tag:blogger.com,1999:blog-4036755299682082647.post8210750902840393582..comments2023-10-31T20:57:44.265+08:00Comments on Bicara Khairul Faizi: Penjelasan Pendirian Pemuda PAS PusatKhairul Faizi bin Ahmad Kamilhttp://www.blogger.com/profile/10444521560713796254noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4036755299682082647.post-80221859000371712482008-07-09T11:12:00.000+08:002008-07-09T11:12:00.000+08:00Perhatian! Sila ambil tindakan:Goyang gerudi Inul ...Perhatian! Sila ambil tindakan:

Goyang gerudi Inul kembali
Oleh JESSABELL SOO

Awal tahun 2007, Inul Daratista pernah menghiburkan peminatnya pada konsert Rentaq Serantau di Stadium Melawati, Shah Alam. Namun, pentas konsert itu dikongsi bersama penyanyi tempatan dan Indonesia yang lain.

Bagi mengubati rindu terhadap peminatnya di Malaysia, penyanyi dangdut sensasi dari seberang ini yang cukup terkenal dengan gelek gerudinya bakal mengadakan konsert solonya di Johor Bahru (JB) pada 19 Julai ini.

Bertempat di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, konsert Inul Live In JB yang dianjurkan oleh IMS Prima Sdn Bhd ini akan diiringi oleh Audensi Band yang dibawakan khas dari Indonesia.

"Pada 1 Mei 2005 adalah kali pertama kami mempersembahkan Inul di Stadium Merdeka dan sambutannya amat memuaskan. Jadi untuk konsert kali ini, dia juga akan menyampaikan lagu yang hampir sama.

"Tetapi dulu Inul ada menyampaikan lagu Inggeris semasa persembahannya, kali ini hanya akan mendendangkan lagu Indonesia," kata Pengarah Urusan IMS Prima Sdn. Bhd., Nasir Abubakar pada sidang media mempromosikan konsert ini.

Menyasarkan konsert lebih kepada rakyat Indonesia yang menetap di JB, pihak IMS Prima Sdn Bhd juga menjangkakan ramai penduduk Singapura akan menyertai konsert kali ini.

"Kami memilih JB kerana sudah menjalankan penyelidikan bahawa komuniti rakyat Indonesia di Johor adalah ramai. Kami tahu rakyat Malaysia tidak begitu meminatinya Inul sebab itu sasarannya ialah kepada penonton Indonesia sendiri. Rasanya sekitar 8,000 penonton akan hadir nanti," kata Nasir mengenai konsert yang akan berlangsung selama dua jam.

Memandangkan gelek gerudi popular Inul pernah menimbulkan pelbagai kontroversi, Nasir memberitahu mereka juga telah mengambil pelbagai langkah keselamatan.

"Sebenarnya pihak berkuasa hanya tidak membenarkan Inul menunjukkan bahagian belakang kepada penonton. Jadi gelek gerudi itu dibenarkan. Lagipun semua kontroversi yang berlaku sebelum ini bukannya di Malaysia," tambah Nasir mengenai konsert yang bakal bermula sekitar pukul 8.45 malam.

Vokalis utama kumpulan Abstrak Hingga Ke Bulan, Faiza diberikan tugas sebagai hos konsert yang turut akan diceriakan oleh kumpulan Candy.

Made In Malaysia 2008

Selain daripada konsert Inul, penduduk Johor juga akan dihiburkan dengan konsert Made In Malaysia pada keesokan harinya (20 Julai) di lokasi yang sama.

Antara artis yang terlibat adalah Kristal, Acab, Plaque Of Happiness, Meet Uncle Hussain, OAG dan ramai lagi.

"Sebab kami menganjurkan konsert ini kerana tidak mahu mempopularkan artis luar semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga menyokong penyanyi tempatan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai artis terutamanya dari Indonesia membuat konsert di Malaysia.

"Jadi kami mahu melakukan sesuatu kepada artis Malaysia. Kami mahu membangunkan industri muzik tempatan. Tahun ini kami memulakan di Johor dan mungkin masa akan datang kami melawat tempat lain.

Kepada mereka yang ingin menyaksikan konsert Inul, tiket dijual pada harga RM50. Potongan akan diberikan kepada mereka yang membeli tiket sebelum 10 Julai iaitu pada harga RM35.

Manakala harga tiket konsert Made In Malaysia dijual pada RM10 sebelum 20 Julai dan RM20 pada 20 Julai.Muhammad Fahmihttps://www.blogger.com/profile/13268822550078982302noreply@blogger.com