik lagi mengaibkan! Begitulah proses pendidikan di sekolah yang semakin gagal menuju ke arah kerosakan dan kehancuran moral dan akhlak para remaja sekolah.

Terkini, dilaporkan kes Sembilan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah dekat Rompin, didakwa bertindak ala Mafia dengan membelasah dan merakam gambar bogel seorang rakan mereka menggunakan telefon bimbit.

Malah sebelum itu kes-kes pukul, cekik, cabul yang melibatkan guru dan pelajar sekolah mewarnai isu-isu utama yang menyebabkan semakin hari rakyat khususnya ibu bapa merasa semakin gusar dan hilang kepercayaan terhadap proses dan sistem pendidikan yang dilihat menemui kepincangan.


Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh berkata, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan keputusan sijil menyebabkan perkara utama dari sudut pengisian jiwa dan rohani diabaikan, perlu dititik beratkan oleh semua pihak khususnya Kementerian Pendidikan.


"Falsafah negara dilihat begitu cantik namun pelaksanaannya menuju ke arah kegagalan hingga menghasilkan kes-kes yang kronik seumpama ini," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily.net.


"Perlu ada reformasi segera dalam sistem pendidikan negara dan kementerian mesti beramanah dan adil untuk melakukan perubahan bukannya atas nama politik semata-mata," katanya.


Katanya, lagi dari segi Islam, pihak yang mempunyai kuasa seperti Menteri Pendidikan, pihak Polis dan ibu bapa perlu mengembeng tenaga dan bersungguh-sungguh untuk membanteras dan mencegah kemungkaran yang semakin mewabak di kalangan remaja sekolah ini.


Katanya, hadis Nabi menyarankan bahawa individu atau sesiapa yang mampu mencegah sesuatu perbuatan mungkar seperti jenayah itu mestilah bertindak segera dan lazimnya kemampuan itu katanya ada pada pihak yang mempunyai kuasa.


"Jangan sekadar penuh dengan gagasan, dasar dan slogan untuk menydapkan hati rakyat atau ibu bapa, tetapi perlaksanan dan tindakan susulan adalah pada tahap yang sangat lemah," katanya, sambil membidas kerajaan Barisan Nasional.


Katanya, kes-kes seumpama itu merupakan kes terpencil yang dilaporkan yang perlu diberi perhatian serius kerana ianya mencerminkan sistem pendidikan secara keseluruhan yang dilihat semakin gagal.


"Itu kes yang dilaporkan dan saya percaya masih banyak lagi yang disembunyikan dan secara purata semua sekolah di negara ini mempunyai masalah-masalah kronik yang hampir serupa," katanya


Beliau yang juga merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah dekat sini, turut menyenaraikan beberapa kajian rambang yang menzahirkan sikap remaja sekolah sekrang yang ada antaranya sudah meningkat dewasa tidak mengenal al-Quran dan tidak pernah mengerjakan solat.


"Asas benteng dan pelindung kepada perbuatan mungkar ialah solat dan ini perkara yang diabaikan rama remaja sekolah yang perlu ditekankan oleh guru kepada anak muridnya," katanya


Beliau menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Polis menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas, kerana perbuatan ganas, biadap dan melampau ini, mencemarkan imej institusi pendidikan negara ini.


"Utamakan pendidikan agama dan pembangunan rohani pelajar adalah jalan terbaik kepada punca masalah ini dan jangan dikesampingkan begitu sahaja kerana hasilnya akan lebih parah lagi," katanya.


"Kita tidak mahu negara ini diwarisi generasi yang rosak yang kelak dipimpin oleh mereka. Kita mahu yang berakal, berdisiplin dan sensitif terhadap masa depan mereka dan negara," katanya.


Beliau juga membidas kerajaan BN yang kelihatan sengaja membiarkan generasi rosak akhlak berleluasa dalam negara bagi kepentingan politik mereka semata-mata. - mr

APA NAK JADI NI?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/02/2007 10:44:00 AM | 0 Pandangan »


5 pelajar rela tubuh ‘diratah’
Oleh Hayati
Ibrahimya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Lima pelajar perempuan sanggup menjadi mangsa ratahan seks tiga kumpulan pelajar lelaki yang menggelar kumpulan mereka sebagai `Geng Apache’, ‘Pangkah Shell’ dan ‘Budak Shell’.

Pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun yang belajar di tiga sekolah menengah di sini, adalah antara pelajar yang menjadi kegemaran pelajar daripada tiga kumpulan itu.

Ini disebabkan, pelajar perempuan terbabit lebih mudah ‘diratah’ tubuh mereka berbanding pelajar perempuan lain kerana begitu ketagih dengan seks.

Sumber memberitahu Harian Metro, mereka melakukan seks atas kerelaan masing-masing dan bukannya dipaksa pelajar lelaki terbabit.

Lebih membimbangkan, menurut sumber itu, kegiatan seks itu dilakukan di rumah pelajar perempuan atau lelaki itu sendiri apabila ibu bapa masing-masing keluar bekerja.

“Pelajar ini juga bertindak berani menggunakan rumah mereka untuk melakukan hubungan seks selepas tamat sesi persekolahan iaitu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah,” kata sumber itu.

Menurutnya, kegiatan seks yang dipercayai berlangsung sejak beberapa bulan lalu, terbongkar selepas sekumpulan 25 pelajar lelaki ditahan di dua rumah di Presint 9 dan 11 dekat sini, berikutan kesalahan menghisap rokok dan menghidu gam.

“Selepas disoal siasat sebahagian daripada 25 pelajar lelaki berkenaan mengakui kelima-lima pelajar perempuan itu antara pelajar yang menjadi pilihan ahli kumpulan untuk melakukan hubungan seks.

“Mereka mengakui melakukan kesalahan berkenaan, termasuk menghisap rokok, menghidu gam dan melakukan hubungan seks bebas dengan lima pelajar perempuan terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, pelajar itu mengakui kegiatan mereka tidak dapat langsung dihidu ibu bapa masing-masing kerana bijak menyembunyikannya.

“Apabila bersama ibu bapa masing-masing, mereka akan berbuat seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sebaik saja ibu bapa mereka bekerja, kumpulan pelajar lelaki ini akan berkumpul dan mencari mangsa habuan seks dengan lima pelajar perempuan ini menjadi pilihan utama,” katanya.

Sumber itu berkata, hingga kini, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap kegiatan tidak bermoral itu kerana kemungkinan tiada sebarang laporan polis mengenainya dibuat setakat ini.

Beliau menggesa ibu bapa yang mempunyai anak remaja supaya memantau pergerakan anak, terutama ketika keluar bekerja kerana kemungkinan mereka dipengaruhi rakan melakukan perkara tidak sihat.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/02/2007 10:11:00 AM | 0 Pandangan »

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
1 Ogos 2007
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menyokong penuh keputusan kabinet yang melarang semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen daripada menyandang sebarang jawatan dalam badan-badan sukan (Bernama.com, 1 Ogos 2007)
Keputusan 'bijak' ini adalah langkah yang paling baik untuk meningkatkan prestasi sukan yang dilihat semakin bercelaru khususnya prestasi pasukan Bolasepak kebangsaan akhir-akhir ini.Kabinet memberikan alasan bahawa arahan ini dibuat kerana :-
i. bertujuan menjaga imej mereka daripada dijadikan 'kambing hitam' apabila pencapaian sukan yang diketuai mereka merosot.
ii. Ia tidak ada kena-mengena dengan pencapaian sukan-sukan tertentu sejak akhir-akhir ini.
iii. Kabinet mengambil keputusan itu untuk memastikan semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen dapat menumpukan seluruh perhatian mereka pada tugas masing-masing dan tidak terlalu dibebankan dengan masalah dalam persatuan.
Arahan itu berkuatkuasa serta-merta dan semua yang terbabit telah diarahkan agar meletakkan jawatan masing-masing bagi membolehkan pertubuhan yang mereka wakili mencari pengganti di kalangan yang sesuai dan berkebolehan.
Difahamkan bahawa lima menteri ketika ini sedang memegang jawatan dalam pertubuhan-pertubuhan sukan. Mereka ialah ;
i. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Fong Chan Onn (presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia),
ii. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy (presiden Persatuan Ping Pong Malaysia),
iii. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Jamaludin Jarjis (presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia),
iv. Menteri Tenaga Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (naib presiden Persekutuan Wusyu Antarabangsa) dan
v. Menteri Pelancongan Datuk Tengku Adnan Mansor (presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur dan presiden Persatuan Bolasepak Melayu).
DPPNJ melihat bahawa penglibatan orang politik dalam menerajui badan sukan sebenarnya telah melemahkan dan memudaratkan sukan dalam negara.
Walaupun keputusan kabinet ini diambil dalam suasana sukan terutamanya bolasepak yang telah parah tetapi setidak-tidaknya langkah ini telah membuktikan bahawa sukan tidak memerlukan campur tangan politik.
DPPNJ yakin bahawa kecaman demi kecaman terhadap prestasi pasukan bolasepak dalam Piala Asia baru-baru ini menjadi punca utama kabinet mengambil keputusan tersebut walaupun cuba dinafikan oleh Datuk Azalina Othman yang menyatakan bahawa ia tidak ada kena-mengena dengan pencapaian sukan-sukan tertentu sejak akhir-akhir ini.
Apa yang penting, sudah tiba masanya mereka yang mempunyai kelayakan dalam memimpin persatuan sukan diberikan keutamaan sebagai peneraju. Semoga perubahan ini akan memajukan sukan tanahair.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830