Salam Terakhir Daripada Minda-Kembara Versi Blogspot

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2008 10:48:00 PM | 7 Pandangan »

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
.
Malam ini adalah malam terakhir saya akan berinteraksi bersama teman-teman sekelian melalui laman blog ini. Setelah menangguhkan selama beberapa minggu blog minda-kembara versi baru maka saya dengan rasminya akan menggunakan url yang baru http://www.minda-kembara.com/ bermula pada 1 Ogos 2008 bersamaan 29 Rejab 1429.

Saya masih lagi 'terkial-kial' untuk mengendalikan blog baru ini kerana ia amat berbeza dengan konsep blogspot yang saya telah mula dampingi sejak daripada bulan Mei 2005. Sehingga kini, saya masih lagi mendapatkan nasihat kepakaran daripada sdr Rashid, Pengarah Urusan Portal Usahawan Muslim.

Blog minda-kembara.blogspot tidak akan saya tutup kerana ia masih lagi diperlukan bagi mendapatkan maklumat yang terdahulu.

Mudah-mudahan Allah akan memberikan saya kekuatan untuk terus berjuangan melalui alam maya ini. Sokongan daripada semua sangat-sangat saya hargai.

Kita jumpa di laman blog yang baru...

Wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Taman Sri Kluang
31 Julai 2008, 11.11 malam

Bersiap Sedia Ke Permatang Pauh!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2008 06:22:00 PM | 0 Pandangan »

Azizah kosongkan kerusi Ptg Pauh - Malaysiakini
Jul 31, 08 3:18pm



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia. Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, disebut beberapa kerusi yang mungkin ditandingi oleh Anwar, termasuk Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Lembah Pantai (Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali.

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

Katanya, sejak dari mula-mula bertanding dahulu lagi, beliau sedia mengosong kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar.

Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS. Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".

Wan Azizah menjadi wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Reaksi Anwar

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa.

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

"Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.

Keputusan Terbaik Untuk Masa Depan PAS dan Pakatan Rakyat

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/31/2008 05:51:00 PM | 0 Pandangan »

Alhamdulillah, PAS telah berjaya mengambil satu keputusan yang terbaik di dalam menangani isu muzakarah yang telah menjadi topik utama perbicangan sejak beberapa minggu ini. Keputusan menolak kerjasama dengan BN dalam membentuk kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri ini sudah tentu melegakan para ahli dan penyokong yang telah dilanda sindrom kebimbangan yang teramat sangat dengan cakap-cakap bahawa ada kemungkinan PAS dan UMNO akan bergabung dan seumpamanya.

Semalam saya berceramah di Johor Bahru dan kelmarinnya di Taman Sri Lambak di Parlimen Semberong. Fokus ceramah saya berkisar tentang perkara yang sama iaitu berkaitan dengan sejarah PAS ditubuhkan, matlamatnya, dasarnya, rujukannya dan peranan PAS dalam membela agama Islam.
Saya memfokuskan bagaimana PAS di Johor telah melalui pelbagai peristiwa yang manis dan pahit sehingga PAS di Johor berjaya memenangi dua kerusi DUN di dalam pilihanraya umum ke 12. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana PAS begitu teruk ditekan dan dihina, ahli-ahli PAS di Johor ada yang dihalau daripada kampung halaman kerana menyertai PAS.

Saya juga berkongsi dengan para tetamu bagaimana peristiwa PAS ditendang daripada BN. Hari Sabtu yang lalu, saya berkesempatan bertemu dengan Dr Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng) dan beliau memberitahu kepada saya bahawa beliau adalah di antara tiga pemimpin PAS yang dilantik untuk berada di dalam mesyuarat Barisan Nasional selain daripada Allahyarham Datuk Asri dan Allahyarham Ust Abu Bakar.
Pada hari terakhir mesyuarat BN yang diadakan di bangunan UMNO Jalan Tuanku Abdul Rahman, KL, PAS mesyuarat BN telah memutuskan PAS dikeluarkan daripada BN. Bukan sahaja pimpinan komponen BN memandang hina kepada pimpinan PAS tersebut malah wartawan yang hadir juga turut mengambil peranan mencemuh PAS.

Sejarah tersebut cukup dirasai oleh Pak Daeng sendiri sehingga Pak Daeng mengingatkan agar pimpinan PAS mengambil kira sejarah ini dan Pak Daeng juga mengingatkan agar pimpinan PAS tidak mudah 'terpesona dengan kilauan warna-warna' yang ditawarkan oleh BN.

Saya yakin dan percaya bahawa keputusan kepimpinan PAS Pusat ini akan memberikan satu semangat baru kepada seluruh ahli PAS dan para penyokong PAS serta ali Kelab Penyokong PAS yang ada.

Sebagai anak muda di dalam perjuangan PAS ini, saya mengharapkan agar pimpinan PAS akan berlapang dada dengan keputusan yang telah diambil dan "buang yang keruh, ambil yang jernih" bagi memperkukuhkan saf kepimpinan dan perjuangan ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
------------------------------------------------

PAS tolak kerjasama dengan BN bentuk kerajaan - Presiden PAS - Harakahdaily
Nyza Ayob dan Intan Abdullah Thu Jul 31, 08 4:34:28 pm MYT




KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sebarang tawaran untuk mewujudkan kerjasama politik tidak lagi berbangkit.
"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan parti-parti politik, badan bukan kerajaan, institusi ataupun mana-mana individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

PAS mengulangi pendiriannya untuk terus kekal bersama pakatan Rakyat dan akan memainkan peranan aktif dan positif termasuk perjuangan bersama untuk membuat perubahan.
"Kita mengajak ahli-ahli parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk sama-sama sokong dan dokong perubahan yang hendak dilaksanakan," katanya.
Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti."
PAS juga katanya menghargai sokongan bukan Islam dan mereka akan diberikan peranan lebih pada masa akan datang dalam arena politik bersama PAS.
Dalam pada itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyatakan bahawa pihaknya turut menyatakan sokongan dalam isu Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Isu tersebut hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam, berdasarkan perlembagaan 121 yakni kes yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah.
"Saya tidak mahu isu ini dipolitikkan. Kalau sekiranya ia tidak boleh (dirujuk kepada mahkamah syariah) Umno kena buat perubahan.
"Ya, saya membela siapa yang kena zalim termasuk Dato' Seri Anwar," ujarnya.
Sidang media tersebut diadakan sebaik selesai Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS yang dibuat secara bulanan, dengan turut dihadiri Majlis Syura Ulama' yang dipengerusikan Ustaz Abdul Hadi.
Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam sidang media tersebut.

Hadir sama, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah salleh. - mns_

-----------------------------------------------------------

Tiada k'jaan campuran PAS-Umno - Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri Jul 31, 08 12:12pm

kemaskini 5:58pm PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Oleh itu, itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat tidak lagi berbangkit," katanya.

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisan pemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingan sulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuan Abdul Hadi awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu - jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama - melibatkan hampir 50 pemimpin parti, termasuk mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan semua wakil PAS yang bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pertemuan yang bermula jam 10 pagi diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media selepas mesyuarat besar itu, Abdul Hadi juga berkata PAS akan terus memainkan peranan aktif bersama Pakatan Rakyat dan "mengajak ahli-ahli Parlimen Umno menyertai gabungan itu, khususnya bersama PAS atau PKR."

Abdul Hadi - yang mengakui memberi restu pada rundingan sulit dengan Abdullah dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, beberapa selepas pilihanraya umum 8 Mac - berkata PAS masih terbuka kepada sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak, termasuk Umno.

"PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi dan individu demi untuk kepentingan negara dan ummah," katanya lagi.

Pertemuan pertama seumpamanya itu diadakan selepas cadangan kontroversi Nik Abdul Aziz agar dua parti itu dibubarkan jika serius mahu bekerjasama dan Umno harus menerima pelaksanaan hudud jika mahu teruskan dialog. Ia juga diadakan selepas wujud tawaran terbuka Umno Perak untuk membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Siri pendedahan media tentang rundingan tertutup PAS-Umno mutakhir ini mendorong ketua penerangan PAS Mahfuz Omar mohon maaf secara terbuka awal minggu ini kerana pernah menafikan pertemuan sulit dua parti itu.

Isu perkongsian kuasa disahkan sendiri oleh perdana menteri dan Dr Mohamad Khir walaupun PAS dan pembangkang menganggap ia usaha Umno memecah-belahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.

Kehangatan perbincangan isu ini mendorong kira-kira 50 wartawan dan jurugambar bergegas ke bangunan di Jalan Raja Laut menunggu keputusan terbaru PAS.

Turut hadir di sidang media itu, setiausaha agung PAS Datuk Kamarudin Jaafar dan ketua Muslimat, Nuridah Salleh (foto atas).Mengulas sama ada muqabalah dengan Umno akan diteruskan, presiden PAS berkata:

"Saya dah sebut tadi pertemuan (perbincangan). Yang kita tidak khususkan kepada Umno, tapi semua parti-parti politik dan NGO. Ini amalan PAS sejak dulu hingga sekarang."

Ditanya tindakan yang akan diambil kepada mana-mana pimpinan yang mungkin mengadakan pertemuan secara sulit dengan Umno pada masa depan, beliau berkata:

"Tidak ada sulit lagi. Kita menyatakan boleh diadakan pertemuan. Dan pertemuan ini sudah tentu akan dimaklumkan kepada parti. dan selama ini pun dimaklumkan kepada parti."

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, menjelaskan PAS akan membela sesiapa sahaja termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menggesa kes tokoh pembangkang itu diselesaikan di mahkamah syariah."PAS sebuah parti Islam tetap menyatakan bahawa isu tersebut hendaklah diselasaikan mengikut syariat Islam.

"Dan saya rujuk perkara kepada Perlembagaan (Persekutuan) Perkara 121 A1, kes yang berkaitan dengan orang Islam, harus dirujuk kepada mahkamah syariah. Sekiranya tidak boleh, Umno kena buat perubahan," katanya.

Mengulas kedudukan pengundi bukan Islam yang memberi sokongan parti itu dalam pilihanraya lalu, Abdul Hadi berkata PAS terus menghargai sokongan mereka dan bercadang memberikan lebih peranan dalam arena politik.

Buku : 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/30/2008 01:34:00 AM | 0 Pandangan »


Buku ini saya baru sahaja beli beberapa jam tadi ketika berceramah dengan Ust Azman Syafawi di Markas PAS Kawasan Semberong, Taman Sri Lambak.

Buku ini telah ditulis oleh Ustaz Mohd Kamal Bin Mohd Said, Mudir Madrasah Arabiah Kluang.

Saya belum sempat membaca keseluruhan buku ini tetapi buku ini saya lihat lebih kepada menghuraikan 21 mutiara penting yang perlu diberikan perhatian sebagai panduan untuk kita mendapat ilmu yang berkat.

Walaupun buku ini masih baru diterbitkan tetapi ia telahpun dicetak untuk kali ke 2 bagi tujuan jualan.

Untuk mendapatkan buku ini, anda boleh terus menghubungi Ustaz Mohd Kamal di talian 019-7681405 atau emaikan kepada kamalsaid66@gmail.com

Selamat membaca!

Berita Daripada Harakahdaily : Muzakarah PAS - UMNO

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/29/2008 11:12:00 PM | 0 Pandangan »

Isu muzakarah-muqabalah: Ahli akar umbi mula gusar
Roy Rasul Tue Jul 29, 08 5:16:24 pm MYT


KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Majoriti pemimpin PAS negeri dan kawasan begitu gusar dengan perkembangan dan kenyataan pemimpin PAS berhubung isu muzakarah atau muqabalah PAS dan Umno yang hangat diperkatakan sekarang.
Iklan

Mereka bimbang isu berkenaan bakal mengundang salah faham dan tanggapan di kalangan ahli dan penyokong parti atas pelbagai pandangan pemimpin PAS yang terdedah kepada eksploitasi media.

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata ramai yang menyuarakan pandangan terutamanya di peringkat bawah mula berasa takut berhubung muzakarah PAS dan Umno.

Malah katanya, keresahan ini turut dicurigai Kelab Penyokong PAS apabila mereka mendengar berlakunya perbincangan mengenai muzakarah ataupun istilah baru muqabalah.

"Contohnya semasa saya ke Perak baru-baru ini kelab penyokong persoalkan kenapa PAS perlu bertemu dengan Umno sedangkan selama ini mereka lebih percayakan PAS," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bukan itu saja katanya, malah ada ahli-ahli yang mengugut mahu keluar parti gara-gara isu muzakarah tersebut.

Beliau berkata, isu muzakarah menampakkan Umno lebih menggembar-gemburnya.

Tambahan pula dakwanya, ia menjadi senjata untuk memecah-belahkan perpaduan dalam PAS.

Sehubungan itu, beliau berharap isu muzakarah hendaklah dihenti.

Katanya, biarlah Muktamar PAS ke-54 yang akan berlangsung pertengahan Ogos depan menjadi medan untuk perwakilan membincangkannya.

"Jika mereka mahu timbulkan isu ini dalam muktamar ini mereka membuat keputusan sama ada mahu meneruskan ataupun sebaliknya.

Sementara itu, Yang diPertua PAS (YDP) kawasan Batu, Ishak Surin berkata, secara umumnya beliau melihat ahli PAS tidak setuju sama ada muzakarah atau muqabalah kerana ia boleh menjerat PAS.

"Saya minta pemimpin PAS henti sama sekali dan bincanglah dalam muktamar di Perak nanti," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata, perkara ini juga dikhuatiri akan mencemarkan nama parti.

"Saya harap kita semua membuat keputusan di muktamar kerana ini adalah isu besar dan sangat serius," katanya.

Apatah lagi katanya, orang-orang di peringkat pertengahan sepertinya selalu berdepan dengan rakyat.

Lebih-lebih lagi katanya, PAS sendiri mula dapat sokongan daripada orang bukan Islam.

"Ini yang penting dan kita sebenarnya boleh berdiri sendiri di atas sokongan rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

"Takkanlah begitu mudah PAS mahu bermuzakarah dengan Umno sedangkan sekarang ini PAS sudah jauh melangkah ke depan untuk maju seiring dengan sokongan padu daripada rakyat jelata," katanya.

Katanya, ini juga selari dengan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS yang berlandaskan Islam.

Dalam pada itu, seorang pesara dari Setiu, Terengganu, Che Man Che Mud yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi menyifatkan tindakan bermuzarakah dengan Umno kurang profesional.

"Nampaknya apabila Umno sudah tenat barulah mereka hendak berbincang dengan PAS.

"Ini menjejaskan keyakinan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS kerana tidak semua rakyat bersetuju langkah tersebut.

"Kita risau Umno hanya berlembut dalam keadaan mereka lemas tetapi selepas PAS menolong mereka akan menggigit kita pula," katanya.

Tambahan pula katanya, setelah penat penyokong parti bekerja dengan mudah pula pimpinan membuka ruang untuk Umno bermuzakarah.

Katanya, ini yang meragukan semua pihak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS, Selangor, Noraini Husain berkata, dalam suasana sekarang seeloknya muzakarah tersebut ditangguhkan.

Ini katanya, Umno sememangnya mencari kesempatan untuk mengeksloitasi segala isu yang timbul dan ini akan menyebabkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjadi semakin goyah.

"Jika dilihat dalam suasana sekarang ia menyebabkan hubungan PAS dan Pakatan Rakyat akan renggang," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, walaupun muzakarah bukan ke arah pembentukkan permuafakatan di antara PAS dan Umno, keputusannya hendaklah diputuskan dalam muktamar nanti.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan pimpinan atas lebih nampak kesan dan akibatnya mengenai muzakarah tersebut.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pahang, Salamiah Mohd Noor berpandangan semua pihak harus memahami usaha yang mahu dilakukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

"Kita sangat percaya kepada pimpinan dan muzakarah itu diputuskan oleh Majlis Syura.

"Jadi saya mengambil sikap bahawa kita memberikan keyakinan dan kepercayaan terhadap keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kita," katanya semasa dihubungi pagi tadi.

Dengan itu katanya, sebagai ahli bawah beliau mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa untuk memastikan sumber yang sampai itu betul.

"Kita sangat bimbang berita-berita yang disampaikan itu dimanipulasi oleh pihak tertentu," katanya.

Menurutnya, sumber itu ada masanya apabila sampai kepada orang bawah, sumbernya tidak betul.

Ini katanya, ada dakwaan sehingga kepimpinan tertinggi PAS mahu masuk Umno dan sebagainya.

Katanya, muzakarah itu bukan mahu mengubah dasar parti dan apabila Umno menerima muzakarah tersebut ahli PAS tidak perlu melatah sebaliknya serah kepada pucuk pimpinan. - mks. _

Rancang Hidup, Rancang Wang

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/28/2008 09:08:00 AM | 2 Pandangan »


Dalam perjalanan bersama sahabat-sahabat Alif Consultant, kami ada berbincang tentang masalah pada hari ini yang sedang dihadapi oleh ramai daripada golongan anak muda yang tidak begitu menyedari bahawa mereka perlu belajar untuk merancang perjalanan kewangan mereka.

Anak-anak muda sudah mula dihimpit dengan masalah kewangan diperingkat awal pembabitan mereka di alam pekerjaan. Bukan kerana pendapatan mereka kecil sahaja tetapi mereka terbabit dalam kesilapan merancang kewangan dan tersilap percaturan dalam mengambil kemudahan yang ada seperti penggunaan kad kredit (kad hutang).

Semalam, dalam program yang dianjurkan oleh sebuah NGO di Bangi, sebuah buku telah dijual bertajuk "Rancang Hidup, Rancang Wang" dan dijual sendiri oleh penulisnya. Walaupun saya baru berkesempatan untuk melihat isi kandungan buku ini tetapi saya mencadangkan agar saudara/i sekelian membeli buku ini untuk panduan dalam merancang kewangan anda.

Buku ini ditulis oleh sdr Haron Mohd Yusof atau nama penanya Hamdy. Saya tidak pasti dimanakah saudara/i boleh dapatkan buku ini. Saya akan maklumkan nanti, i'Allah.

Diharapkan sdr Hamdy akan meninggalkan no hp beliau di dalam cbox dalam blog ini (Terkini ! No telefon bimbit sdr Hamdy : 013-3696712)

Tiga Hari di Lembah Klang

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/27/2008 12:36:00 AM | 2 Pandangan »

Semasa dalam perjalanan balik daripada Bangi semalam, saya singgah di R & R Air Keroh. Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Kak Atiah Ahmad yang turut hadir di dalam program yang sama bertanya kepada saya, kenapa dah tiga hari tidak update blog. Bagusnya ketua DMPNJ, sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui blog minda-kembara.
.
Tak sabar rasanya untuk melihat pula selepas ini blog Kak Atiah pula yang akan mewarnai dunia blog. Sudah tentu para muslimat PAS dan kaum Hawa di Johor tertunggu-tunggu bila agaknya Ketua DMPNJ akan mempunyai blog sendiri. Ini satu cabaran buat Kak Atiah. Macamana Kak Atiah, ada harapan?


Hari Jumaat yang lalu mesyuarat Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat mengadakan mesyuarat di Bangunan PAS Pusat Jalan Raja Laut. Ada beberapa keputusan yang telah persetujui bersama pada malam tersebut.

Memandangkan PAS pada hari ini telah mendapat tempat di hati semua kaum di dalam negara kita ini, maka LPN akan mengorak langkah kehadapan untuk memastikan bahawa matlamat perjuangan PAS benar-benar difahami oleh para penyokong PAS.

Keputusan yang diambil adalah seperti berikut ;-

i. Melancarkan blog interaktif LPN DPPP yang akan menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Pengendali blog telah dilantik dan penulis untuk bahagian bahasa Mandarin dan bahasa Tamil telah dikenal pasti. Saya menjangkakan, blog ini akan mula beroperasi pada bulan September akan datang.

ii. Memandangkan bahawa masih terdapat Lajnah Perpaduan Nasional tidak diwujudkan di peringkat DPPN maka LPN mencadangkan satu kawasan dipilih daripada setiap negeri bagi menjayakan hasrat ini.

iii. LPN DPPP akan melancarkan "PAS Youth Supporting Club" yang akan menghimpunkan penyokong PAS yang berusia di bawah 40 tahun.

Hari Sabtu, saya telah mengikuti satu exspedisi yang dipanggil "Ziarah Ukhuwwah" yang dianjurkan oleh Alif Consultant yang diterajui oleh sahabat baik saya, sdr Mohd Sabir sejak daripada UTM Jalan Semarak dahulu.

Sesekali dalam kesibukan aktiviti parti, bila terlibat dalam program seperti ini, terasa sikit ringan kepala. Sememangnya menziarahi anak-anak yatim dan pelajar tahfiz ini cukup baik diadakan.

Program yang dianjurkan oleh Alif Consultant ini lebih kepada memberikan motivasi kepada pelajar dan pemberian sumbangan kepada pihak pentadbiran. Kesemua sukarelawan yang terlibat di dalam program ini terdiri daripada UTM Jalan Semarak.

Program ini telah diadakan di rumah Anak Yatim di Meru dan Darul Quran di Sungai Besar.

Paling menarik, saya bertemu dengan seorang pelajar bernama Anisah di Maahad Tahfiz Darul Quran yang bernama Anisah. Baru sahaja berusia 9 tahun tetapi proaktif dalam program tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui aktiviti dan latar belakang Alif Consultant ini, sila layari http://alifconsultant4all.blogspot.com

Peserta daripada rumah Anak Yatim di Meru yang tekun mengikuti motivasi daripada Alif Consultat.

Sdr Mohd Sabir sedang mengendalikan motivasi kepada pelajarPelajar Darul Quran yang cukup bersemangat untuk mengikuti program ini.

Saya mewakili Alif Consultant memberikan sumbangan kepada Pentadbir Maahad Tahfiz Darul Quran.

Bergambar bersama adik Anisah selepas selesai program ini diadakan.

Bergambar di pintu Gerbang Darul Quran

Pukul 10.30 malam saya tiba di Bangi kerana ada sedikit perbincangan mengenai politik semasa. Saya tidur di Bangi kerana pada hari Ahad saya terlibat dalam sebuah program diskusi yang dianjurkan oleh sebuah NGO di lembah Klang.

Program diskusi yang dianjurkan oleh NGO ini lebih kepada membincangkan tentang keadaan politik semasa khususnya di Johor. Dalam satu slot saya telah diminta untuk membuat ulasan terhadap perbentangan kertas kerja dan ulasan ini dibuat bersama dengan bekas PJ PAS Johor iaitu Dr Sanusi Daeng Mariok.

Saya kata pada para peserta bahawa saya rasa tidak sesuai untuk saya mengulas kertas kerja ini kerana Pak Daeng dan saya ibarat datuk dengan cucu kira diukur daripada segi usia dan pengalaman. Seperti biasa, Pak Daeng masih tetap hebat dalam melontarkan ideanya yang bedasarkan kepada ilmu dan pengamalan yang cukup berharga.
.
Alhamdulillah, saya tiba di rumah pada pukul 10.30 malam. Terima kasih kepada Haji Mardi yang menghantar saya sampai ke rumah.

Kenyataan Media Pemuda PAS Johor Isu Muzakarah PAS-UMNO

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 08:30:00 AM | 0 Pandangan »

KENYATAAN MEDIA
(24 Julai 2008, 21 Rejab 1429)
No Rujukan : PAS/DPP.12/2.07(06/08)

TAJUK :

PEMUDA PAS JOHOR MENYOKONG KEPUTUSAN AGAR MUZAKARAH PAS-UMNO DIHENTIKAN


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai 2008 pukul 9.30 malam untuk membincangkan satu perkara iaitu muzakarah di antara PAS dan UMNO. Mesyuarat Khas ini diadakan sehari selepas Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat yang sama.

DPPNJ telah mengambil beberapa keputusan seperti berikut :

1. Menyokong penuh keputusan pimpinan tertinggi PAS yang sebulat suara menolak muzakarah antara UMNO-PAS dan menolak sebarang dialog kerjasama politik kedua-dua parti.

2. Menyokong keputusan DPPP yang mahukan PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan UMNO.

DPPNJ juga telah mengarahkan agar Dewan Pemuda PAS Kawasan mengambil tindakan segera untuk memberikan taklimat kepada seluruh pemuda PAS di peringkat kawasan terhadap isu ini agar pemuda PAS tidak terkeliru dengan isu muzakarah ini.

Disamping itu, mesyuarat khas DPPNJ ini juga bersetuju supaya,

1. PAS Pusat mengadakan Taklimat Khas Presiden kepada seluruh pimpinan PAS daripada peringkat pusat sehinggalah sekurang-kurangnya kepada jawatankuasa Harian PAS di peringkat kawasan-kawasan dan mengadakan ’roadshow’ ke negeri-negeri bagi menjelaskan isu yang berkaitan dengan muzarakah dan Pakatan Rakyat. Taklimat Khas Presiden ini perlu diadakan dengan kadar segera sebelum menjelang Muktamar PAS Pusat pada 13-17 Ogos 2008 yang akan datang.

2. Pimpinan PAS perlu lebih telus dan berhati-hati dalam menyampaikan maklumat kepada umum agar ianya tidak ada percanggahan di antara satu sama lain.

3. Pimpinan PAS Pusat perlu kerap mengadakan aktiviti dan pertemuan yang mampu mempertautkan hati di kalangan pimpinan tertinggi supaya apa jua masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

DPPNJ sangat berharap agar kemelut isu muzakarah ini akan berakhir dengan segera supaya PAS dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang lebih besar manfaatnya kepada perjuangan.

Sekian.
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

Tiada Muzakarah PAS-UMNO

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 01:41:00 AM | 0 Pandangan »

PAS 'tidak minat tawaran' Umno - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 23, 08 1:47pm

kemaskini 5:20pm PAS "tidak berminat menerima tawaran" Umno sewaktu rundingan wakil parti itu dengan perdana menteri dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Mac lalu.

"Sesiapa juga yang datang kepada kami untuk menawarkan jawatan ataupun menawarkan kedudukan yang menggiurkan, kita tidak akan terima. Kita ada prinsip, harga diri. Pimpinan PAS bukan boleh ditawarkan jawatan sedemikian," kata ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata:

"Sama ada tawaran itu perdana menteri, menteri besar walau apa pun, kami tidak berminat untuk bincang tentangnya.

"Kita ada mandat, kita ada tanggungjawab dan prinsip perjuangan. Kita boleh bincang tentang kepentingan negara," tambahnya dalam satu sidang akhbar mengenai pendirian rasmi Pemuda PAS dalam isu tersebut.

Menurut beliau, pihaknya sedia bersama-sama kerajaan membincangkan isu-isu seperti tuntutan perairan sekitar Pulau Batu Puteh.

Mengulas tindakan PAS terus mengadakan perbincangan tertutup dengan Umno selepas mengetahui wujudnya tawaran itu, beliau berkata:

"Ya, selepas pilihanraya (umum) Khir Toyo mempelawa kita. Kita bersedia untuk dengar. PAS walaupun menang agak besar dalam pilihanraya yang lepas, tidaklah kita menang besar sangat, tetapi kita lebih baik daripada 2004, kita tidak sombong.

'Kita boleh bincang'

"Kita tidak angkuh, walaupun Umno mengajak kita, kita bersedia datang dan mendengar. Kita tidak boleh menunjukkan keangkuhan kita. Mentang-mentanglah kita menang banyak sikit, Umno nak ajak bincang pun, kita tak mahu. Bukan begitu sikap kita," kata Salahuddin.

Ditanya kenapa pertemuan itu dilakukan sedangkan agendanya mengenai perkongsian kuasa PAS-Umno, Salahudin berkata:

"Mungkin tidak begitu. (Umno) telefon hendak bincang, macam saya, biasa... menteri-menteri, itu biasa, kita boleh bincang tentang apa-apa topik, di parlimen, di luar parlimen. Kita boleh jumpa di mana-mana coffee house, tetapi kita ada prinsip. Kalau itu (jawatan) yang ditawarkan, kita tidak berminat tentang itu."

Sebelum itu, Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata Pemuda PAS tidak pernah menutup sebarang pintu perbincangan dengan mana-mana pihak yang melibatkan masalah negara dan antarabangsa.

"Sebagaimana kami putuskan pada (mesyuarat khas) malam tadi, PAS sebagai sebuah parti dalam negara kita ini, tidak pernah menutup mana-mana inti perbincangan dengan mana-mana pihak kerana itulah dasar dan pendekatan kita.

"Kita bersedia untuk berbincang dengan siapa-siapa sahaja pada bila-bila masa untuk kepentingan negara, kepentingan rakyat dan apa jua isu yang melibatkan negara kita sama ada isu itu melibatkan persoalan dalam negeri dan juga persoalan antarabangsa," katanya.

Namun, tambahnya, perbincangan itu bukan melibatkan "pakatan politik" seperti rundingan awal Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dr Mohamad Khir dengan timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa beberapa hari selepas keputusan pilihanraya umum 8 Mac diketahui.Tolak pakatan politik

"Kita menolak dan menentang sekeras-kerasnya muzakarah yang bersifat atau cuba memfokuskan kepada pakatan politik ataupun kerjasama politik antara PAS dan Umno buat masa ini," katanya.

Dalam blognya, Dr Mohamad Khir mendedahkan butiran pertemuan tersebut, antaranya beliau mencadangkan agar PAS diberi jawatan menteri besar Selangor dan timbalan menteri besar serta empat exco.

Salahuddin berkata, Pemuda PAS bagaimanapun menolak kerjasama politi antara dua parti Melayu itu dan tetap kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat.

"PAS mesti terus dalam Pakatan Rakyat. Pakatan adalah keutamaan, Pakatan sebagai wadah alternatif kepada BN. Fitnah, hasutan untuk memecahkan Pakatan Rakyat akan ditentang keras Pemuda PAS," katanya.

Mengulas penolakan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap usaha muzakarah, Salahuddin berkata "itu pendirian beliau" dan penolakan menteri besar itu dalam konteks perkongsian kuasa.

"Itu pendirian dia. Dan saya yakin dia bercakap dalam konteks muzakarah itu ke arah perkongsian kuasa. Itu saya yakin dia maksud begitu, sebab rakyat di bawah sana agak terkeliru tetapi rakyat faham muzakarah itu adalah perkongsian kuasa buat masa ini.

"Itu mungkin Tok Guru Nik Aziz mengambil sikap dia tidak setuju buat masa ini adanya muzakarah antara PAS dan Umno.

Faham peranan masing-masing

Ditanya sama ada pendirian Pemuda itu dipersetujui oleh pimpinan di peringkat pusat, beliau berkata "pendiriannya jelas" dan "tidak kisah kalau pemimpin tidak setuju".

Ditanya sama perbincangan isu perpaduan Melayu dan Islam akan menjejaskan hubungan dengan DAP, beliau berkata:

"DAP juga berhak berjumpa dengan sesiapa sahaja. Hatta kita melihat sampai tahap bekas pimpinan Gerakan mengetuai beberapa syarikat kerajaan negeri. Di selangor juga, saya difahamkan bekas ahli parlimen Segambut daripada Gerakan juga bersama DAP.

"Saya rasa itu tidak mengikat kita dan masing-masing faham peranan masing-masing," katanya selepas sidang media tersebut yang diadakan di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

"Mereka juga ada dasar dan pendekatan mereka. Kita ada dasar dan pendekatan kita. Untuk membincangkan masa depan orang Melayu, agama Islam (dalam keadaan) yang Umno sekarang masih lagi menjadi teras kekuasaan, apa masalahnya untuk PAS mengadakan perbincangannya telus, bukan pakatan sulit," tambahnya.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan pemberita, beliau berkata, muzakarah PAS dan Umno sukar menjadi kenyataan kerana "stigma di kalangan ahli-ahli PAS di peringkat bawah" yang mengaitkan muzakarah itu dengan perkongsian kuasa.

Pemuda PAS Perjelaskan Isu Muzakarah

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 01:13:00 AM | 0 Pandangan »

Muzakarah: Dewan Pemuda PAS Pusat perjelas pendirian
Nyza Ayob & Nuha Rahim Foto Nasir Sudin Wed Jul 23, 08 4:07:18 pm MYT


KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan menjadi dasar umum dan pendekatan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan apa jua bentuk perbicangan, dialog mahupun muzakarah dengan mana-mana pihak sebagai membuktikan PAS adalah parti yang sangat terbuka dan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pendekatan demi kepentingan negara, rakyat dan khususnya perjuangan Islam dalam negara ini.

Menurut Salahuddin dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini, ketetapan dan ketegasan tersebut dibuat setelah mengadakan perbincangan selama tiga jam setengah dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja Dewan Pemuda Pas Pusat malam tadi.


Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusuf; Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Kamaruzzaman Mohamad.

Jelas Salahuddin, di samping sikap keterbukaan itu, Dewan Pemuda PAS menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan Umno.

Tambahnya, melalui mesyuarat tersebut, Dewan Pemuda PAS juga membuat ketetapan komited kepada Pakatan Rakyat yang sedang terjalin.

Salahuddin menegaskan, Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya wadah untuk menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

Katanya, Dewan Pemuda PAS juga akan menentang sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memecah belah serta menimbulkan fitnah dan hasutan terhadap Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu katanya, sekiranya berlaku muzakarah antara PAS dan Umno, ia tidak akan berakhir dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat serta menyertai atau berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional.

"Oleh itu rakyat seharusnya faham bahawa muzakarah yang digembar gemburkan jika menjurus kepada perbincangan perkongsian kuasa serta agenda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, menjurus kepada kerjasama politik ia merupakan perkara yang tidak benar sama sekali.

"Rakyat seharusnya yakin dengan kepimpinan PAS serta perjuangan PAS hari ini. Kita sebenarnya sedang menerima mandat rakyat selepas Pilihan raya lalu dan telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Ini merupakan amanah dan tangggung jawab yang kita tunaikan dengan penuh kesedaran. Kita mempunyai prinsip dan pegangan yang cukup kuat tanpa ada pemikiran lain untuk lari atau mengkhianati daripada Pakatan Rakyat ,"tegasnya.

Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam Pakatan Rakyat, perkara tersebut akan diselesaikan dengan baik. - mks._

Pemuda PAS Bantah Konsert Inul

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/24/2008 01:08:00 AM | 0 Pandangan »

Konsert Inul: Pemuda PAS Wilayah serah memo pada Datuk Bandar
Roy Rasul Foto Nasir Sudin Wed Jul 23, 08 4:04:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, menghantar satu memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Abdul Hakim Borhan di atas pemindahan konsert Inul Daratisha ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 27 Julai ini.

Memorandum tersebut yang diserahkan oleh Ketua Pemudanya Kamaruzaman Mohamad kepada Dato' Bandar, di ibu pejabatnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Walaupun memorandum tersebut diterima pegawai khasnya Shaari Ahmad Junid kerana Datuk Bandar mempunyai urusan lain tetapi Shaari berjanji akan memberikannya kepada Datuk Bandar.

Sementara itu, Kamaruzaman semasa bercakap dengan Shaari berkata, pemindahan konsert Inul daripada Stadium Larkin Johor Bahru ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur adalah sesuatu yang tidak tepat.

Ini katanya, Majlis Ulama Indonesia (MUI) pernah melabelkan imej Inul sebagai penari lucah dan menghairahkan di atas gelek gerudinya.

"Namun dalam masa sepuluh hari iaitu dari 17 Julai hingga 27 JUlai ini DBKL meluluskan pula konsert itu setelah dibatalkan di Johor pada 17 Julai lalu.

"Ia seolah-olah tidak ada pertimbangan bagi meneruskan konsert Inul ini," katanya.

Sehubungan itu tegasnya, Pemuda PAS Wilayah meminta supaya konsert tersebut dibatalkan bahkan katanya DBKL perlu meneliti baik buruknya konsert-konsert seperti itu diadakan di ibu negara.

"Kita sedia maklum di Kuala Lumpur ini masalah sosial terlalu teruk jadi apakah relevannya konsert Inul dibawa ke sini," katanya sambil meminta DBKL lebih tegas meluluskan konsert-konsert terutamanya artis dari luar negara.

Dalam pada itu semasa bercakap kepada wartawan, beliau berkata, memorandum itu turut menggesa supaya DBKL mengikut garis panduan hiburan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) apabila mahu meluluskan sebarang konsert.

"Sepatutnya ia diimplimentasi supaya rakyat Malaysia disajikan dengan konsert hiburan yang benar-benar bermanfaat kepada rakyat.

"Bukannya menyajikan persembahan yang boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat," katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya konsert Inul diteruskan Pemuda PAS Wilayah akan mengedarkan lima hingga sepuluh ribu risalah di stadium berkenaan bagi memberi kesedaran mereka yang hadir.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut sama dalam penyerahan memorandum tersebut berkata, beliau kesal dengan tindakan DBKL meluluskan konsert tersebut di Bukit Jalil nanti.

Ini katanya, kerajaan negeri Johor tidak dapat menerima konsert Inul.

"Ini bermakna kerajaan Johor memperhalusi sebab-sebab pembatalan apabila tidak mengizinkan konsert Inul di Johor," katanya.

Katanya, kerajaan Johor mengambil masa yang panjang kerana permohonan dibuat dua bulan sebelum konsert dibuat .

Namun katanya, di DBKL pula menggambarkan mereka mengambil keputusan yang sangat drastik.

"Jika kerajaan Johor membuat satu keputusan bahawa konsert Inul tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat di Johor.

"Sudah tentu DBKL harus melihat kepada keputusan yang dibuat kerajaan Johor.


"DBKL sepatutnya merujuk kepada Majlis Bandaraya Johor Bharu dahulu sebelum
meluluskannya," katanya lagi. - mks. _

Pertemuan Exco DPP Pusat Dengan Exco Kerajaan Selangor Daripada PAS

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/23/2008 02:19:00 AM | 0 Pandangan »




Apabila Hati Sudah Terguris...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 11:26:00 PM | 0 Pandangan »

Saya pasti, banyak hati yang terguris dengan apa yang berlaku sejak petang semalam. Bermula dengan pendedahan Pak Lah bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemu dengan beliau untuk tujuan muzakarah, kenyataan Presiden PAS pada tengah malam semalam yang mengakui bahawa telah ada pertemuan yang dibuat untuk bertemu dengan Pak Lah dan kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang minta muzakarah ini dihentikan segera.
.
Apabila Pak Lah menyebut bahawa telah berlakunya perbincangan ataupun muzakarah di antara beliau dengan beberapa pimpinan tertinggi PAS yang tidak melibatkan TG Nik Aziz, ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku. Ada seorang kawan memberitahu saya bahawa tidak mungkin Pak Lah sanggup berbohong dengan kenyataan ini kerana ia telah disiarkan kepada ramai. Saya telah menyatakan kepadanya bahawa tidak perlu percaya bahawa ada pertemuan rasmi dibuat kerana kalau ada pun ia adalah pertemuan tidak rasmi dan melibatkan individu tertentu yang sudah pastinya tidak melibatkan Pak Lah.
.
Kemudian, saya telah membaca kenyataan rasmi daripada Presiden PAS bahawa memang wujud pertemuan yang dimaksudkan oleh Pak Lah dan TG Haji Hadi telah menyenaraikan nama-nama yang telah bertemu dengan Pak Lah untuk mengadakan perbincangan.
.
Secara jujurnya, saya terkejut dengan kenyataan Presiden PAS ini. Saya tidak terfikir sehingga pertemuan tersebut melibatkan Pak Lah sendiri. Saya memang terdengar bahawa ada pertemuan yang melibatkan individu tertentu di dalam PAS yang dibuat secara tidak formal di Parlimen dan di mana-mana lokasi tetapi ia tidaklah sampai dianggap satu pertemuan yang rasmi.
.
Saya telah pun membuat satu komentar terhadap isu muzakarah PAS dan UMNO. Secara umumnya, saya konsisten menyatakan bahawa saya tidak menolak hasrat untuk diadakan muzakarah tersebut demi kebaikan Islam. Saya cukup yakin bahawa sekiranya muzakarah ini diadakan secara ‘ live’ dengan membincangkan masa depan agama dan masa depan Melayu maka ahli UMNO akan mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO dan menyertai PAS.
.
Saya menyokong muzakarah yang tulen, tanpa membelakangkan pimpinan Pakatan Rakyat dan seluruh penyokong PAS. Saya percaya juga bahawa ahli PAS tidaklah bimbang sangat jika muzakarah tersebut diadakan dalam keadaan ia memberikan manfaat kepada ummah.
.
Namun, muzakarah yang diharapkan tidak begitu menjadi kerana telah ada beberapa pertemuan yang dibuat sebelum ini yang telah menimbulkan rasa curiga rakyat secara keseluruhannya.
.
Seorang jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Negeri Perak yang saya temui pada hari Sabtu yang lalu telah menanyakan soalan kepada saya, kenapa PAS perlu mengadakan pertemuan dengan UMNO? Sedangkan, UMNO adalah sebuah parti yang nazak dan tidak membela semua kaum. Bayangkan, itu adalah lontaran yang dibuat oleh ahli kelab penyokong. Bagaimana pula dengan pandangan daripada ahli dan penyokong diperingkat bawah?
.
Saya yakin bahawa ramai yang terguris dengan pendedahan TG Haji Hadi Awang yang mengiakan pertemuan tersebut terjadi. Saya yakin begitu kerana saya juga yang terguris dengan kenyataan ini. Saya bukan terguris dengan TG Haji Hadi tetapi terguris kerana sememangnya telah ada pertemuan dibuat sebelum ini.
.
Bukan mudah untuk menjawab perkara ini kerana sebelum ini rata-rata pimpinan PAS menafikan bahawa terdapat pertemuan yang diwar-warkan di dalam masyarakat.
.
Suara kurang enak sudah mula kedengaran di peringkat bawah. Ketidakpuasan hati, rasa tertipu, kecewa dan sebagainya sudah tidak lekang daripada bibir penyokong PAS. Mereka telah terguris dengan apa yang berlaku.
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
22 Julai 2008, 1.01 pagi

Pertemuan Dengan Pimpinan Kelab Penyokong PAS Perak

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 04:54:00 PM | 0 Pandangan »

Pada 19 Julai 2008, saya telah mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Perak bersama Jawatankuasa Kelab Penyokong PAS Negeri Perak. Pertemuan ini telah diadakan di Pejabat Perhubungan PAS negeri Perak.
.
Pertemuan ini diadakan untuk memberikan penerangan terhadap peranan LPN yang diwujudkan.
.
Terdapat beberapa soalan telah dikemukakan oleh pimpinan kelab khususnya berkaitan dengan isu semasa yang sedang melanda politik negara ketika ini.
.
Turut hadir di dalam pertemuan ini adalah Sdr Muhamad Tiang Abdullah (Pengerusi LPN DPPN Perak), sdr Salman Saleh (KP DPPK Ipoh Timur) dan ADUN Bercham, YB Encik Sum Cheok Leng (DAP).
.





PAS Tetap Perjuangkan Islam Dalam Apa Jua Keadaan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 07:59:00 AM | 0 Pandangan »

Pas tidak berganjak perjuangkan Islam - Utusan Online
Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD

KUALA TERENGGANU 20 Julai - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas tidak akan berganjak daripada pendirian asal untuk memperjuangkan Islam meskipun parti itu berada dalam pakatan pembangkang.
.
Beliau menegaskan, Pas hanya akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti pembangkang jika parti lain dalam pakatan itu iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghormati pendirian dan prinsip Pas.
.
''Setakat ini kerjasama tetap diteruskan seperti biasa kerana sokongan erat yang sentiasa terjalin dalam pakatan pembangkang," katanya ketika berceramah di Batu Enam di sini malam tadi.
.
Turut berceramah ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali.
.
Menurut Abdul Hadi, Pas akan tetap memperjuangkan Islam selagi ia tidak terlaksana sepenuhnya di negara ini.
.
Terdahulu, Mustafa dalam ceramahnya menyifatkan perjumpaan pemimpin Pas Terengganu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said baru-baru ini sebagai titik permulaan ke arah hubungan yang lebih baik antara kedua-dua belah pihak.
.
Beliau memberitahu, perjumpaan berkenaan hanya berkisar kepada isu royalti minyak dan bukannya aspek lain.
.
''Dalam perjumpaan itu kita cadangkan supaya kerajaan negeri memastikan hak pembayaran royalti minyak diserahkan sepenuhnya kepada negeri," ujarnya.
.
Selain itu, menurutnya, Pas juga mencadangkan kerajaan negeri menggunakan sepenuhnya wang royalti minyak yang dianggarkan berjumlah RM3 bilion setahun untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk tujuan lain.

Presiden PAS Jawab Isu Pertemuan Dengan Pak Lah

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 01:12:00 AM | 1 Pandangan »


PAS mengakui bertemu Perdana Menteri - Harakahdaily
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Sun Jul 20, 08 11:57:32 pm MYT

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

20 Julai, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Pembatalan Konsert Inul Satu Rahmat Untuk Rakyat Johor

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/21/2008 12:31:00 AM | 1 Pandangan »







Semalam, rata-rata akhbar di Malaysia menyiarkan berita pembatalan konsert Inul Daratista di Johor Bahru dengan memaparkan bagaimana betapa kecewanya Inul sehingga hampir pengsan apabila mendapat tahu bahawa konsertnya terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa di Johor.
.
Saya menerima panggilan telefon, SMS, email dan pesanan 'cbox' di dalam blog saya mengucapkan tahniah di atas komitmen Pemuda PAS Johor untuk memastikan konsert Inul dibatalkan. Saya tidak dapat untuk membuat apa-apa komentar kerana semalam dan hari ini saya berada di Ipoh untuk beberapa urusan. Malam ini ada peluang untuk saya mencoretkan pandangan terhadap keputusan pembatalan konsert ini.
.
Bagi saya, segala Puji hanyalah hanyalah bagiNya, Tuhan semesta 'alam. Saya mewakili DPPNJ hanya menjalankan tanggungjawab untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran.
.
Saya telah dihubungi oleh sdr Salman Hussin, pemberita Harakah Johor untuk mendapatkan maklumat terkini tentang konsert tersebut pada hari Jumaat malam Sabtu. Saya telah menyatakan bahawa konsert tersebut telahpun dibatalkan kerana keputusan pihak berkuasa tempatan adalah muktamad, iaitu permit tidak akan dikeluarkan.
.
Namun, perkara yang saya cukup terasa apabila melihat bagaimana Inul begitu sedih tidak terkata sehingga hampir pengsan apabila mengetahui bahawa konsert tersebut dibatalkan. Bukan terasa kerana sedih tetapi disebabkan Inul tidak dapat menerima takdir bahawa konsert tersebut dibatalkan.
.
Jika kita lihat reaksi dan wajah Inul ketika sidang media tersebut, Inul seakan sudah tidak dapat menahan kesedihan dan sukar untuk menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah. Inul bukannya calang-calang manusia, beliau telahpun menunaikan haji dan selayaknya digelar Hajah Inul namun apakah Inul tidak mahu melihat ianya adalah satu peringatan daripada Allah SWT?
.
Saya mendoakan agar Inul akan diberi hidayah oleh Allah. Bukan sekadar menunaikan haji tetapi perlu melihat dirinya sebagai seorang muslimah yang perlu mematuhi perintah agama. Setidak-tidaknya, Inul telah berjaya mengelak daripada mempersembahkan goyang gerudinya di Johor yang bakal mencatitkan dosa-dosa ke atas dirinya.
.
-------------------------------------------
Pemuda PAS Johor hargai keputusan MBJB batal konsert Inul - Harakahdaily
Salman Hussin Fri Jul 18, 08 1:03:39 pm MYT

BATU PAHAT, 18 Julai (Hrkh) - Pemuda PAS Johor menyambut baik keputusan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), tidak membenarkan konsert dangdut artis Indonesia, Inul Daratista, yang dijadual pada 19 Julai ini, di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, dekat sini.

"Keputusan MBJB tidak mengeluarkan permit kepada penganjur untuk mengadakan konsert ini adalah satu tindakan yang sangat tepat dan bertanggung jawab," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan akhbar penganjur konsert ini, IMF Prima, berhubung pembatalan konsert ini.

Menurut Faizi, pada 11 Julai lalu, Pemuda PAS Johor telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman, bagi membantah penganjuran konsert ini.

"Sehingga hari Selasa, kita dimaklumkan Pejabat MB masih tidak meluluskan permohonan bagi mengadakan konsert ini dan kenyataan akhbar pihak penganjur berhubung pembatalan konsert tersebut, amat melegakan kita.

"Kita juga difahamkan pada 10 Julai lalu, pihak penganjur telah mengemukakan rayuan kepada MBJB, tetapi rayuan mereka ditolak, bagaimanapun keputusan MBJB menolak rayuan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada penganjur.

"Bagi kita ketegasan MBJB ini menunjukkan keperihatinan mereka terhadap kepentingan sosial rakyat terutama golongan muda.

"Berdasarkan kepada latar belakang artis dangdut yang membawa imej lucah dalam persembahannya sebelum ini, maka amat wajar sekali MBJB dan Kerajaan Johor, tidak membenarkan konsert ini diadakan di negeri ini.
.
"Kita juga mengharapkan keputusan sama diambil Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), terhadap konsert-konsert seumpama ini pada masa depan.

"PAS tidak sekali-kali menentang hiburan kerana kita faham ianya satu keperluan bagi setiap manusia, tetapi biarlah hiburan yang bersifat mendidik dan menjurus ke arah kebaikan dunia dan akhirat, bukan melalaikan atau menyesatkan manusia, lebih-lebih lagi umat Islam," ujarnya lagi. - mns_

FITNAH Terhadap DPPNJ!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/20/2008 09:10:00 PM | 3 Pandangan »


Saya telah dimaklumkan oleh seorang pemuda di Batu Pahat pada hari Jumaat yang lalu bahawa beliau telah menemui risalah yang diedarkan kepada para jamaah ketika selepas solat di kawasan Sri Gading yang ditulis di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Johor supaya orang ramai tidak menghadiri program yang melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan PAS tidak pernah menganggap bahawa DSAI sebagai Pemimpin Barisan Rakyat.

Saya menafikan bahawa risalah ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Saya melihat bahawa kerjabuat yang dilakukan oleh 'pihak tertentu' ini sudah cukup membayangkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mula dirasai keberkesanannya kepada rakyat. Cubaan untuk menggagalkan aktiviti PR dan memecahbelahkan PR dilancarkan supaya PAS, DAP dan PKR akan berpecah-belah sesama-sendiri.

Risalah ini telah dicetak dengan tulisan berwarna hijau pada asalnya dan setakat ini dapat dikesan diedarkan di kawasan Batu Pahat dan Muar. Saya mendapati bahawa 'letterhead' DPPNJ telah diambil daripada blog DPPNJ untuk meyakinkan bahawa ia telah dikeluarkan oleh DPPNJ. Saya cadangkan kepada 'pihak tertentu' ini supaya pada masa akan datang surat gerak saraf seperti ini dibuat dalam bentuk surat rasmi, siap dengan letterhead dan nama serta tandatangan saya sekali selaku Ketua DPPNJ.

Keduanya, saya dapati bahawa 'pihak tertentu' ini telah silap menggunakan perkataan 'Barisan Rakyat' yang sepatutnya ditulis adalah 'Pakatan Rakyat'. Mungkin penulis risalah ini terambil daripada perkataan parti Barisan penulis wakili maka perkataan Barisan Rakyat telah tersilap digunakan.

DPPNJ akan mengeluarkan kenyataan media secara rasmi esok untuk membetulkan keadaan.

Sekian

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

STAROBA OLD BOYS WEEKEND 2008

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/20/2008 08:16:00 PM | 2 Pandangan »

Kemaskini 21 Julai '08, 10.40malam) Buat pertama kali dalam sejarah, saya telah menghadirkan diri ke STAROBA Old Boys Weekend yang diadakan pada 19 & 20 Julai 2008 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh Perak. Walaupun jika diambil kira aktiviti yang tidak putus-putus dalam PAS, namun saya cuba luangkan masa pada tahun ini untuk bersama dengan sahabat-sahabat yang telah melalui zaman persekolahan sejak daripada tahun 1986 sehingga tahun 1990.

Agak canggung juga apabila mula-mula untuk bersama-sama semula dengan sahabat-sahabat lama ini kerana sebahagian besar daripada mereka saya sudah lama tidak temui tetapi di atas nama ukhuwwah fillah saya kuatkan hati untuk ke STAR.

Bergerak daripada Kluang bersama Saleh yang tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan saya, kami bergerak ke KL dan di sana kami bersama Joe Pisang dan Isbos menaiki CRV ke Ipoh (hanya nama-nama panggilan saja yang digunakan untuk memperkenalkan sahabat-sahabat ini).

Di Ipoh, kami bertemu dengan group pertama disebuah hotel terkenal di Ipoh. Mula-mula bertemu dengan Badak & Anas yang tidur dibilik yang sama. Bilik seterusnya, kami bertemu dengan Bad Gemuk, Nurul, Kijang, Cabang, Pa' Tua, Ilon & Asrul.

Pukul 2 petang saya ke Pejabat Perhubungan PAS Perak kerana ada pertemuan dengan Kelab Penyokong PAS.

Pukul 5 petang saya telah kembali semula ke STAR dengan sdr Salman Salleh, Ketua DPPK Ipoh Timur (STAR terletak di dalam Parlimen Ipoh Timur).

Di sana, saya bertemu dengan ramai sahabat-sahabat yang lain seperti Zaidi, Ma' Stone, Kapten Wadi, Apit Yellow, Tobeque, Azmi Dato', Chunut, Polan, Rasky, Badut, Zaidi Red, Ronny & Nora. Ali Nawer dan Shahidi juga turut hadir tetapi saya tidak dapat bertemu dengan mereka.

Panjang ceritanya namun saya tidak dapat coretkan di dalam blog ketika ini kerana kekangan masa. Insya Allah saya akan coretkan pada masa akan datang.

Namun, kegembiraan bertemu dengan sahabat-sahabat ini sememangnya cukup berharga kepada saya dan juga kepada mereka yang lain.