LATEST NEWS FROM PASIR GUDANG

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/30/2007 03:17:00 PM | 0 Pandangan »

"Alhamdulillah..." Itulah ucapan yang saya mampu lafazkan ketika ini kerana Allah menjauhkan kita daripada kejadian yang tidak diingini berlaku di Pasir Gudang dan di Johor seperti yang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ini.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang dan kawasan Tebrau melaporkan bahawa tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku di sana sehingga kini.
Saya mewakili DPPNJ mengucapkan tahniah di atas kejayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menangkap 2 orang suspek yang dipercayai terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu yang berunsur hasutan.
Walau bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan PDRM yang menggunakan ISA untuk menahan kedua-dua suspek ini. Menurut Pemangku Ketua Polis Johor kes ini disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi kesalahan membuat penyebaran laporan-laporan palsu yang boleh menimbulkan kecemasan awam.
Walaupun kami bersetuju dengan tangkapan dan siasatan ini tetapi kami juga konsisten bahawa ISA adalah akta yang zalim kepada rakyatc
Saya akan membuat ulasan lanjut nanti.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
30 Ogos 2007, 3.31 petang

2 Ditahan ISA sebar SMS Perkauman - Utusan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/30/2007 03:13:00 PM | 0 Pandangan »

2 ditahan ISA sebar SMS perkauman
Utusan Malaysia, 30 Ogos 2007

JOHOR BAHRU 29 Ogos – Polis menahan dua lelaki di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terbabit dalam penyebaran khabar angin berunsur perkauman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 25 dan 29 tahun ditahan semalam selepas mendapat maklumat orang ramai.

‘‘Kes ini disiasat di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi kesalahan membuat penyebaran laporan-laporan palsu yang boleh menimbulkan kecemasan awam.

‘‘Polis Johor sememangnya tidak akan bertolak- ansur ke atas mereka mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS dan e-mel yang berbau perkauman,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum.

Kata beliau, negara boleh rosak sekiranya wujud golongan yang sengaja mengeluarkan kenyataan melampau tanpa mengambil kira sensiviti rakyat pelbagai kaum.

Menurut Mohd. Mohktar, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah membenarkan suspek yang berusia 25 tahun itu dikenakan tahanan reman selama tujuh hari manakala suspek yang berusia 29 tahun tersebut ditahan reman enam hari.

Katanya, polis kini menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kes tersebut dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya mendapati masih ada lagi pihak yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan keadaan keselamatan serta keamanan di negeri itu adalah terkawal.

“Saya juga menggesa dan menyeru orang ramai agar menghubungi pihak polis dengan segera seandainya menerima apa jua SMS atau e-mel yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di negeri ini.

“Saya juga meminta orang ramai agar memberhentikan penyebaran SMS yang berbau perkauman dan jangan menggunakan teknologi ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) untuk mewujudkan suasana bimbang dan takut masyarakat,” katanya.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih ke atas keprihatinan orang ramai memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan khabar angin tersebut.

Rumour strikes fear in Johor townships

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/30/2007 03:02:00 PM | 0 Pandangan »

Petikan daripada Malaysiakini.com
Andrew Ong, Kuek Ser Kuang Keng & Muda Mohd Noor
Aug 29, 07 6:45pm
Two days before the country celebrates its 50th birthday, certain parts of Johor are in a grip of fear.
A rumour about racial strife in two Johor townships has been making the rounds since Sunday via SMS text-message, but authorities were swift to dismiss this as untrue. The details vary in each text-message but the theme is essentially the same - that the purported incident involves Malays and Indians in Masai and the port town of Pasir Gudang.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and the police have firmly denied this, but the authorities are not taking chances - eye-witnesses report that numerous roadblocks have been mounted.Pasir Gudang is about 35km east of Johor Bharu while Masai is a little closer to the state capital.
At one of these, said an eye-witness, police screened vehicles from Masai entering Taman Cendana in Pasir Gudang.
When contacted, Johor PAS Youth chief Khairul Faizi Ahmad Kamil said he was told that there were about 10 roadblocks last night between Johor Bharu and Pasir Gudang.
The heavy police presence however seems to be a double-edged sword - while no doubt intended to ensure calm, it has had the effect of fueling anxiety.
“People believe that the police presence means that the scenario, as described in the rumour, must be true,” said Khairul.
“There is a lot of chatter now in the warong (stalls). There is anxiety among residents when they see one another in public.”
Allaying fears Numerous groups, including political parties, have been scrambling to quell public fear. Acting Johor police chief Mohd Mokhtar Mohd Shariff and Johor Bharu South district police chief ACP Roslan Ahmad held a special briefing last night at a school in Taman Cendana for some 300 residents.

Flyers urging calm and telling the public to ignore the rumour were distributed at the event. [see below] Permas Jaya assemblyperson KS Balakrishnan, who had accompanied Roslan, said the residents were assured that there is no truth to the claim being circulated. Balakrishnan, whose constituency covers Taman Cendana, disagreed that the heavy police presence itself posed a source of fear.
“Because of the rumour, we must beef up efforts to ensure security. This is normal,” he told malaysiakini. Pasir Gudang Umno deputy chief Ibrahim Abdul Ghaffar described the situation in Taman Cendana and Permas Jaya as “normal”.
“There are no Federal Reserve Unit (FRU) personnel in the two areas. People are going about their business as usual. Balakrishnan and I visited both areas last night and this morning. There were no fights,” he added.
Eyewitnesses had claimed that FRU trucks were stationed in the two locations, but that they had not seen personnel being deployed. Fears spreading online Meanwhile, the rumour has sparked discussion in Internet forums and blogs.

A search of major sites in Bahasa Malaysia and Mandarin revealed varying degrees of fear being expressed, as well as eyewitness reports. Popular Bahasa Malaysia Internet forum cari.com.my drew more than 500 posts under the topic ‘What is the situation like in Pasir Gudang?’.
A Mandarin forum, jbtalks.cc has attracted more than 760 posts with many claiming that they would stay indoors in the coming days, as they fear unrest. Numerous forums re-published an email from one ‘Ahmad Roh’ who claims to be from Taman Cendana.
“What we Taman Cendana residents are facing lately is sadness resulting from the false SMS which has mushroomed..."If this continues, we will not forgive these ‘SMS journalist’ [sic] who are rumour-mongers. They are obsessed with creating stories that are spreading fear among the (community),” reads the email denying the rumour, the content of which also appeared in the flyers distributed by the police at the meeting with residents yesterday.
“Have any of you seen or received (mobile phone pictures) that can prove that we are under attack, (or are engaging in) attacks and riots? Let us answer this question: It would be a lie if you (rumour-mongers) say that you have received or seen such pictures.”

SURAT KETUA UMNO BAHAGIAN KEPADA JURUTERA DAERAH BATU PAHAT

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/29/2007 05:03:00 PM | 1 Pandangan »

UMNO memang hebat, memang hebat.
Sebagai seorang Ketua Bahagian, mereka mampu mengarahkan Jurutera Daerah supaya menyenaraihitamkan kontraktor-kontraktor yang disyaki penyokong ataupun simpati kepada parti pembangkang.
Jurutera Daerah bekerja untuk rakyat tetapi terpaksa tunduk kepada ketua bahagian sebuah parti politik. Maka tidaklah pelik jika bangunan boleh retak, bumbung runtuh, jalan pecah dan jambatan tidak selamat.
Inilah dia yang dinamakan demokrasi terpimpin...


klik gambar untuk mendapatkan gambaran yang jelas

INFO TERKINI DI MASAI & PASIR GUDANG

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/29/2007 03:46:00 PM | 0 Pandangan »

Taklimat khas daripada Pemangku Ketua Polis Johor di Sekolah Kebangsaan Taman Cendara malam semalam.
Penduduk Taman Cendana dan sekitarnya telah hadir untuk mendapatkan maklumat sebenar isu yang sedang melanda mereka.

Sepanjang hari ini saya telah dihubungi oleh pelbagai pihak yang ingin mendapatkan kepastian terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan di Masai dan Pasir Gudang termasuklah wartawan-wartawan.

SMS demi SMS terus disebarkan bagi menggambarkan suasana yang tegang sedang berlaku di sana. SMS tersebut menggambarkan bahawa seorang anggota polis telah mati, dua melayu telah dipotong tangan, dua melayu disembelih dikuil hindu dan sebagainya.

Ada juga yang melahirkan rasa tidak puas hati kepada saya kerana dituduh cuba untuk menutup keadaan yang sebenarnya berlaku di Pasir Gudang. Bagi saya, tanggung jawab saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS di Johor bukannya untuk mengeruhkan keadaan tetapi sedaya upaya untuk meredakan kebimbangan yang sedang melanda masyarakat di sana.

Saya tidak menolak bahawa terdapat kemungkinan rasa tidak puas hati yang berlaku di antara kaum termasuklah di Masai dan Pasir Gudang tetapi apalah perlunya untuk kita menyimbah minyak tanah ke atas bara api? Pastinya, tindakan membangkitkan isu perkauman tidak mendatangkan kebaikan untuk kita semua. Lebih baik kita simbahkan sahaja bara api tersebut dengan sebaldi air.

Firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Maidah : 8

Sebentar tadi saya telah mendapatkan maklumat terkini daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Gudang, Syed Osman Syed Abdullah tentang keadaan di Pasir Gudang dan laporan taklimat yang diadakan semalam di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang.

Menurut beliau, lebih kurang 700 orang penduduk di sekitar Taman Cendana telah hadir untuk mendapatkan maklumat tentang situasi sebenar. Taklimat telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Bin Mohd Shariff. turut hadir adalah Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad dan beberapa pegawai yang lain

Datuk Mohd Mohktar meminta agar penduduk di Taman Cendana agar bertenang dan tidak mudah panik dengan sebaran SMS yang cuba melagakan isu perkauman.

Menurut Syed Osman, penduduk di Taman Cendana berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan namun masih mengambil sikap berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

Saya masih yakin dengan kemampuan pihak polis untuk menjaga keselamatan di Johor walaupun isu keselamatan dan jenayah di Johor menjadi perdebatan sejak akhir-akhir ini.

Persoalan yang sering bermain di fikiran saya, adakah ini yang dinamakan keharmonian dan kesejahteraan setelah kita mencapai kemerdekaan selama 50 tahun sedangkan isu pertembungan di antara kaum masih lagi belum dapat diselesaikan?


JANGAN BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/28/2007 09:40:00 PM | 2 Pandangan »

JANGAN BANGKITKAN ISU PERKAUMAN

Sejak kelmarin, saya kerap dihubungi oleh banyak pihak bertanyakan tentang kemungkinan akan berlakunya rusuhan kaum di Johor Bahru. Beberapa SMS telah disebarkan dan diperpanjangkan kepada ramai termasuklah di kalangan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Blog saya (
http://minda-kembara.blogspot.com/) tiba-tiba mencapai hits yang tinggi sejak semalam dan saya yakin ianya ada kaitan dengan penyebaran SMS tersebut.

SMS yang dilihat cuba meransang kaum Melayu untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ini telah membangkitkan rasa cemas sehingga terdapat pendudk di sekitar Johor Bahru bimbang untuk keluar daripada kawasan rumah. Kononnya, pada 30 Ogos 2007 akan berlakunya huru-hara di Masai dan Pasir Gudang, Johor dan semua agar berwaspada. SMS ini juga dikatakan disebarkan untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Saya paparkan beberapa SMS yang telah disebarkan ;

SMS 1,

Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,

A’kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Saya telah mengarahkan kepada semua anggota Pemuda PAS di negeri Johor agar tidak mudah panik dan terpengaruh dengan SMS tersebut. Kebimbangan saya adalah ianya adalah merupakan satu episod yang sengaja direka bagi menimbulkan situasi yang tegang di antara kaum kerana kita telah banyak belajar daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang sengaja direka untuk kepentingan politik.

Semalam, pihak keselamatan telahpun mengadakan pertemuan tergempar dengan parti-parti politik termasuklah PAS, badan bukan kerajaan dan ketua-ketua agama bagi menyampaikan hasrat agar semua pihak dapat mengawal keadaan dan menasihatkan kepada semua ahli agar mengambil sikap bertenang.

Malam ini, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Roslan Ahmad kepada penduduk-penduduk diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Pasir Gudang untuk menenangkan keadaan.

Sehingga kini, keadaan di Johor masih lagi terkawal, tidak seperti yang digembar-gemburkan. PAS Johor akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak keselamatan untuk bersama menegakkan keamanan.

Paling utama, saya mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang dan tidak mudah menyebarkan maklumat yang diragui kesahihannya. Apa yang mampu kita lakukan ketika ini adalah dengan menghadapinya dengan ketenangan dan berserah kepadaNya agar tidak akan terjadi perkara yang tidak diingini.

PAS Memimpin Perpaduan
Wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Pengerusi Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat
http://minda-kembara.blogspot.com/
28 Ogos 2007, 019-7701830

BERSAMA GERAK MENYERAHKAN MEMORANDUM

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/28/2007 07:54:00 PM | 0 Pandangan »

Pada 28 Ogos 2007, Ekspedisi Solo Bermotosikal "Merdeka Dari Rasuah" sempena 50 tahun kemerdekaan negara yang dilakukan oleh sukarelawan GERAK, Mohd Zainuddin Ghazali, telah tiba di Bukit Timbalan Johor Bahru, Johor.

Saya telah mengiring sdr Zainuddin yang tiba di perkarangan Bukit Timbalan pada pukul 4.20 petang diiringi oleh wakil GERAK di Johor serta beberapa anggota DPPNJ yang lain.

Ketibaan Zainuddin telah disambut oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Mohd Sa’odi bin Mat Atar yang mewakili Menteri Besar Johor yang sedang menghadiri program yang lain.

Walaupun Zainuddin keletihan dan kepenatan setelah mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam daripada Kuantan tetapi semangat yang kental anak muda ini telah berjaya menyerahkan memorandum tersebut.

Dalam nada yang agak sedikit kesal kerana tidak dapat menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri Besar Johor, Zainuddin menjelaskan kepada wakil MB Johor bahawa tindakan berekspedisi secara solo ke seluruh negara dan menyerahkan memorandum kepada Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah untuk mendapatkan sokongan daripada kalangan mereka bagi mengistiharkan rasuah adalah musuh nombor satu negara dan bukannya dadah kerana dadah berleluasa disebabkan berlakunya rasuah.

Beliau berharap agar Menteri Besar Johor dapat memberi sokongan kepada apa yang dilakukan oleh GERAK untuk memerangi rasuah sehingga ke akar umbi.

Mohd Sa’odi berjanji untuk memanjangkan harapan wakil GERAK tersebut kepada Menteri Besar Johor.

DPPNJ sentiasa menyokong GERAK dalam usaha memerangi rasuah di dalam negara kerana ianya telah terlalu parah terutamanya di kalangan pemimpin-pemimpin negara.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com
019-7701830

Mohd Sa'odi menurunkan tandatangan di dalam memoradum GERAK

Setiausaha Akhbar MB Johor sedang menjelaskan kepada Zainuddin dan

Zainuddin menyerahkan memorandum GERAK kepada Mohd Sa'odi.

Sesi sidang media setelah memorandum diserahkan kepada wakil MB Johor

Zainuddin bergambar bersama-sama Pemuda PAS Johor

BERHATI-HATI DENGAN ISU PERKAUMAN

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/27/2007 01:56:00 PM | 1 Pandangan »

Sejak semalam saya telah mendapat maklumat daripada beberapa pimpinan Pemuda PAS Di sekitar daerah Johor Bahru (JB) berkaitan dengan kemungkinan akan berlaku rusuhan kaum di sana hasil daripada penyebaran SMS yang berleluasa di sekitar JB.

Dua SMS tersebut telah saya baca dan saya tuliskan dalam blog ini untuk tatapan semau ;

SMS 1,

Rdblock tmn cendana&masai dbuat arini 24j. India dr bt caves ada d jb. Bdk melayu dtembak mati d masai smlm. Baik2 bw kenderaan. Jgn kuar mlm. Balai polis brgerak dh ada d kwsn kita. Smpaikan pd kaum melayu kna bhati2. Smpikn info ini kpda semua bngsa mlayu.

SMS 2,

A’kum pd smua kekanda2 dn adinda2, ptg td sy messy besama abg2 P*k**a JB, dn secara rasmi info kekacauan d PG pd 30hb dijangka timbul huru hara yg dibuat olh kaum India, d hrp smua berhati2 dr 28hb dn stanby, pd 30hb pastikn smua berada dgn jarakberhampiran dn memberi info antara 1 sama lain. Pd 30hb mlm juga sy brada d masai. Pjgnkn AMANAH ini pd smua. Msg ini PENTING, sygilah agama, bangsa, tanahair kte ALAHUAKBAR 3x – FOSSIL MEI LONG -

Keadaan di negeri Johor yang semakin tidak selamat dengan isu jenayah sebelum ini menjadi berita utama kepada kebimbangan rakyat di Johor ditambah lagi pula dengan penyebaran SMS ini.
Ketua DPPK Pulai memaklumkan kepada saya pagi tadi bahawa terdapat banyak 'road block' oleh pasukan keselamatan terdapat di JB menambahkan lagi kebimbangan penduduk di sana.

DPPNJ telah menghantar SMS kepada semua pemuda-pemuda PAS agar tidak melatah dengan SMS seperti ini. Pemuda-pemuda PAS ditegah sama sekali untuk terlibat dengan perkara seumpama ini kerana saya mengesyaki bahawa terdapat 'tangan-tangan' yang sengaja memainkan isu perkauman dengan harapan PAS akan terlibat sama dalam kemelut ini.

Sejarah isu perkauman 13 Mei 1969 telah membuktikan ianya adalah tektik kotor UMNO untuk membuktikan kepada orang-orang melayu bahawa UMNOlah yang memperjuangkan nasib bangsa melayu.

Apapun, DPPNJ mengharapkan agar pihak berwajib dapat menenangkan keadaan supaya kembali kepada sedia kala.

Syabas Tuan Guru Nik Aziz...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/19/2007 01:14:00 PM | 0 Pandangan »

Pagi tadi, Ketua DPPK Mersing menghantar SMS kepada saya tentang berita yang disiarkan dalam The Star pada hari ini berkaitan dengan berita Menteri Besar Kelantan bermain snooker. Hmm...saya memang menunggu saat seperti ini kerana saya nak buktikan keterbukaan Tuan Guru terhadap permainan yang diminati khususnya dikalangan anak-anak muda.
Mungkin dalam masa terdekat ini pemuda PAS Johor pula akan bersama dengan anak-anak muda di pusat permainan snooker untuk berdakwah.
Sporting: Nik Aziz getting
ready to start off the inaugural
Kelantan Open Snooker and Billiard Championship
in Kota Baru on Saturday.


MB: It’s okay if there’s no gambling
By C.A. ZULKIFLE

newsdesk@thestar.com.my
KOTA BARU: Cue sports – snooker, pool and billiards – are healthy sports and acceptable to Muslims if they are free from elements of gambling and vice, said Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
And as long as the game is not linked to vice or gambling, the state government will give its support, he added.
Recapping a trip he made to China in 1993, the Mentri Besar said he noticed many snooker parlours along the streets and felt that Kelantan could adopt the game as a recreational activity.
However, he said, it would be more comfortable and acceptable here if these places enforced regulations against vice and gambling.
Nik Aziz said this when opening the inaugural Kelantan Open Snooker and Billiard Championship at the KB Mall here yesterday.
His presence is seen as sanctioning cue sports and formally lifting the ban on snooker parlours, which was imposed in 1990.
He hoped operators of snooker parlours would manage their premises according to the terms and conditions imposed by the local authorities.
Besides the parlour here, there are two others at Tanah Merah and Pasir Mas.
They operate on the conditions that men and women be separated in different zones and they would need to observe strict opening hours and provide a prayer room for Muslim patrons.
However, women are allowed to only be there until 9pm while the men can play till 11pm.
When asked about this, Nik Aziz said the regulation benefited the women.
“Even the labour authorities do not allow women to work past 10pm.
“This guideline is to protect them from harm,” he added.
He warned illegal parlours to apply for a licence before the authorities clamped down on their operations.
The championship, organised by the Kelantan Snooker and Billiards Association that has 300 registered members, has drawn 64 participants from the host state and from Terengganu, Penang, Selangor and Pahang.
Association committee member Kevin Poh said the Mentri Besar’s decision to open the event was a boost for the sport in the east coast.

Seks Bersih Dosa?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/17/2007 12:23:00 PM | 1 Pandangan »


Seks bersih dosa
Oleh Nazarali
Saerilnazarali@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Pengikut satu kumpulan ajaran sesat yang popular dengan amalan zikir laga lutut, boleh dianggap lebih hina daripada binatang apabila sanggup bertukar isteri dengan pengikut lain, kononnya untuk membersihkan dosa dan menambah pahala.


Kumpulan terbabit yang beroperasi di sekitar Klang, dikesan sering menjadikan pasangan suami isteri bermasalah dan suka hidup berfoya-foya sebagai sasaran bagi memudahkan urusan ‘menambah pahala’ dijalankan dengan lebih meluas sesama pengikut.

Amalan bertukar isteri untuk dijadikan pelampias nafsu dilakukan sejurus wirid secara beramai-ramai sambil memuja tok guru songsang itu selesai dijalankan.

Ketika berwirid, pengikut turut dibenarkan meraba pengikut wanita tanpa halangan bagi membangkitkan keghairahan sebelum tok guru memberikan mereka peluang melakukan hubungan seks bebas.

Mendedahkan kemunculan kumpulan ajaran sesat baru itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata ketika berwirid, tok guru terbabit akan menghampiri mana-mana pengikutnya untuk wirid bersama.

“Mereka berwirid secara berpasangan. Pengikut lelaki dikehendaki duduk secara berlaga lutut dengan pengikut wanita.“Kemudian, tok guru datang dan duduk di tengah-tengah antara mereka sebelum memilih pasangan bagi setiap pengikut lelaki dan wanita. Mereka kemudian dibenarkan bermesra sejurus selesai berwirid,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, tok guru sesat itu akan mengulangi perbuatan sama kepada semua pengikutnya sebelum dia sendiri memilih wanita sesuai untuknya bersetubuh, termasuk isteri pengikut kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, wanita yang bakal bersama tok guru dimestikan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti berwajah menawan dan memiliki bentuk badan menggiurkan.

“Apabila urusan pemilihan pasangan selesai, tok guru akan memberi arahan kepada pengikutnya supaya memalapkan lampu ruangan dan berzikir secara perlahan-lahan.

“Pengikut yang sudah diberikan pasangan masing-masing kemudian diminta berpindah ke ruangan lain yang sudah dikhaskan untuk mereka melakukan hubungan seks,” katanya.

Tok guru songsang itu juga melakukan perkara sama dan akhirnya kawasan berwirid dibiarkan kosong. Selesai melakukan hubungan haram itu, pasangan terbabit dikehendaki kembali semula ke ruang wirid.

Tok guru itu kemudian memberikan syarahan berkaitan kepentingan ajaran sesat terbabit selain apa yang perlu dilakukan pengikut untuk menambah pahala serta menarik lebih ramai pengikut.

“Kegiatan terbabit berlaku beberapa ketika lalu dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang memantau pergerakan kumpulan itu.“Kami berharap, orang Islam tidak terpedaya dengan pelbagai dakyah kumpulan ajaran sesat terbabit kerana mereka hanya mahu mengambil kesempatan manakala ajarannya pula cukup mengarut, malah tidak masuk akal,” katanya.

Abdul Rahman turut menggesa pengikut ajaran sesat itu supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan amalan songsang itu diminta menjauhinya selain memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Lanjutan Kes Rogol di Tebrau, Johor

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/16/2007 04:45:00 AM | 0 Pandangan »

Kanak-kanak 12 tahun dituduh rogol, culik
Oleh Srihanasham Noordin

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan lima remaja lain didakwa di dua mahkamah berasingan di sini, semalam atas tuduhan menculik, merogol dan merompak seorang wanita, awal bulan ini.
Kanak-kanak itu didakwa di Mahkamah Sesyen bersama seorang remaja berusia 19 tahun, P E Vijayan serta dua remaja berusia 17 tahun dan dua lagi berusia 16 tahun atas tuduhan menculik dan merompak secara berkumpulan di Jalan Litar Pasir Gudang di sini, 4 Ogos lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda bagi tuduhan menculik, manakala dakwaan merompak boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau sebatan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 395 kanun yang sama.
Di mahkamah sama, Vijayan juga didakwa merogol dan memaksa mangsa melakukan seks oral di tangki air, Tanjung Langsat Satu Scientex dekat sini antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Abdul Aziz Baba, manakala semua tertuduh diwakili peguam bela S Gunapathi.
Hakim Aliman Musri hanya membenarkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, kanak-kanak terbabit turut didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan memaksa mangsa sama melakukan seks oral pada 4 Ogos 2007 antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi di tangki air, Tanjung Langsat Satu Scientex dekat sini.
Empat lagi remaja yang berusia 17 dan 16 tahun juga didakwa merogol dan memaksa mangsa melakukan seks oral di tempat, tarikh dan masa sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 kanun sama dan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dengan enam sebatan bagi kesalahan merogol, manakala tuduhan memaksa melakukan seks oral membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 377C kanun sama.
Majistret Mohd Nazri Omran hanya membenarkan kanak-kanak 12 tahun diikat jamin RM1,000 dan menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes. Lima remaja lain ditahan di Penjara Simpang Renggam sementara menunggu laporan perubatan.

KEMALANGAN NGERI BUKIT GANTANG

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/16/2007 02:55:00 AM | 0 Pandangan »

Beberapa keping gambar yang dihantar kepada saya melalui email berkaitan dengan kemalangan ngeri di Bukit Gantang baru-baru ini.











Al-Fatihah...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/15/2007 08:23:00 PM | 0 Pandangan »

JOHOR BAHRU, 13 Ogos (Hrkh) – Pemergian ke rahmatullah Pengerusi Perhubungan KeADILan Johor, Abdul Razak Ahmad adalah satu kehilangan besar bagi rakyat dan perjuangan menegakkan keadilan bahkan kehilangan beliau amat sukar dicari ganti.

Demikian luahan beberapa pemimpin parti politik negeri ini yang ditemui pada majlis ceramah yang diadakan di Taman Senai Utama, dekat sini, malam tadi.

Luahan yang sama turut di ucapkan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, semasa berceramah pada majlis yang sama.

Menurutnya, semangat serta keikhlasan Allahyarham Abdul Razak membela nasib rakyat sangat dikagumi dan kehilangan ini amat sukar dicari ganti.

“Kita kehilangan seorang pejuang yang jujur dan ikhlas membela nasib rakyat, sepanjang hayatnya telah diabdikan untuk membela golongan rakyat yang tertindas dan dizalimi seperti penduduk setinggan, peniaga kecil yang sentiasa dihambat pihak berkuasa dan juga rakyat yang dinafikan hak mereka.

“Allahyarham adalah seorang pejuang yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip perjuangan selain pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Saya mengenali Allahyarham sejak saya Ketua Pemuda Umno sehingga Timbalan Presiden Umno, sebelum saya dipecat; namun apa yang membanggakan saya, beliau masih terus kekal dengan prinsip perjuangannya membela rakyat, sedikit pun prinsip ini tidak berubah malah terus dipegang sehingga ke akhir hayatnya.

“Allahyarham telah kembali ke pangkuan Allah sebagai pejuang yang dihormati dan disegani sama ada oleh kawan mahu pun lawan, semuga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr Mahfods Mohamad, ketika ditemui berkata: “Walau pun saya baru mengenali Allahyarham secara dekat sejak Allahyarham dilantik Pengerusi PKR Johor, beberapa bulan lalu, tetapi saya telah pun mengenali beliau sebagai aktivis yang memperjuangkan hak rakyat sejak beliau mengetuai PSRM lagi.

“Apa yang lebih menariknya Allahyarham bukanlah asing dengan perjuangan Islam khususnya di negeri ini kerana datuk beliau, Allahyarham Haji Ariffin Alias, merupakan Pesuruhjaya PAS Johor yang pertama.

“Bagi pihak PAS Johor, saya juga mengucapkan takziah yang amat mendalam kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semug
a keluarga Allahyarham menerima ujian ini dengan tabah dan penuh kesabaran.

“Selain itu kita juga mendoakan semuga roh Allahyarham dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman."

Dr Mahfods juga melahirkan harapan agar hubungan baik serta kerjasama PAS dan KeADILan di negeri ini akan terus terjalin erat dengan pelantikan pengerusi KeADILan yang baru dalam masa terdekat ini bagi meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat di negeri ini.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Haw, pula mengganggap Abdul Razak sebagai Mahaguru atau Mentor beliau terutama apabila membabitkan soal politik dan undang-undang.

“Saya masih ingat lagi ketika saya baru menyertai dunia politik dahulu, beliau menjadi tempat rujukan saya, sama ada perkara yang berkaitan politik atau pun undang-undang.
“Satu sifat beliau yang sangat saya kagumi dan hormati ialah beliau tidak lokek dengan ilmu yang beliau ada; beliau sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sesiapa sahaja.

“Saya merasa amat sedih dengan pemergian beliau ini, beliau adalah seorang rakan baik saya dan beliau juga pejuang yang jujur dan ikhlas, saya sudah lama berjuang bersama beliau dan kehilangan ini sudah tentu amat dirasakan.

“Bagi pihak DAP Johor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Abdul Razak serta berkongsi kesedihan dengan keluarga beliau di atas pemergiannya," ujar Boo.

Allahyarham Abdul Razak Ahmad, 62, telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 1.20 petang, Ahad semalam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, disebabkan serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajah Kintan Mohd Amin, serta dua anak dan tiga cucu, jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, dekat sini.

Lebih 500 yang terdiri dari sanak saudara, sahabat handai serta teman-teman seperjuangan serta pimpinan dari PAS, DAP dan KeADILan telah hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum jenazah disemadikan pada kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama.

Abdul Razak Ahmad bukanlah nama asing bagi rakyat dan juga kalangan pejuang keadilan rakyat khususnya di Johor, bahkan komitmen serta keikhlasan beliau mengabdikan diri dalam memperjuangkan nasib rakyat sejak lebih 40 tahun lalu turut menjadi inspirasi serta dorongan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang di negeri ini.
Sesuai dengan profesyennya sebagai peguam, amalan tradisi membela rakyat ini terus diamalkan tidak kira sama ada di dalam atau di luar mahkamah.

Abdul Razak yang juga bekas Pengerusi PSRM Johor, mula berkecimpung dalam dunia politik dan kerja-kerja kebajikan khususnya membela nasib rakyat yang tertindas dan dinafikan hak oleh pemerintah sebaik menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Singapura pada tahun-tahun 1963-1966.

Beliau pernah bertugas dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor(JCS)sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri dan kemudiannya Timbalan Pengarah Tanah dan Galian, namun semangat untuk membela nasib rakyat tidak menghalang beliau untuk terus berbuat demikian.

Tekanan demi tekanan dihadapi berikutan penglibatannya dalam kerja-kerja kemasyarakatan yang dianggap menentang dasar kerajaan sedangkan beliau adalah pegawai kerajaan, akhirnya beliau diarah berhenti dari perkhidmatan dan meninggalkan Johor dalam tempoh 24 jam, oleh MB Johor pada masa itu, Tan Sri Othman Saat.

Antara tindakan berani dan nekad pernah beliau lakukan sepanjang penglibatannya sebagai aktivis politik ialah menentang lawatan Perdana Menteri Israel, Chem Herzog, ke Singapura pada 1986.

Beliau bersama beberapa aktivis PSRM lain dengan nekad telah berbaring di atas landasan keretapi Johor Bahru, bagi menyatakan bantahan terhadap lawatan seorang pemimpin yang disifatkannya sebagai zalim dan ganas terhadap umat Islam.

Sejak penglibatannya dengan PSRM lebih kurang 30 tahun lalu, beliau telah beberapa kali bertanding dalam pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil tetapi beliau tidak pernah menang.

Namun semangat juangnya yang begitu tinggi tidak sesekali melemahkan prinsipnya untuk terus berjuang membela nasib rakyat.

Berikutan dari percantuman PKR dan PRM (sebelum ini dikenali sebagai PSRM) pada 2005, Allahyarham kemudiannya telah dilantik Pengerusi KeADILan Johor bagi sesi 2007-2010, menggantikan Dr Zaleha Mustaffa.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Hakikat sebenar kehidupan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/11/2007 08:05:00 AM | 0 Pandangan »

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita kematian lima beranak di Kluang Johor yang mati dalam satu kebakaran yang sangat menyayatkan hati. Seluruh negara memberikan tumpuan kepada tragedi ini dalam suasana kerajaan sedang bersedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang ke lima puluh.

Lihatlah laporan-laporan yang disiarkan dalam media cetak sepanjang hari semalam. Utusan Malaysia dengan tajuk “Miskin punca rentung -- Tidak mampu bayar bil elektrik sebabkan 5 beranak maut” membayangkan kepada kita bertapa kesempitan hidup yang dihadapi oleh keluarga mangsa dan rakyat pada hari ini.

Apabila saya dihubungi oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kluang yang tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian, saya beranggapan bahawa kemungkinan kebakaran tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa kerana sebelum daripada peristiwa ini, terdapat sebuah rumah yang terbakar hangus di kampung yang sama . Namun apabila saya tiba di sana saya terkejut apabila kehadiran masyarakat terlalu ramai dan barulah saya tahu kebakaran tersebut telah mengorbankan lima nyawa.

Saya lahir, membesar dan menetap di Kluang sehingga ke hari ini. Pada mulanya saya tidak terasa peristiwa ini besar impaknya mungkin kerana saya tinggal di sini sehinggalah apabila ramai yang menghantar SMS dan menghubungi saya selepas peristiwa ini disiarkan dalam Buletin 1.30 tengahari di TV3.

Pimpinan PAS Kawasan Kluang yang peka dengan kejadian seperti ini sentiasa silih berganti daripada awal pagi sehinggalah ke lewat petang berada di tempat kejadian.

Ada beberapa perkara yang perlu kita lihat secara mendalam terhadap peristiwa ini melalui pengamatan saya apabila berada di tempat kejadian dan menerusi berita yang dilaporkan dalam media.

i. Allahyarham Kasmuri Jasman bekerja sebagai kakitangan syarikat Malaysian Mosaics Sdn Bhd di Kluang manakala Allahyarham Sufiah Abdul Karim bekerja sebagai pembantu kedai makan.

ii. Pendapatan Kasmuri adalah sebanyak RM 1,800 sebulan.

iii. Kasmuri mempunyai tujuh orang anak dengan tiga daripadanya sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.

iv. Mereka sekeluarga tinggal di rumah sewa dua bilik dengan kadar sewa RM200 sebulan.

v. bekalan elektrik ke rumah itu baru dipotong lima hari kerana Kasmuri tidak dapat menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM800.

vi. Sejak lima hari lalu keluarga itu menggunakan api lilin untuk menerangi rumah dan dikatakan menjadi punca kepada kebakaran.

Pada pengamatan saya, Allahyarham Kasmuri adalah seorang suami yang dan ayah yang bertanggungjawab dan prihatin kepada isteri dan anak-anak. Dalam kesempitan hidup untuk menyara isteri dan anak-anak, Kasmuri tidak menjadikan semua itu sebagai alasan untuk menyekat anak-anak meneruskan pengajian di peringkat yang tinggi.

Tiga orang anak-anaknya berada di institusi pengajian tinggi tempatan iaitu anak sulungnya, Faezah, 20, di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang; Salahuddin, 19, pelajar jurusan kejuruteraan elektrik di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Batu Pahat dan Juliana, 18, pelajar kolej matrikulasi di Pulau Pinang.

Sebagai seorang ayah yang ingin melihat kejayaan anak-anak dalam pendidikan dan kehidupan masa hadapan, bergelap pada malam hari kerana tidak mampu membayar bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM 800 bukanlah satu masalah kepadanya. Bukan saya menyokong tindakannya untuk tidak membayar bil elektrik tetapi saya berbangga kerana beliau sanggup berkorban untuk anak-anaknya. (tiba-tiba air mata saya mengalir kerana teringat kepada aruah ayah saya yang sanggup berhutang untuk memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran)

Itu adalah kisah pengorbanan seorang ayah yang akhirnya terkorban dengan apa yang dikorbankannya. Begitu juga dengan Allahyarham Sufiah Abdul Karim yang terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan semata-mata untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh suaminya. Ketaatan kepada suami dan kasih sayang kepada anak-anak menjadi dorongan kepadanya untuk menjadi isteri dan ibu yang tabah dalam menghadapi ujian hidup.

Inilah sebenarnya kisah kehidupan rakyat dalam negara kita. Berapa ramai lagikah yang akan menerima nasib yang sama. Hidup rakyat semakin hari semakin tertekan. RM 1,800 bukanlah satu nilai yang tinggi pada masa ini. Harga barangan melambung tinggi, kos pendidikan semakin tinggi dan kos kehidupan semakin naik. Kos pembiayaan anak-anak di menara gading semakin tinggi sedangkan biasiswa semacam tidak ada lagi.

Bayangkan, dengan pendapatan RM 1,800 dianggap sebagai miskin, bagaimana pula dengan pendapatan rakyat yang rendah daripada itu?

TRAGEDI DI KAMPUNG TENGAH KLUANG, JOHOR

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/10/2007 01:11:00 AM | 0 Pandangan »

Hari ini kita dikejutkan dengan berita kematian lima sekeluarga yang terbunuh dalam satu kebakaran rumah berkembar yang berlaku di Kampung Tengah Kluang di negeri Johor.

Mereka yang terbunuh adalah Kasmuri Jasman, 44, isterinya Sufiah Abdul Karim, 41, dua anak lelaki mereka, Hishamuddin, 13, dan Nizammuddin, 9, serta anak perempuan, Nurul Macella, 8.

Kesemua mayat telah ditemui berada dalam rumah tersebut. Mayat Kasmuri yang rentung dijumpai bersama mayat anaknya, Hishammuddin di dalam bilik air rumah kayu setingkat itu.
Mayat Hishammuddin dijumpai tersorok di bawah singki bilik air itu. Mayat Sufiah dijumpai menindih anak bongsunya, Nurul Macella manakala mayat Nizammuddin di sisi mereka.

Pimpinan PAS Kawasan Kluang diketuai oleh Yang Di Pertuanya, Tuan Haji Zainudin Gadzali, Mohd Nor Mohamad (TYDP), Nor Ain Sakib (NYDP), Khairul Anuar Ahmad Kamil (Ketua Pemuda PAS Kawasan) dan beberapa pimpinan PAS yang lain telah hadir ke lokasi seawal pagi bagi melihat sendiri kejadian yang sangat menyedihkan ini.

Difahamkan bahawa sudah beberapa hari keluarga tersebut bergelap kerana bekalan elektrik telah dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana masalah tunggakan pembayaran. Jiran tetangga mangsa memberitahu bahawa Allahyarham Kasmuri terpaksa melewatkan pembayaran bil yang tertunggak kerana ingin menjelaskan bayaran-bayaran yuran anak-anak beliau terutamanya yang sedang menuntut di menara gading.

Tiga anak pasangan malang itu iaitu Salahuddin, lingkungan 20-an menuntut di Kolej Universiti Tun Hussein Onn (Kuittho); Faizah Nor, lingkungan 20an di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Juliana, 19, penuntut matrikulasi di Universiti Sains Malaysia (USM).

PAS Kawasan Kluang merakamkan ucapan takziah kepada anak-anak dan keluarga mangsa dan berharap peristiwa ini dapat diterima dengan redha.

Haji Zainuddin ketika ditemui diperkarangan rumah tersebut berkata kebakaran mungkin berpunca daripada lilin yang digunakan oleh mangsa kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Beliau berkata, inilah yang sebenarnya dihadapi oleh rakyat ketika ini yang dihimpit dengan masalah ekonomi.

“Saya percaya bahawa Allahyarham Kasmuri terpaksa merelakan bekalan elektriknya dipotong semata-mata ingin menyelesaikan masalah perbelanjaan anak-anaknya yang menuntut di pusat pengajian tinggi” katanya.

“Inilah nilai pembangunan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat yang terpaksa mengikat perut sedangkan terdapat pemimpin yang hidup dalam kemewahan” katanya lagi.
Kesemua jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Belahan Tampuk, Rengit, Batu Pahat selepas selesai proses bedah siasat petang tadi.
Berita oleh : Ketua Penerangan PAS Kawasan Kluang.
Pasukan Bomba sedang menyiasat punca sebenar kebakaran

Murid sekolah tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri lokasi kebakaran setelah mendapat maklumat daripada guru di sekolah.

Orang ramai bertali arus hadir ke tempat kejadian sehingga ke lewat petang tadi.

PLEASE DON'T...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/10/2007 01:07:00 AM | 0 Pandangan »

Saya terima email daripada seorang sahabat dalam internet melalui email beliau. Sama-sama kita baca dan renungi...
-----------------------------------
Jangan, jangan dan jangan

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air
tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk
yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar
yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat
sesama rakan taulan,
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya
manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE email ni.
Hantarkan kepada semua saudara Islam yang anda kenal !!
Wasalam
------------------------------------
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)

KEGANASAN DI KAMPUNG BAREMBANG DALAM KENANGAN - 4

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/09/2007 12:40:00 PM | 0 Pandangan »

KEGANASAN DI KAMPUNG BAREMBANG DALAM KENANGAN - 3

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/09/2007 12:37:00 PM | 0 Pandangan »

KEGANASAN DI KAMPUNG BAREMBANG DALAM KENANGAN - 2

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/09/2007 12:35:00 PM | 0 Pandangan »

KEGANASAN DI KAMPUNG BAREMBANG DALAM KENANGAN - 1

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/09/2007 12:31:00 PM | 0 Pandangan »

Komen tambahan isu 9 pelajar cabuli rakan.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/09/2007 11:30:00 AM | 0 Pandangan »

9 pelajar wanita cabuli rakan belum insaf?
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Wed Aug 08, 07 06:21:27 AM
Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk "9 pelajar menangis minta maaf". Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini.

Komen oleh (32) Pembaca (tambahan)

Generasi Felda
Dihantar oleh Meggi cepat dimasak, on 08-08-2007 23:54
Inilah kesilapan Abd Razak apabila mengumpul komuniti Melayu di tanah rancangan felda tidak berasaskan kepada komuniti agama. Mereka ini dikumpulkan sebagai petani dan peladang bagi memajukan orang melayu dalam bidang pertanian.
Abd Razak bukan datannya daripada orang yang cintakan agama. Jestru itu, pembentukan masyarakat felda jenerasi pertama semata-mata berasaskan masyarakat petani yang menghasilkan eksport negara.
Asas masyarakat Melayu di kampung tidak terpisah daripada aktiiviti keagamaan, hormat-menghormati, tolong-menolong, tegur-menegur dan strat tingakat tertinggi ialah ketua kampung dan pak imam.
Amalan seperti ini yang tidak diterapkan oleh ABD Razak dalam masyarakat Felda, ianya lebih parah apabila komuniti felda terbentuk daripada individu pelbagai kampung dan ada antaranya yang ingin bebas serta lari dari kongkongan kampung asal dengan menyertai felda. Kekuatan masyarakat Melayu sangat bergantung kepada tiang agama Islam.
Masyarakat kampung terbentuk sejak dahulu lagi di mana telah wujud rangkaian generasi yang panjang dan dipenuhi saudara-mara. Keadaan ini membataskan pergerakan nafsu dan tingkah laku orang yang berpotensi melakukan maksiat kerana mereka bimbang diketahui orang yang dikenali. Ini berlainan dengan masyarakat felda yang sangat longar perpaduannya.
Lantaran itu tidak hairanlah sehingga ke hari ini kita dapat mendengar dan melihat betapa kritikalnya generasi kedua felda yang tercicir dalam pelajaran (tidak semua), pergaulan bebas, merempit dan menagih dadah.
Keadaan lebih parah lagi apabila Najib meneruskan usaha-usaha bapanya. Najib melihat felda sebagai keuntungan yang lumayan sebab felda melibatkan tanah yang keluasannya tidak terhingga.
Mereka perlu dibelai terlebih dahulu apabila sampai masanya tanah boleh dijual. Lebih-lebih lagi apabila negara ke arah negara maju di mana pertanian tidak lagi menyumbang kepada pendapatan negara. Dan tanah felda menjadai kawasan perindustrian

Menangis lagi.....
Dihantar oleh Tok Aki, on 08-08-2007 22:21
Mula-mula kan bapak mangsa tu...akan ambil tindakan pada geng 9 tu.. Pastu ...kendur.. ada ape ape ke ?

bau2 bachang
Dihantar oleh SHAARI, on 08-08-2007 18:55
RASA MACAM PUTERI UMNO TERLIBAT PULAK.....MAKLUMLAH NAK PILIHANRAYA NI......

BERAMAL KERANA ALLAH

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/08/2007 07:43:00 PM | 0 Pandangan »

Saya menerima email daripada seorang sahabat dalam alam maya yang sangat prihatin dalam isu rakyat. Baru-baru ini beliau telah menghantar beberapa email kepada saya untuk sama-sama membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh pentadbir Rumah anak-anak yatim dan miskin Nurul Iman.
Insya Allah dalam masa terdekat saya akan cuba berbincang dengan DPP Perak untuk tindakan lanjut. Semoga Allah memberkati usaha yang dibuat oleh sahabat saya ini, amin...
Email 1 :-
Rumah anak-anak yatim dan miskin nurul iman perlukan bantuan anda. terutama penduduk Ipoh . Asal berita yg diterima adalah sewa elektrik yayasan ini dah menjangkau RM 800 dan keputusan belanja. Kediaman yg daif. Jumlah anak-anak yatim dan miskin adalah 15 lelaki dan 8 perempuan. Alhamdulillah, sepanjang ramadhan badan-badan kerajaan, swasta, sponsor makanan berbuka setiap hari, jadi tanggungan berbuka tiada masalah.

Kepada yg berminat menghulur bantuan, zakat, sedekah makanan, pakaian, peralatan, duit raya boleh hubungi en khairul di no tel di sertakan. En khairul merupakan lulusan politeknik ungku omar, jurusan mechanical engineering yang berkorban mengurus dan menjaga rumah anak-anak yatim berkenaan.

Yayasan Nurul Iman
359 A-B, Lorong Dato,
Kg Manjoi, 30200 Ipoh .

en Khairul Anuar b. Md razi
tel 016-5460071
(tiada no akaun, berurusan terus dg en khairul)
Email 2 ;-
Sent: Tuesday, August 07, 2007 5:10 PM
Subject: berita terkini

Assalammualaikum

Saya baru berbual dgn encik khairul melalui telefon, banyak keperluan yg masih diperlukan. Tetapi yang paling penting ialah untuk membeli keperluan lauk basah harian, barang2 kering bulan puasa nanti baru dapat bantuan luar untuk langsaikan hutang tu.

Setakat ini penghuni berjumlah 35 orang. Kalo sesiapa nak sedekah baju dia prefer baju untuk kanak2 lelaki dan perempuan berusia bawah 12 tahun. Buku2 cerita pun boleh. Rumah anak yatim tu tidak mendapat bantuan tetap,seperti di johor dan kedah lah ( merujuk apa yg beliau kata ) sebab tu rumah anak yatim di johor kedah n selangor terbela. oh lupa rumah anak yatim ni terletak di Ipoh perak.

Kalo nak anto pakaian kenalah hantar pakai courier service, banyak sgt kena antar pakai pos bungkusan kot...murah sikit sbb berat tu kalo banyak.

Marilah kawan2 kita bersedekah. Esok saya akan hantar sms mintak no akaun beliau n alamat untuk penghantaran barang ( jika ada yg nak derma baju, tapi baju2 yg elok2 tau ). So saya berharap AJK surau dapat uruskan benda ni..saya hanya boleh membantu setakat yg terdaya. So, camna AJK surau? saya nak buat seorang tak terdaya, bila kita boleh mula buat pungutan derma n pengumpulan baju n buku o apa2 yg nak diderma.
















TERKINI! Fatwa: Halal dakwat SPR di jari pengundi

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/08/2007 06:12:00 PM | 0 Pandangan »


TERKINI! : Fatwa: Halal dakwat SPR di jari pengundi
2007-08-08 15:34:03.0

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk membenarkan penggunaan dakwat khas yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menanda jari pengundi pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak melanggar hukum syarak.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penjelasan dan hasil kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Katanya kajian mendapati bahan dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu tidak mengandungi unsur najis, tidak menyekat air atau telap air sampai ke kulit dan tidak mengandungi kemudaratan yang jelas untuk dipakai di jari atau kuku.

"Oleh sebab itu, jawatankuasa yang bersidang hari ini meluluskan atau membenarkan penggunaan dakwat tersebut.

"Tidak ada halangan dari segi hukum dan tidak ada keraguan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Dr Abdul Shukor berkata keputusan itu tidak membabitkan hukum atau fatwa baru tetapi untuk melihat dari aspek umat Islam dalam soal beribadat.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memaklumkan secara rasmi dan serta-merta kepada SPR berhubung keputusan tersebut.

SPR sebelum ini mencadangkan untuk menggunakan dakwat khas itu untuk menanda jari pengundi bagi mengelakkan penipuan dalam pilihan raya.

Berikutan itu, Jakim menghantar sampel dakwat khas itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi memastikan dakwat yang kekal pada jari selama dua hingga tiga hari itu tidak mengandungi bahan najis yang boleh merosakkan ibadat umat Islam.

Semalam, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan itu perlu bagi mengelakkan keraguan dan syak di kalangan umat Islam bahawa dakwat khas itu boleh menjejaskan ibadat.
- BERNAMA

Runtuhnya Akhlak Pelajar Sekolah di Malaysia

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/08/2007 03:48:00 PM | 2 Pandangan »

Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk “9 pelajar menangis minta maaf”. Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini. Dilaporkan bahawa Sembilan pelajar yang terlibat dalam ‘keganasan’ ini telah memohon maaf sambil menitis air mata keinsafan sebaik mengulurkan sepuluh jari kepada mangsa.

Majlis penuh pilu itu diadakan di Sekolah Menengah Felda Keratong I, di sini, dengan disaksikan ibu bapa sembilan pelajar terbabit dan Shashim Shah Harun, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar kira-kira jam 3.30 petang semalam (3 Ogos 2007).
Saya tidak pasti apakah punca sebenar pelajar-pelajar perempuan ini bertindak ganas sebegitu rupa tetapi alasan yang diberikan bahawa tindakan mereka kerana terdorong kerana sikap panas baran meninggalkan pelbagai tanda-tanya kepada saya dan mungkin juga kepada masyarakat umum.

Harian Metro pada 31 Julai 2007 melaporkan bagaimana kronologi kejadian ini ;

i. mangsa dikunjungi dua rakan sebelum dipelawa minum air batu campur di sebuah warung, kira-kira jam 4 petang. Tanpa mengesyaki sesuatu, mangsa kemudian menunggang motosikal manakala dua rakan menaiki kereta Perodua Kancil ke rumah seorang lagi rakan tidak jauh dari rumah mangsa untuk mengajaknya keluar.

ii. Sebaik tiba di rumah itu, tujuh rakan menunggu di ruang tamu manakala ibu bapanya tiada di rumah.

iii. Mereka kemudian bertanya kepada mangsa sama ada mengejek seorang daripada mereka dengan gelaran ‘gemuk’ dan apabila mangsa mengakuinya, kumpulan pelajar sangseng ini menarik rambut, menumbuk dan menyepak mangsa sehingga tersungkur.

iv. Kumpulan pelajar samseng ini bertindak ganas seperti `singa betina’ terlepas sangkar terus membuka baju-T dan seluar jeans dipakai mangsa sebelum memotong tali baju dalam dan seluar dalam mangsa.

v. Mangsa cuba meronta dan menangis serta merayu tidak diperlakukan sedemikian dan dilepaskan tetapi sembilan rakan itu tidak mempedulikan mangsa.

vi. Ketika dibogelkan, tiga daripada mereka merakamkan gambar mangsa tanpa pakaian menggunakan telefon bimbit sebelum diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga.

vii. Jika mangsa ingkar, mereka mengancam menyebarkan gambar bogel itu selain mengupah lelaki merogol mangsa di depan mereka.

Peristiwa hitam ini bukannya berlaku di New York, Manhattan atau di Los Angeles tetapi berlaku di Felda Keratong di negeri Pahang yang melibatkan anak-anak melayu beragama Islam yang juga generasi kedua FELDA. Sudahlah dibelasah tanpa belas kasihan, pakaian ditanggalkan, pakaian dalam dipotong dan dirakamkan perbuatan terkutuk itu melalui kamera telefon bimbit.

Ustazah seks?

Sebelum itu, pada 2 Ogos 2007 Harian Metro telah melaporkan mengenai ketua kumpulan yang membelasah dan merakamkan gambar bogel ini digelar ‘ustazah seks’. Gelaran itu dilabelkan kepada beliau kerana perangai dan perwatakkan beliau yang berbeza diluar dan di dalam waktu sekolah.

Difahamkan, ketika di sekolah, ketua kumpulan samseng terbabit dikatakan begitu baik termasuk bertudung seperti ‘ustazah’, sebaliknya berubah perangai dan gaya seperti ‘bohsia’ dan gemar bertukar teman lelaki di luar waktu sekolah. Pelajar terbabit didakwa :-

i. gemar bergaul dengan ramai lelaki tanpa mengira usia tidak kira siang atau malam selain dikatakan sering bertukar teman lelaki.

ii. semua lelaki muda dikatakan mengenali pelajar terbabit berikutan perangainya itu selain memiliki daya ‘penarik’ untuk menggoda lelaki terbabit sebelum diajak keluar bersama.

iii. watak penggodanya mampu memanggil beberapa lelaki lain supaya merogol mangsa jika mangsa menceritakan kejadian malang itu kepada keluarganya.

iv. mengugut mangsa membuktikan pelajar itu tidak takut dengan undang-undang kerana yakin perbuatannya akan dimaafkan ibu bapa mangsa selain dapat meneruskan semula persekolahan seperti biasa.

Inikah ertinya kemerdekaan kita?

Mungkin inilah nilai kemerdekaan kita dibawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional sejak 50 tahun yang lalu. Rakyat didesak untuk meraikan kemerdekaan tetapi terlalu banyak kepincangan yang menghantui rakyat termasuklah isu ekonomi, keselamatan dan masa depan generasi muda.

Kita mungkin tidak dapat pernah menyangka bahawa pada ketika ini kita akan berhadap dengan masalah sosial generasi muda yang runtuh akhlaknya. Kisah yang melibatkan penderaan terhadap seorang pelajar perempuan oleh rakannya sendiri di Felda Keratong ini sudah pastinya menggusarkan kita.

Apa yang cukup bimbang adalah kejadian ini melibatkan sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan anak-anak melayu daripada generasi kedua FELDA. Bayangkan, anak-anak perempuan kini mampu dilabelkan sebagai ‘samseng’ bukan sekadar mengugut tetapi sanggup memukul, membogelkan dan merakamkan gambar bogel rakan mereka sendiri.

Saya tidak nafikan ramai generasi anak-anak melayu FELDA berjaya dalam akedemik dan kehidupan mereka tetapi ramai juga yang tercicir dan akhirnya menimbulkan masalah kepada keluarga dan masyarakat.

Gelaran ‘ustazah seks’ sudah tentu merosakkan imej golongan ustazah di dalam negara kita. Bila digelar seperti itu, kita boleh bayangkan bagaimana hebatnya ‘lakonan’ pelajar bermasalah ini, ibubapa, keluarga dan guru-guru tentu telah terpedaya dengan watak yang waraknya sedangkan hakikatnya segala-galanya adalah muslihat belaka.

Pergaulan bebas tanpa batasan merangsang sikap buruk anak-anak muda dan akhirnya mencambahkan sikap degil dan kurang ajar serta biadap. Mengugut untuk mengupah kumpulan lelaki merogol mangsa dihadapan mereka sekiranya perbuatan keji mereka ini dilaporkan kepada ibubapa sudah tentunya menggambarkan kebiadapan pelajar-pelajar ini.

Saya percaya bahawa peristiwa ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada mangsa. Rakaman gambar mangsa yang didera dan dibogelkan telah disebarkan dan bukan mudah untuk menghilangkannya. Mangsa terpaksa bertukar sekolah kerana tidak sanggup berhadapan dengan keadaan.

Sebab itulah apabila saya membaca berita “9 pelajar menangis minta maaf” saya tidak percaya bahawa peristiwa ini telah menginsafkan kumpulan pelajar ini. Tindakan pelajar-pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin yang tegas. Kesemua pelajar-pelajar ini mesti dihantar ke pusat pemulihan akhlak supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka ini bukannya perkara kecil yang mampu dilupuskan dengan linangan air mata.

Selamatkan masa depan anak-anak kita

Kejadian ini juga mesti dipandang serius oleh pihak-pihak berwajib termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem yang ada pada hari ini perlu dikaji semula. Walaupun kejadian ini berlaku di luar waktu sekolah tetapi mereka yang terlibat adalah merupakan golongan pelajar. Alasan ‘kes yang terpencil’ yang sering menjadi jawapan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamudin Tun Hussien tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan kelemahan yang berlaku.

Saya pernah menyarankan agar kuasa mendisiplinkan pelajar mesti diserahkan semula kepada guru. Berilah kepercayaan kepada guru untuk membentuk jati diri anak-anak yang masih bersekolah kerana guru adalah insan yang paling hampir dengan pelajar serta mampu memahami psikologi mereka.

Keprihatinan ibubapa terhadap perlakuan dan aktiviti anak-anak juga mesti dipertingkatkan kerana cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada hari ini sangat tinggi dan tidak cukup dengan hanya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada anak-anak.
Masa depan anak-anak muda ini adalah masa depan kita bersama. Runtuhnya akhlak mereka akan meruntuhkan masa depan negara.

Sekian

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://minda-kembara.blogspot.com/
7 Ogos 2007
----------------------------------------------
Berikut adalah komentar daripada pembaca harakahdaily mengenai tulisan ini;

hukum
Dihantar oleh TALIBAN, on 08-08-2007 14:34
aku setuju gn tok cha. mmg elok budak nie dihantar ke pusat pemulih akhlak. plak perbuatan mereka diaggap jenayah. masakan maaf boleh settle segala masalah. andai rakaman tue terlepas kat tangan org lain nak maafkan sapa lak. sendiri boleh pikir...

Mana ustaz/ustazah UMNO
Dihantar oleh Adik, on 08-08-2007 14:18
Adik geram betul baca cerita ni, malah banyak lagi la cerita2 seumpama ini berlaku sekarang...Tak tau lah apa nak jadi M'sia ni.. Tu la..tak nak lagi ke kamu berbalik pada undang2 Allah? Kan Allah yg jadikan kita semua dan tau semua mengenai manusia & makhluknya? Allah dah sediakan spesifikasi bagaimana supaya negara aman..dll..Adik yg tak ustaz/ustazah ni pun tahu sikit2... Wahai ustaz/ustazah UMNO..Kami nak dengar komen kamu mengenai gejala sosial sekarang ni yg dah melampau2, Komen PM , TPM dll kami tak mau dengar.. Kami nak dengar sekurang2nya begini dari kamu :"...Sampailah masanya kita tukar perlembangan mengikut al Quran & sunnah..berperingkat2.. Kita akan berbincang dgn PAS.. kalau kami jadikan hal ini semata2 kerana pilihanraya, Allah akan melaknati kami... Amacam idea adik? Best tak.. Semuga Allah merahmati kita semua. AMIN!

pakai gangster
Dihantar oleh along, on 08-08-2007 13:46
buat ape kecoh2. panggil je gangster, upah diorang pegi serang bebudak 9 org tu.... bogelkan, lepah tu corengkan muka diorang tu ngan cat itam, amek gambar.... mesti gempak punyer, citer masuk suratkabo front page lagi...! baru lah bebudak 9 org ni @ bebudak lain yg cuba nak niru cara nie, takut giler.... gigil beb....!!!

lakonan semata..
Dihantar oleh kalawangi, on 08-08-2007 12:58
taktik terbaru nak redakan masalah2 di sekolah...majlis bermaafan dan mengalirkan air mata.. Dato' Yusof Haslam boleh ambil budak2 9 ekor tu berlakon dlm filem/drama terbitan Skop Productions...jangan jadi setan sudahlah.....

Rosak Serosak-rosak!
Dihantar oleh mansorShah, on 08-08-2007 12:41
Dari atas sampai bawah BN penipu...Siksa rakyat... Mana tak penipunya..? Bab kereta depa kata kereta nasional terbaik, tapi depa pakai kereta import. Bab Pelajaran? depa kata sistem pelajaran terbaik.. depa hantar anak sekolah luar negara masa belasan tahun dah hantar dah...
Depa kata sistem perbankan negara terbaik...wang lesap ke Hong Kong (isu BMF, depa ingat rakyat mudah lupa?).
Depa kata sistem lembaga tabung haji terbaik untuk rakyat Islam... lesap jugak wang tabung rakyat.
Depa kata sistem jalan raya terbaik... berlubang sana-sini, (cepat rosak selepas beberapa bulan dibuat/apa taknya buat jalan sambil rasuah), kemalangan tertinggi di dunia.
Depa kata sosial remaja terbaik... buang anak luar nikah hampir tiap-tiap bulan, pengidap AID ratus ribu dah, penagih dadah pun tak terkira jugak.
Depa kata pemimpin BN baik-baik... Sana sini perlakuan sumbang/maksiat, salah guna kuasa dan rasuah.
Depa kata negara Islam... tapi kilang arak/judi-besar gila. Depa kata rakyat kena jimat-cermat...
Depa boros belanja wang rakyat ikut suka kepala otak BN (beEnd). Depa kata nak majukan negara... dengan Thailand, singapore pun dah bertahun-tahun kalah. (Maju apa ke benda nya? Jika ahli umno sendiri pun miskin tak kemana sangat).
Depa kata perpaduan pemimpin BN terbaik... Kelahi selalu, berbunuh pun ada...pasal gila jawatan.
Depa kata pemimpin BN bersopan santun (program D Rais Yatim)... Maki hamun merata tempat macam tak bertamadun. HAMPEH! Ada lagi.... Sat noh.
Depa kata melancong dalam negeri adalah terbaik... Depa melancong luar negara perhabeh duit negara.
Depa kata perabot kayu Malaysia terbaik... Depa punya perabot nun import dari Italy.
Penipu besar pemimpin BN ni... Heran bin pelik... rakyat Malaysia masih sibuk menyokong... takut sangat nak tukar BN kepada pemerintahan lain. Nampak sangat tak berani berubah dan mahu diperbodohkan terus. Macamana nak maju....? Kalau penakut.

No KOMEN
Dihantar oleh Syawal Raya, on 08-08-2007 12:13
SAYA TAKDE KOMEN...TAPI TERNGIANG NGIANG DALAM TELINGA ANGKARA SIAPA BAHANA SEBEGINI BERLAKU....YANG PELIKNYA SETIAP KALI BENDA2 JAHAT MACAM NI BERLAKU, SENTIASA TERINGATKAN UMNO...ENTAHLAH SAYA NAK BERTANYA ADAKAH UMNO=MAKSIAT/DOSA/NERAKA/JAHANAM/MUNAFIK/KAWAN SETAN? NAZRI AZIZ YG BENGAP TOLONG JAWAP BLEH SEBAB KAU NI SUKA SANGAT CAKAP KOTOR..

Produk
Dihantar oleh Emping, on 08-08-2007 11:39
Mereka memang bersalah atas tindakan mereka tetapi tidak boleh dipersalahkan 100% atas keganasan mereka. Carilah punca kenapa mereka mampu menjadi sebegitu rupa. Setiap ibu - bapa yang mempunyai anak2 memang tidak pernah mengimpikan anak mereka menjadi sebegitu ganas. Pada pendapat saya pelajar ini telah melalui satu proses pendidikan yang tidak membina akhlak. Ini adalah produk yang kita perolehi hasil daripada sistem pendidikan yang ada dinegara kita. Keghairahan mereka (orang atas) dalam mencapai GEMILANG DAN TERBILANG itu tak selari dengan pemantapan akhlak pelajar - pelajar kita. Ini akan seterusnya dialami oleh pelajar - pelajar ini bila mereka masuk universiti nanti.

Dihantar oleh geramtakhabis, on 08-08-2007 11:03
seeloknya pihak kementerian pelajaran atau pihak mahkamah jatuhkan aje hukuman 'berbogel' buat ke9 - 9 betina tak guna tu! Rasanya itu aje cara qisas yang seadil-adilnya. Sesungguhnya Allah Maha Adil!

Tanda Malaysia Semakin maju
Dihantar oleh kkakah jeng, on 08-08-2007 10:53
Klu dah peristiwa jenayah mcm ni dah semakin meningkat tu bermakna Malaysia dah semakin maju tu..........cam amerika......jenayah merata-rata........tp cam jepun tanda maju dia rakyat semakin ramai bunuh diri lak..................

Hasil siapa.....
Dihantar oleh Kapt.(B) Penghulu Temiang, on 08-08-2007 10:26 Mungkin ini generasi kedua idaman najib ...atau hasil dari sistem pendidikan negara atau hasil dari Islam Had Hari..Pokoknya mesti ditebang. Sapa pokoknya ?... Umnooooooooooo...Sebab menteri pelajaran Ketua Pemuda Umno, Menteri yang dok jaga Felda Timbalan Presiden umno. Menteri kperasi dan pembangunan wilayah dari umno. Hampir semua menteri yang terlibat dengan aspek sosial dari umnoo. So.. say no to umnooooooo. Katakan tak nak kepada umno. Tak sedar diri lagi kee..Ibu bapa tak betoi pun pasai umno juga yang mendasari sistem dalam negara. Goblog...

hukum bunuh je depa tu
Dihantar oleh faridz, on 08-08-2007 10:23
klu aku jd perdana menteri malaysia, 9 org manusia tak guna tu dah lama kena usir dr malaysia ni, klu tak pun gantung sampai mati, sebat 20 kali ker...manusia tak guna ni, sekali pun mintak maaf, the damage is already been done. kpada 9 pompuan tak guna tu, korang mmg layak menerima laknat dr seluruh muslimin di malaysia....

Setuju
Dihantar oleh Marang Kerapu, on 08-08-2007 10:21
Sokong cadangan Malaun. Maaf tetap maaf tapi Yg salah patut dihukum, baru ler adil. Pihak yg sorang tu dpt malu (dirakam gambar bogel) abis yg betina2 tu takkan lepas jer. Patutnye si betina2 tu yg kene tukar ke tempat lain, bukan mangsa. Bagi aku ler klu takat sepak terajang tu boleh lagi dipertimbangkan. tapi kalu dah kene bogel tu, mak aii maruahh weiiii!! 1 mesia dah nampakkk. !!! Mende ni bkn leh wat main2.
Mak bapak pada group betina tu "belasah2 " ler anak tu supaya jd pengajarann. Jgn dok diam jer. ** Klu aku termasuk dlm golongan sang binatang tu, aku rase ari aku dah taknampak dunia ni, bab gerenti bapak aku belasah dan bunuh aku, heheheh. Bpak aku garang weiii ... tabik bapak aku yg menjadikan aku manusia hingga ari ni***

HUKUM HUDUD!!
Dihantar oleh Semangat Naning 74, on 08-08-2007 10:03
Teringin rasanya nak tanya keluarga simangsa tu penyokong UMNO ke??...... Harap - harap tak jadi mcm satu kes, Bapaknya menentang Hukum Hudud masa isu pemimpin PAS usulkan dulu...last ..last,,,anaknya kena rogol, baru padan muka...kuasa tuhan.

ADUHAI MURID KU
Dihantar oleh GURU MALAYSIA, on 08-08-2007 09:34
ni la bahna klau kuasa guru ditarik.guru rotan disalahakan.ada yang digantung kerja semata-mata kerana merotan murid nakal.tapi bila murid didera sampai dibogelkan dan diugut,takde plak tindakakan.setakat amaran je.kalau nak di ikutkan dah terang-terangan yang mana lagi teruk.KPM senyap je.sepatutnya kpm la yang bela guru.Hisham tu tak patut jadi menteri pendidikan.Cari la orang yang tidak berpolemik dan berpolitik.Nak amik tindakan tegas takut kurang undi nanti...

sungguh mengaibkan
Dihantar oleh tun fatimah, on 08-08-2007 09:23
kejadian yang memalukan ini tidak sepatutnya berlaku di kalangan umat Islam. Pemikiran kita telah terjajah dengan pengaruh negatif dari Barat. benarlah kata seorang mantan biarawati, untuk memurtadkan umat Islam, yang penting pengaruhi pemikiran mereka. Umat Islam kini seperti ayam yang sedang diberi makan, bila-bila masa lehernya boleh di sembelih...

tak boleh dimaafkan
Dihantar oleh gadis blurrr, on 08-08-2007 09:18
amboiiii senang² jak ko nak minta maaf yer...pompuan bohsia ni semua..x guna!! ingat senang mangsa tu nak lupa apa ko buat ngan dia..siap ko rakam g gambar bogel dia..kalu benda tu jadi ngan ko baru ko rasa!!! minta maaf kunun...sepatutnya budak² cam kamu ni masuk pusat pemulihan!! x layak untuk d maafkan..malah aku x caya la budak² tu insaf...boleh belah la!! apsal la xda tindakan yg tegas..biar budak² yang lain ambik pengajaran sikit..ni x!!

sistem gagal
Dihantar oleh super hornet, on 08-08-2007 09:16
kementerian pelajaran tak sedar lagi ke yang sistem pelajaran ( sepatutnya pendidikan lebih tepat ) mereka GAGAL membentuk akhlak generasi kita !!! Bagi kat guru2 di sekolah kuasa mendidik disamping memberi ilmu ! Kalau tidak....ilmu tak masuk, akhlak semakin teruk ! Jangan dok pikir sangat pasal apa dunia barat nak kata ( hak kanak2 la & etc... ). Tapi fokus kepada apa yang agama kata...itu lebih penting ! Anak2 kita, masa depan kita !

masalah mental
Dihantar oleh bella, on 08-08-2007 09:06
sebenarnya betina-betina yg perangai mcm hantu tu, semuanya berdepan dgn masalah mental..mana tak nya..ni mst kes nak kan perhatian..gila glemer nak masuk paper.baik juga kalau kita letak dia kat tg rambutan supaya mereka sedar yg betapa bersyukurnya jadi manusia waras. tapi tak guna otak untuk fikir mana yg baik dan yang buruk..

Puncanya ialah UMNO
Dihantar oleh Indra Putera, on 08-08-2007 08:54
Setelah merenung perjalanan umat melayu Islam di malaysia sehingga kini yang tidak sudah-sudah dengan masalah keruntuhan akhlak dan aqidah saya yakin UMNOlah penyebabnya. Satu fatwa dan keputusan ulama mesti di umumkan bahawa UMNO satu pertubuhan haram di sisi Islam, kerananyalah berlaku perkara seperti ini.

Apa nak heran....
Dihantar oleh Rausyanfikir, on 08-08-2007 08:43
APa nak heran. Dah kepala negara kita ni tak betol, rakyat lagi la. Buli, samseng, pelajar pukul pelajar, pelajar bunting, zina, rogol, VCD lucah, dadah, bunuh, artis dedah, rasuah, macam2 lagi lah. Aku pun tak larat nak senarai. Ini semua akibat kepala yg dah tak betul, kata nak pakai islam tapi islam celup je, bukan bersungguh pun. Masa depan anak bini kita oiii... sapa tak sayang. Jadi, hangpa nak pangkah BN lagi, pangkah la, pangkah.. (petik ayat Mat Sabu)

felda
Dihantar oleh amrozi, on 08-08-2007 08:43
biasa la felda kan dari usaha tun razak anaknya najib tentu ikut telunjuk najibkan generasi ke 2

Kemerosotan akhlak anak2
Dihantar oleh pak balau, on 08-08-2007 08:34
Punca sebenar kerosakan akhlak ialah penolakan syariah Islam. Selagi syariah tidak dkuat kuasakan, bukan sahaja gejala ini tidak dapat dbaikki bahkan menjadi lebih parah. Tidak ada alternatif lain melainan rakyat memilih pemimpin yg akn menukar perudangan skular negara kpd Islam.

cukuplah
Dihantar oleh joe pg, on 08-08-2007 08:32
Mari lakukan perubahan sekarang. Berdakwahlah kepada keluarga, jiran & masyarakat. Pastikan kerajaan yg ada ini digantikan . Jika terus dibiarkan tak mustahil kes sebegini akan terus membarah. Ianya pasti mengenai kita, keluarga, anak cucu & keturunan kita jua. Ingatlah bhawa bala yg datang akan mengenai semua orang

tindakan tegas
Dihantar oleh tok cha, on 08-08-2007 08:22
walau pun meraka memohon maaf... akan tetapi salah laku meraka mmg melampau. sudahla disepak terajang. plak mengaibkan mangsa gan merakam gambar lucah. org mcm nie patut diletak dipusat pemulihan akhlak selama mereka sudah benar-2 berubah. kalu sekadar maaf.. tapi kes tutup pasti lepas nie diorg buat. tengok jerk intitud masing-2 yg sudah sebati gan dunia mat salleh....

Ini satu jenayah
Dihantar oleh Malaun, on 08-08-2007 08:02
Samada pihak mangsa memaafkan malaun-malaun betina ini tidak jadi soal, tetapi mereka harus dihukum dgn dihantar kesekolah pemulihan akhlak ataupun mereka pula dibogelkan dan dirakam gambarnya. Manakala ketuanya yang digelar "........seks", harus dihukum jahit kemaluannya dgn tali tangsi kerana dah terlalu gatal nak bersenggama walaupun belum nikah. Tolong jangan guna perkataan ustazah disini kerana ianya akan mencemar imej para ustazah kita yang lain. Saya sama sekali tidak dapat menerima perlakuan buas macam ni terutamanya dilakukan pula oleh orang perempuan. Kepada para ibubapa malaun betina ini, kalau tuan-tuan berterusan membela anak begini maka alamat akan bertertambah parahlah akhlak mereka nanti.

DIDERA SERTA CABUL
Dihantar oleh WONG GONG JOLL, on 08-08-2007 08:00
Dunia sudah terbalik ye! 50 tahun merdeka ?

ustazah seks
Dihantar oleh ayah tua, on 08-08-2007 07:31
kalau terbukti mereka telah melakukan, kemukakan RM100 juta saman malu sahaja kepada mereka dan keluarga mereka. Biar padan dengan muka mereka dan keluarga mereka.

heheheh..alahai si hisham tuh!
Dihantar oleh hamed, on 08-08-2007 07:11
biasalah itu lah dia menteri pelajara umeno, be end dan mesia selam adari. asyik-asyik kes terpencil. kalu kena lagu ini kek anak dia..kita katakan juga kes terpencil lah. memang teruk sekolah sekarang nie, dengan guru dia, dengan jaga (pak guard) dia, dengan physical surrounding dia. Ada tu, sekolah dikelilingi hutan. si hisham asyik lawat sekolah baguih..aje! itu lah bila ahli politik jadi menteri. si hisham bukan tahu apa-apa! tanya dia apa dia belajar kek london tu! inilah mentaliti cermerlang, terbilang, gemilang, jembalang last-last terbongkang! idup selam -selam kapal selam adari!

ketawa lah lagi!
Dihantar oleh Topeng Zorro, on 08-08-2007 06:54 .
'....jika mangsa engkar, mereka mengancam menyebarkan gambar bogel itu selain mengupah lelaki merogol mangsa di depan mereka.....' Siapa lelaki itu........Shashim Shah Harun?...Noh Omar?....Hisham Auw?.....Najib? Semoga dijauhi akan mereka ini! ...but then....betul ke bebudak 9 yang menangis tu...yang buat. Aku rasa tah mana punya budak.... bagi wang sikit... kain batek .... 'topup' telefon ....... lepas tu bikin nangis. Bukan tak biasa..... kawan kita kaum Tionghua biasa buat kalau ada kematian ........ upah nangis beb! p.s. maka betullah kajian UKM baru-baru ni ..... majoriti pelajar pompuan bermasalah ...... anunya sudah rebeh sekalipun tak koyak rabak..............hiss ....sila ambil maklum!